Baiklah, jika anda pernah membaca artikel penulis yang sama dengan topik yang serupa baru-baru ini, mungkin anda telah faham apa maksud isyarat jari tengah. Bagi yang belum sempat membacanya boleh baca di sini : Sejarah Jari Tengah, tetapi jangan lupa lepas selesai, sila sambung baca artikel ini pula.
Karya Agung Pollice Verso
Karya itu menunjukkan reaksi para juri dan penyokong dari golongan bangsawan yang menonton dan mengadili perlawanan memberikan isyarat tangan ‘thumbs down’ (ibu jari ke bawah) yang kononnya satu arahan untuk pemenang supaya menamatkan riwayat pahlawan yang kalah.
Dan sekiranya isyarat yg diberikan adalah ‘thumbs up’, maka pemenang harus membiarkan lawannya yang telah kalah untuk meneruskan hidup. Perkara ini dibahaskan mengikut pendapat yang berbeza-beza melalui frasa pollice verso dari teks Latin kuno berikut :
“Now they give shows of their own. Thumbs up! Thumbs down! And the killers, spare or slay, and then go back to concessions for private privies.”
— Juvenal, Against the City of Rome (c. 110–127 A.D.)
Gerakan isyarat tangan ibu jari di mana-mana pun sememangnya diketahui umum di serata pelusuk dunia sebagai membawa maksus “bagus”, “bersetuju”, “terbaik”, atau apa saja istilah yang berniat hendak memuji. Penulis pada asalnya percaya begitu juga, tetapi melalui beberapa penelitian, pemahaman penulis sendiri mula merasakan sebaliknya dan ada asas untuk mempertikaikannya secara berilmiah.
Baik, mengapa isyarat ibu jari ke atas ini dianggap sebagai “tidak merbahaya” atau “mesra” dan masyarakat dengan begitu mudah menerimanya secara meluas? Yakinkah kita bahawa ia adalah simbol yang membawa maksud positif dalam mana-mana budaya di dunia sekali pun?
Percanggahan Naratif Dan Pemahaman
Semua nya bermula dengan kisah yang sering diromantiskan bahawa ia berasal dari budaya Tamadun Rom Purba dalam sukan ekstrim Gladiator, di mana setelah pertarvngan dua pahlawan sedang mencapai kemuncaknya hingga salah seorang dari mereka rebah nyawa-nyawa ikan.
Maka para penonton yang terdiri daripada golongan bangsawan berhak memberikan keputusan menentukan samada pahlawan yang telah jatuh itu layak untuk hidup atau tidak.
Kita dimomokkan bahawa jika penonton memberi isyarat ibu jari menunjuk ke atas (thumbs up), ia bermaksud nyawanya dimaafkan, jika ibu jari menunjuk ke bawah ia bermaksud dia harus m4ti.
Beberapa sejarawan dan antropologi bahasa berpendapat ianya adalah SALAH. Walaupun memang benar bahawa pada zaman itu dalam budaya pertarvngan gladiator berlaku di Colosseum dan pada zaman sebelumnya dilakukan di Circus Maximus yang lebih besar kapasiti penontonnya, memang benar penonton boleh menentukan nasib seorang gladiator yang jatuh hanya dengan menggerakkan tangan mereka dengan mudah.
Namun kita harus ingat, bahawa ia tidak semestinya memberikan gambaran yang tepat berkenaan maksud sebenar ibu jari ke atas dan ibu jari ke bawah sebagaimana yang masyarakat moden fahami hari ini.
Nasib seorang gladiator, dari segi sama ada penonton memilih untuk pejuang yang kalah itu dibunvh, diputuskan dengan tindakan yang dikenali sebagai “pollice verso“, ia merupakan istilah Latin yang secara kasar diterjemahkan kepada “bertukar ibu jari” (turned thumb).
Lebih tepat lagi sebenarnya, apa maksudnya tidak pernah diketahui dan tidak ada catatan sejarah berkaitan yang berjaya diselamatkan hingga ke hari ini yang menggambarkannya secara terperinci lagi jelas. Oleh itu, sejarawan dan pengkaji berkaitan skulptur tidak dapat menjelaskan kebenaran tentang cara dan kedudukan ibu jari sepatutnya ditunjuk ke mana jika penonton menginginkan seorang gladiator yang untuk dibunvh.
Teori yang paling mudah dan selamat, boleh jadi juga jika mereka hanya dapat menunjukkan isyarat ibu jari mereka secara rawak, sekadar suka-suka atau mungkin isyarat itu satu ‘trend’ semasa, nampaknya kebenaran cenderung terhadap teori ini bukan?.
Baiklah, tadi kita dah faham gambaran yang logik bagi isyarat undi untuk kem4tian, bagaimana dengan isyarat untuk menyelamatkan nyawa? Isyarat untuk menyelamatkan nyawa gladiator yang berkenaan seolah-olah tidak bukan ibu jari ke atas mahu pun ibu jari ke bawah.
Sebaliknya, anda perlu menyembunyikan ibu jari anda di dalam genggaman penumbuk anda, membentuk isyarat yang dikenali sebagai pollice compresso, “ibu jari mampat”.
Dalil-Dalil Fizikal
Alasan untuk teori ini telah dispekulasikan kepada dua sebab: satu, ia membuat keputusan penonton lebih mudah untuk dibezakan, kerana jelas lebih mudah untuk menentukan perbezaan di antara isyarat ibu jari dengan isyarat penumbuk, berbanding isyarat ibu jari ke atas dan ibu jari ke bawah dari jarak penglihatan yang jauh.
Dan yang kedua, gerak isyarat itu sendiri dianggap sebahagian besar simbolik dari apa yang diwakilinya- ibu jari ke atas mewakili restu para penonton untuk pemenang untuk melaksanakan pukulan mavt terakhir mereka dengan menikam musuh yang terbaring (finishing move).
Sementara isyarat penumbuk dengan ibu jari tersorok didalam genggaman melambangkan bahawa mereka mahu Gladiator itu menyarvng kembali senjatanya, pernah tengok filem per4ng? Sekumpulan tenter4 yang berjalan kaki dalam operasi tiba-tiba berhenti serentak apabila ketuanya di hadapan mengangkat penumbuk sambil menyebut “Halt!”
Walau bagaimanapun, fakta sebegini amat jarang diterima atau mungkin langsung tidak wujud dalam budaya pop, contoh terdekat adalah dalam filem Gladiator pada tahun 2000, di mana Joaquin Phoenix ditunjukkan telah memberi isyarat ibu jari ke bawah supaya gladiator dikalahkan dibunvh lawannya.
Menurut pengarah filem tersebut, Ridley Scott, adegan itu diilhamkan dari lukisan seperti yang anda lihat pada permulaan artikel ini. Lukisan tahun 1872 itu dipanggil “Pollice Verso“. Ia menggambarkan seorang gladiator yang menang berdiri di atas tubuh lawannya yang tidak bermaya manakala orang ramai dilihat menayangkan isyarat ibu jari ke bawah beramai-ramai.
Scott menyatakan tentang lukisan itu, “Imej itu berbicara dengan saya tentang Empayar Rom dari seluruh kegemilangannya hingga kejahatannya. Saya tahu pada masa itu saya akan tersangkut di sana.”
Lukisan itu telah diperhatikan oleh ahli sejarah sebagai pemangkin kepada persoalan mengapa konsep pollice verso gagal difahami oleh orang ramai hari ini. Apa yang membuatkan fakta ini sangat mengejutkan ialah pelukis karya itu, Jean-Léon Gérôme, adalah seorang tokoh karyawan sejarah yang sangat dihormati yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana “lukisan sejarah arkeologi yang tepat”.
Gérôme telah digambarkan sebagai “klasik terpelajar” dan terkenal melalui penelitian meluasnya terhadap karya sebelum berus lukisannya menyentuh permukaan kanvas. Contohnya, dengan “Pollice Verso” Gérôme mengkaji bentuk perisai sebenar dari runtuhan Pompeii supaya gladiator dalam lukisannya kelihatan ‘hidup’.
Penyelidikan Gérôme yang begitu terperinci mungkin menjadi punca mengapa tafsirannya tentang pollice verso sangat diterima bulat-bulat oleh ahli akademik dan mengapa ia disebarkan secara meluas, walaupun selepas itu terbukti ianya adalah salah dan tidak tepat.
Adapun para sejarawan pada zaman dia yang berpendapat, tafsirannya bervariasi dari ibu jari ke atas yang bermaksud membunvh dan ibu jari ke bawah yang bermaksud diselamatkan (dan sebaliknya), kepada ibu jari yang tersembunyi dalam penumbuk yang bermaksud hidup dan ibu jari ke atas yang bererti bunvh, dan hampir semua variasi di dalamnya.
Pemahaman Melalui Bahasa Dan Budaya
Kenapa Gérôme memilih ibu jari ke bawah, tidak lah diketahui, atau sama ada mungkin benar dia maksudkan seperti yang sering ditafsirkan iaitu “bunvh”. Orang kebanyakannya menafsirkan lukisan melalui cara ini, tetapi yang pasti lagu nyata, sebenarnya tidak ada bukti bahawa ini adalah apa yang dimaksudkan oleh Gérôme.
Jadi, jika asal usul ibu jari sebenarnya bukan berasal dari budaya orang Rom, maka, siapa dan dari mana pula? itu juga tidak diketahui dengan tepat dan kebanyakannya dengan hanya spekulasi.
Tetapi gerakan isyarat ibu jari ke atas dan ke bawah dengan maksud yang difahami seperti hari ini adalah fenomena yang agak baru, walaupun isyarat ibu jari adalah lazimnya ditemui dalam banyak budaya-budaya dan tamadun kuno sepanjang sejarah dengan makna yang bervariasi.
Bagaimana dengan tekaan berilmiah tentang asal-usul ibu jari? Menurut pendapat ahli antropologi bahasa, Joel Sherzer dari University of Texas, isyarat itu mungkin berusia pra-tarikh tamadun Rom. Dia menerangkan dalam konteks budaya Eropah, “Perbezaan tentang istilah ‘ke atas’ bermakna ‘positif’ dan ‘turun’ bermakna ‘negatif’ merangkumi sistem bahasa dan isyarat di Eropah .. budaya ibu jari mungkin berasal dari kontras ini.”
Kita boleh melihat bukti isyarat ini dalam imej seperti lukisan tahun 1617 oleh karyawan Sepanyol, Diego Velázquez yang bertajuk, The Lunch, walaupun apa jua erti isyarat nya yang tepat, dalam kes ini ia masih terbuka untuk tafsiran.
Adapun teori spekulasi yang lebih konkrit, salah satu teori yang lebih meyakinkan tentang asal usul makna moden dari karya Desmond Morris pada tahun 1979, Gestures: Their Origins and Distribution. Dia menyatakan bahawa ia berasal dari adat yang lazim di zaman pertengahan di mana orang yang membuat perjanjian akan menjilat ibu jari mereka dan menekan ibu jari mereka terhadap satu sama lain, bukan seperti berjabat tangan hari ini.
Ia berteori bahawa dari masa ke masa dari satu perbuatan yang hanya menekan ibu jari sesama mereka kemudian berevolusi kepada melayangkan isyarat ibu jari ke udara sebagai simbolik melambangkan kelulusan atau persetujuan.
Walau apa pun, sekurang-kurangnya, kita tahu bagaimana makna itu dipopularkan secara meluas. Untuk yang ini, kita perlu maju sedikit ke dalam sejarah WWII. Semasa Per4ng Dunia II, isyarat ibu jari digunakan secara meluas oleh juruterbang Amerika sebagai cara tersendiri untuk memberitahu kepada kru darat mereka bahawa mereka bersedia untuk terbang.
Terdapat spekulasi bahawa mereka menyerap budaya isyarat ini dari orang Cina, khususnya Brigade Flying Tiger juruterbang Amerika yang berpangkalan di China kemungkinan menjadi antara yang pertama untuk menggunakan isyarat yang popular itu, sekurang-kurangnya bukti fotografi dari era itu jelas.
Untuk orang Cina pada masa itu, isyarat ibu jari bermaksud “nombor satu” atau “kerja bagus” bergantung pada konteks. Sama ada ia benar-benar ditiru pakai dari budaya Cina atau beberapa sumber lain, versi Amerika adalah jelas bahawa pada mulanya bermaksud “Saya sudah bersedia” atau “sedia untuk terbang,”.
Dari sini, perkara menjadi lebih jelas. Maksud “bersedia” bermaksud tidak lama lagi berkembang menjadi satu cara yang mudah dan menyeluruh untuk menunjukkan bahawa segala-galanya baik-baik saja dalam situasi di mana isyarat lisan tidak boleh berlaku.
Isyarat ibu jari serap oleh tenter4 Amerika yang yang menggunakan banyak gerakann isyarat ini semasa kempen mereka di seluruh Eropah; dalam proses itu, ia diserap pula oleh penduduk tempatan dan askar dari tenter4 lain.
Hari ini, terima kasih kepada penggunaan ibu jari ke atas secara meluas yang bermaksud “suka” atau “baik” dan ibu jari ke bawah yang bermaksud bertentangan, tak lupa juga fenomena ini terus dilanjutkan melalui laman sosial media Facebook.
Maksud sebenar isyarat tangan ini mungkin tidak akan lagi dapat dibongkar akan kebenarannya yang asal untuk masa akan datang.
Fakta Bonus:
- Seperti yang disebut dalam artikel ini, terdapat beberapa tempat di Bumi di mana mengangkat ibu jari terhadap seseorang adalah dianggap sebagai penghinaan yang serius. Sebagai contoh, di tempat-tempat seperti Iraq dan Greece, menunjukkan ibu jari anda sama dengan ayat mencarut “jolok ini ke dalam d***r mu!”. Di Australia juga pernah mengalami keadaan ini sebelum Per4ng Dunia II, tetapi kemudiannya beralih kepada makna moden berkat penyebaran isyarat di seluruh tenter4 Sekutu.
- Apabila tenter4 Amerika pertama mula ditugaskan di Iraq, ada yang dilaporkan disambut oleh orang awam yang menunjukkan ibu jari, askar-askar (dan pihak media barat) menafsirkannya sebagaimana yang kebanyakan orang Barat fahami walhal mereka tidak menyedari itu adalah konotasi budaya mencabul di negara tersebut.
P/S : Tulisan ini sekadar pendapat peribadi penulis berdasarkan sumber rujukan sahaja. Boleh dibahaskan dengan berhemah, tetapi jika tidak bersetuju dengan penulis, janganlah kalian memboikot tidak mahu menekan butang LIKE (ibu jari ke atas) pula kat facebook The Patriots.
RUJUKAN:
- Pollice Verso (“Turned Thumb”), by Jean-Léon Gérôme, 1872
- Foreign Fingers, Obscene Gestures Around The World
- Gestures: Their Origin and Meanings
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih