Pada masa kini, kita sedia maklum bahawa Negara Turki moden terletak di sempadan dua benua iaitu Benua Eropah dan Benua Asia. Mereka menguasai sebuah dataran bergunung-ganang yang dinamakan Anatolia dan menguasai sedikit bahagian Negara Turki yang menyeberangi Selat Bosphorus ke bahagian Eropah.

Negara Turki menjadikan Istanbul sebagai ibukota mereka apabila Sultan Muhammad (Mehmed) Al-Fatih menakluknya. Kota Istanbul yang berasal daripada Kota Rom Timur yang dinamakan Konstantinopel sempena Nama Kaisar Rom yang bernama Constantine Yang Agung.

Setelah Al-Fatih menaw4n kota tersebut, baginda menukarkannya kepada Istanbul dan Gereja Hagia Sofia ditukarkan menjadi Masjid Agung Empayar Turki Uthmaniah.

Namun begitu, sebelum munculnya Uthmaniah sebagai hegemoni utama di Anatolia, Kerajaan Turki Seljuk merupakan Kerajaan Turki pertama dan yang paling besar pernah wujud dalam dunia Islam.

Turki moden

Kerajaan Seljuk yang bertanggungjawab mengubah lanskap demografi di Anatolia apabila memenangi Pert3mpuran Manzikert (Malazgirt) men3waskan Empayar Byzantine.

Dunia Islam Pada Penghujung Kurun ke-10 M

Pada Penghujung Kurun ke-10 M, Bangsa Turki Oghuz menghadapi perang saudara antara Bangsa-bangsa Turki di Utara Laut Aral. Apabila berlakunya penyejukan global, kaum Turki yang nomad terpaksa bergerak ke arah Selatan Laut Aral dan bertembung dengan dua kerajaan yang sedang berp3rang sesama sendiri, Kerajaan Ghaznavid dan Samanid.

Di bawah kepimpinan cucu-cucu Seljuk Bey dari etnik Qinik, bangsa Turki dari pelbagai etnik bersama-sama terlibat dalam pertembungan antara Kerajaan Turki Ghaznavid dan Kerajaan Parsi Samanid. Akhirnya, dengan kehebatan kepimpinan Tughril Bey dan Caghri Bey, mereka berjaya men3waskan Ghaznavid dan Samanid, lalu membentuk negara mereka di Maveraunnehir.

Wilayah Transoxiana (Maveraunnehir)

Dalam masa yang sama, perpecahan dunia Islam di Timur Tengah semakin memuncak apabila Syiah Ismailiah berjaya menguasai Wilayah Afrika dan Mesir menggunakan nama Kerajaan Syiah Fatimiyyah yang berbeza daripada Kerajaan Sunnah Abbasiyah.

Pergerakan Bangsa Turki Seljuk di Anatolia

Hegemoni kerohanian Islam ketika itu terpecah kepada dua kepercayaan utama iaitu Syiah dan Sunnah. Khalifah Sunnah berpaksikan Baghdad manakala Kerajaan Syiah berpaksikan Iskandariah di Mesir.

Selain itu, Amir-amir dengan pengaruh Syiah semakin melebar di seluruh Daulah Abbasiyyah. Sehinggakan pada Tahun 945 M, Istana Abbasiyyah di Baghdad turut jatuh ke tangan Syiah Buyid (Buwaihid).

Wilayah Abbasiyyah yang ditadbir oleh Kerajaan Syiah Buyid pada Tahun 945M

Keadaan di Timur Tengah dan Timur Dekat ketika itu seperti dilanda garuda dengan ketidakstabilan politik yang membawa kepada beberapa siri p3rang saudara antara Emiriah-emiriah yang memerdekakan diri daripada Daulah Abbasiyyah. Umat Islam di Syam (Syria) dibiarkan tanpa kerajaan pusat dan Syiah Fatimiyyah dengan senang hati menakluk wilayah Syam dari pengaruh Abbasiyyah. Mereka menduduki Baitul Maqdis, Antakia (Antioch) dan sebagainya.

Kerajaan Byzantine atau Rom Timur di Barat Anatolia pula merupakan sebuah Empayar kukuh yang diwarisi dari zaman dahulu lagi. Byzantine menjadi pusat perkembangan intelektual, perdagangan dan pentadbiran yang stabil dan makmur.

Konstantinopel menjadi ibukota Byzantine yang sangat strategik di tebing Selat Bosphorus, selat sempit yang menghubungkan Asia Minor (Anatolia) dengan Eropah. Di samping itu, pelbagai negarakota satelit muncul sebagai kota pelabuhan dan perdagangan yang menyokong aktiviti di Konstantinopel seperti Venice, Selatan Itali dan Negara-negara Slavic.

Bangsa Turki telahpun berada di Anatolia sebagai T3ntera Upahan Empayar Byzantine. Empayar Byzantine ketika itu merangkumi seluruh Anatolia dan menggunakan sistem jaringan menara api (beacon) di Anatolia untuk menghadapi kemaraan bangsa-bangsa gasar ke Kota Byzantine.

Bangsa Turki yang berjaya menduduki Maveraunnehir tidak boleh menetap lama di sana kerana keadaan iklim yang terlalu sejuk dan kekurangan makanan. Mereka juga sering bertelingkah dan bert3mpur dengan Kerajaan Kara Khanid, kerajaan Turki Timur yang telah memeluk Islam.

Perang saudara di antara Bangsa-bangsa Turki, Tokharistan (Bangsa Indo-Aryan) dan Sogdiana menyukarkan lagi negara mereka di Maveraunnehir. Bangsa Turki memeluk Islam beramai-ramai semasa mereka berada di wilayah ini.

Dengan kepimpinan Tughril Bey dan Caghri Bey, mereka turun ke Selatan lagi dari Maveraunnehir dan memasuki Khorasan di Utara Iran. Setelah men3waskan kerajaan Ghaznavid, Khorasan dan Iran, Seljuk berjaya menguasai kawasan Khorasan pada Tahun 1035 dengan Caghri Bey menjadi Raja pertamanya. Tughril Bey pula membuka kota Nishapur pada Tahun 1038 dan Kota Khwarezmi pada Tahun 1042.

Tughril Bey memasuki Iran lalu men4kluk Isfahan dan Hamadan. Baginda membuka ibukotanya di Isfahan pada Tahun 1051.

Pada Tahun 1055, Khalifah Al-Qaim memohon bantuan daripada Kerajaan Seljuk di Isfahan untuk membebaskan Baghdad daripada pengaruh Amir Buyid. Abbasiyyah hampir pasti dijadikan negara Syiah oleh golongan Syiah Buyid yang sedang meningkatkan legitimasi mereka di Baghdad.

Seljuk yang berpegang dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah mazhab Imam Hanafi tidak teragak-agak untuk membantu Abbasiyyah. Mereka memasuki Baghdad dengan t3ntera berkudanya dan men3waskan Syiah Buyid dengan bergayanya.

Wilayah kekuasaan Buyid dalam Empayar Abbasiyyah

Khalifah Al-Qaim mengurniakan Tughril Bey gelaran Sultan dan baginda memegang kuasa di Baghdad. Setelah itu, Seljuk pula yang menguasai pentadbiran, kete3nteraan dan ekonomi dalam Daulah Abbasiyyah. Khalifah Bani Abbasiyyah hanya bertindak sebagai ketua agama sahaja dengan bertindak mengurniakan pangkat kepada pembesar yang berjasa kepada Daulah. Nama baginda didoakan di semua masjid dalam Daulah Abbasiyyah.

Selepas kem4ngkatan Tughril Bey pada Tahun 1063, Alps Arslan, anak kepada Caghri Bey menaiki takhta Saljuk. Baginda memulakan kempen perluasan kuasa ke Wilayah Anatolia pada Tahun 1064. Baginda memulakan kempen dengan men4kluk Armenia dan memasuki Timur Anatolia. Seljuk juga berjaya men4wan Halap (Aleppo) pada Tahun 1070 dan men4kluk Baitul Maqdis pada Tahun 1071 dari tangan Syiah Fatimiyyah.

Kehadiran Saljuk di Timur Tengah dan Timur Dekat tidak disenangi oleh penziarah-penziarah kristian di Baitul Maqdis kerana sikap kegasaran mereka. Bahkan, umat Islam yang telah sedia ada di Armenia turut takut dengan kehadiran bangsa Turki yang gasar itu.

Maharaja Byzantine, Romain Diogenes berhasrat untuk men4kluk kembali Armenia dari cengkaman Saljuk. Namun, mereka t3was dalam pert3mpuran Manzikert berhampiran dengan Tasik Van. Kek4lahan Byzantine di Manzikert menjadi titik perubahan bangsa Turki apabila mereka berjaya menguasai hampir keseluruhan Anatolia selepas pert3mpuran Manzikert yang sangat bersejarah itu.

Setahun kemudian, Alps Arslan mangkat dibvnuh dalam khemahnya di Anatolia. Kem4ngkatan baginda menyebabkan wilayah-wilayah Seljuk di Anatolia dan Syria memerdekakan wilayah masing-masing dari pengaruh Saljuk. Sulaiman Al-Qutaimish, sepupu kepada Sultan Alps Arslan cuba mewujudkan wilayahnya tersendiri di Anatolia dan Sultan Malik Syah, anak kepada Sultan Alps Arslan memerintah dari Parsi.

Sultan Malik Syah merupakan seorang genius pep3rangan. Baginda berjaya men4kluk wilayah Transoxiana dan Kerman pada Tahun 1079 dan menguasai wilayah yang sangat besar terbentang dari Asia Minor di Anatolia hinggalah ke Turkestan di hujung Lembah Ferghana. Baginda melantik Nizam Al-Mulk sebagai Penasihat Utama. Nizam Al-Mulk, seorang intelek yang berbangsa Parsi mewujudkan undang-undang negara dalam Siyasat Nameh, karyanya berkaitan undang-undang negara.

Madrasah Nizamiyyah

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mewujudkan Madrasah Nizamiyyah, sekolah kerajaan islam yang pertama dalam dunia Islam (sebelumnya pendidikan lebih tertumpu di masjid-masjid atau rumah guru sahaja).Pada tahun 1092, Sultan Malik Syah m4ngkat dan berakhirlah era kegemilangan Empayar Seljuk Agung.

Kem4ngkatan baginda mencetuskan p3rang saudara antara waris-waris Saljuk. Empayar terbahagi kepada Wilayah Saljuk Anatolia, Saljuk Syria, Saljuk Iraq, Khorasan dan Saljuk Kerman.

Gambaran pakaian p3rang bangsa Turki Oghuz.

Permainan takhta berlaku di Timur Tengah dan Timur Dekat di antara amir-amir Seljuk, t3ntera salib, etnik-etnik Turki lain dan Syiah Ismailiah yang membawa kepada kehancvran empayar Saljuk Yang Agung pada Tahun 1194, bergantikan pelbagai Kerajaan Turki seperti Zankiah, Amiriah Mosul, Amiriah Damascus, Amiriah Aleppo dan Ayyubiah.

Di Anatolia, Kerajaan Saljuk berjaya bermandiri untuk mengekalkan kuasa sehingga kemunculan Kerajaan Ilkhanate. Di samping itu, di Anatolia juga muncul pebagai kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki seperti Saltukid di Erzurum, Danishmend Barat Laut Anatolia, Mengujukid di Utara Sungai Euphrate, Artukid di tengah-tengah Anatolia, Khwarezmi di Selatan Sungai Oxus dan Kerajaan Ayyubiah yang berpusat di Mesir.

Semua dinasti-dinasti Turki Islam ini tidak dapat bertahan lebih daripada 75 tahun kecuali Saljuk Anatolia. Seljuk Anatolia berjaya memandirikan kerajaannya dan memerintah sehingga Tahun 1308. Mereka dikenalik sebagai Kesultanan Seljuk Rum, mengambil nama sempena Wilayah Byzantine yang dit4wannya sebelum ini. Seljuk Anatolia juga menggunakan lambang heang berkepala dua sebagai jata negara mereka, sama seperti lambang Rom.

Wilayah Kesultanan Rum

Kesultanan Rum adalah pengasas sebenar Negara Turki yang hampir sama wilayahnya pada zaman sekarang, kecuali bahagian Eropah sahaja yang tidak berjaya dimiliki oleh Bangsa Turki ketika itu. Kesultanan Seljuk Rum membina ibukotanya di Konya. Ibukota Konya menjadi Kota yang sangat hebat di zaman Sultan Alaeddin Kaykubad I (1188 – 1237) dengan infrastruktur yang lengkap, tembok kota dan istana yang megah.

Selepas P3rang Manzikert, terdapat dua kuasa Turki di Anatolia iaitu Seljuk dan Danishmend. Kedua-dua kerajaan ini sering menjadi seteru mahupun sekutu dalam menghadapi kuasa Mongol dari Timur, Byzantine di Barat, Kerajaan Latin Salibiah yang muncul di Timur Dekat selepas P3rang Salib, Pedagang-pedagang maritim Genoese dan Venetian, Ksatria St. John di seluruh Mediterranea, Bangsa Yunani di Bara, Armenia dan Georgia di Timur.

Seljuk Anatolia juga menjadi sebuah kerajaan yang termasyhur dengan kekuatan ket3nteraannya, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan. Di kerajaan ini juga lahirnya tiga orang Ulama’ Sufi yang terkenal iaitu Maulana Jalaluddin Rumi (1207 – 1273), Haci Bektas Veli (1210 – 1271) dan Yunus Emre (1238 – 1320). Ibnu Arabi, Ulama besar dan Muajddid di zamannya juga sering menghabiskan masanya menasihati amir-amir Saljuk dan puak-puak Turki lain yang bernaung di bawahnya.

Pada Tahun 1243, Seljuk dikejutkan dengan kek4lahan mereka kepada tentera Ilkhanate yang diketuai oleh Noyan Baiju dalam Pert3mpuran Kose Dag. T3ntera Mongol yang lebih kecil bilangannya itu berjaya men3waskan T3ntera Seljuk yang lebih ramai.

Kek4lahan itu menjadi titik perubahan kepada Kerajaan Kesultanan Seljuk Rum kerana Sultannya ketika itu, Giyaseddin Keykhusrau II terpaksa menandatangani perjanjian dengan Mongol dan Kesultanan Seljuk Rum menjadi negara naungan kepada Kerajaan Mongol Ilkhanate.

Gambaran Noyan Baiju daripada siri Dirilis Ertugrul

Selepas kem4ngkatan Sultan Giyaseddin Keykhusrau II, Sutan Izzuddin Kaykawus II menjadi Sultan bersama-sama dengan dua orang adiknya iaitu Alaeddin Kaykubad II dan Kilij Arslan IV. Selepas ketiga-tiga sultan tersebut menemui nasib yang malang, mereka digantikan oleh Sultan Kaykubad III dan yang terakhir ialah Sultan Mesud II.

Pada Tahun 1300, Amir-amir Turki di Anatolia memberontak terhadap Seljuk Rum kerana Seljuk Rum sudah hanya tinggal nama sahaja. Kuasa sebenar ialah di tangan Mongol. Mereka menubuhkan Beylik masing-masing (Anadolu Beylikleri). Antara Beylik yang diwujudkan ialah Osmanoglu, Germiyanid, Dzulkadir dan Ramazanid.

Wilayah Beylik-beylik Anatolia

Akhirnya, pada Tahun 1306, Saljuk terbubar apabila kerajaan Ilkhanate bertindak menyerap kerajaan tersebut ke dalam empayarnya. Namun, Osmanoglu dari Etnik Kayi dan memperoleh legitimasi Kesultanan Seljuk Rum melalui ibunda Osman I, Halime. Halime merupakan Puteri Saljuk yang berkahwin dengan bapanya, Ertugrul.

Lambang Puak Qiniq
Lambang Kesultanan Rum Seljuk.

RUJUKAN:

History of Anatolia Seljuks. Retrieve from http://www.turkishhan.org/history.htm pada 29 Februari 2020

Amin Maalouf (2012), The Crusades through Arab Eyes, Saqi Essential, London.

Charles Oman (2018), The History of the Byzantine Empire: From Its Glory to Its Downfall, e-artnow, Kindle E book


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.