Sesetengah orang memang susah terima fakta arkeologi tentang manusia prasejarah. Apa-apa pasal manusia lebih daripada 10,000 tahun dahulu mesti dianggap bukan manusia. Ada saja alasannya. Paling mudah, mereka tekan “butang jin”.

Jadi terfikir sejenak – bagaimana kalau benar ada bukti arkeologi tentang jin? Mungkin menarik kalau dibincangkan. Kerana jin adalah suatu makhluk yang dikatakan ghaib tetapi ada masanya boleh menjadi nyata… tertakluk pada situasi dan keadaan.

Pada dasarnya, jin menjadi popular kerana ada kaitan dengan agama Islam. Dalam konteks Islam, jin dicipta dengan fitrah seperti manusia untuk pilih sama ada patuh atau tolak perintah.

Lukisan tentang Jin

Mereka tidak sama untuk dibandingkan dengan para malaikat yang senantiasa patuh. Ini yang dipegang orang ramai pada hari ini. Tetapi sebenarnya, agama Islam bukan yang pertama untuk memperkenalkan jin pada dunia ini.

Sebelum kedatangan Islam, rantau Timur Tengah sudah tenggelam teruk dalam kancah syirik. Terlalu ramai orang mengagung-agungkan jin pada zaman pra-Islam, sampai ke tahap melihat golongan jin sebagai dewa dewi atau Tuhan untuk disembah untuk membawa tuah atau memelihara keselamatan diri (Hoyland, 2001).

Ada golongan yang percaya bahawa para malaikat adalah anak-anak Allah yang lahir daripada rahim jin (el-Zein, 2009).

Kedua-dua perkara ini (jin adalah Tuhan; malaikat adalah anak Tuhan melalui jin) berlaku dulu. Pakar arkeologi siap menemui bukti tentang amalan sebegini. Mereka pernah menggali di Palmyra, yang terletak tidak jauh daripada Damsyik.

Di sini, ada satu batu bersurat yang meninggalkan tulisan: “wahai jin, Tuhan yang sentiasa memberi rahmat” (Meri, 2018).

Penemuan ini menjadi hujah pengukuh pada ayat Qur’an dalam Surah Al-An’am: “Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu; dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Ia dari apa yang mereka sifatkan!” (6).

Bermakna memang zaman dulu ada penyembahan jin melibatkan nama Allah. Itulah kegunaan berhala-berhala yang bertujuan untuk memberikan justifikasi fizikal perihal jin.

Malah barangkali ada jin tertentu muncul untuk memukau mereka tentang kewujudan “sebuah kuasa” seperti Tuhan. Pada zaman itu tanpa cahaya akidah, sesiapa saja boleh tertipu. Maka kembalinya Islam tentu sekali adalah untuk membetulkan keadaan. Kerana bangsa Arab teruk tersisih daripada jalan dan sempadan ditetapkan.

Mereka meletakkan jin pada taraf yang lebih tinggi daripada diri sendiri. Sekalipun ada yang tidak menyekutukan jin dengan Tuhan, amalan mereka itu sendiri telah berlaku syirik. Kerana mereka lebih bergantung pada jin dalam doa mereka.

Kiranya jin menjadi jendela mereka kepada Tuhan, satu perkara yang sia-sia kerana bagaikan mengalaskan satu lapisan antara diri mereka dengan Tuhan tanpa nas yang sah.

Punca jin diagung-agungkan sebegitu rupa terletak pada ciri-ciri mereka sebagai makhluk halimunan. Dalam apa-apa jua keadaan, jin terlalu dimuliakan. Apa-apa kesalahan perlu dielakkan kerana “jin boleh melihat”. Status jin ini menunjukkan cabaran besar yang pernah dihadapi Nabi Muhammad (SAW).

Cuba bayangkan baginda berdepan dengan golongan yang tenggelam daripada teluk ke telur dalam kumbahan syirik. Mereka yang percaya bahawa jinlah segala-galanya, tiba-tiba ada seorang cakap lain. Tambah pula seorang itu tidak disukai ramai, dengan begitu berani dan lantang merendahkan martabat jin sebagai “makhluk semata-mata”.

Benar apa orang kata: Islam adalah rahmat pada alam.

RUJUKAN:

El-Zein, A. (2009). Islam,A rabs and the Intelligent World of the Jinn. Syracuse University Press. Halaman 37.

Hoyland, R. (2001). Arabia and the Arabs: From the Bronze Age to the Coming of Islam. Psychology Press. Halaman 145.

Meri, J. (2018). Routledge Revivals: Medieval Islamic Civilization.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.