Istana Kolossi adalah sebuah istana zaman pertengahan yang terletak di Pulau Cyprus. Bangunan asalnya dibina pada kurun ke-13 Masehi, tidak lama selepas pulau tersebut ditak-luki oleh ten-tera Salib.
Walaupun dahulunya ia merupakan pangkalan ten-tera yang penting, fungsi keten-teraannya kian lama kian luput dan Istana Kolossi lebih mapan dengan statusnya sebagai pusat ekonomi yang terkenal berkat kehadiran tanah-tanah pertanian yang subur di sekelilingnya. Antara kawasan perladangan yang paling masyhur di sana ialah Commandaria; ladang anggur dan kilang a-rak yang dianggap paling tua di dunia.
ISTANA KOLOSSI DIREBUT OLEH RICHARD
Sejarah Istana Kolossi boleh dijejak kembali pada penghujung kurun ke-12, sewaktu Cyprus ditak-luki oleh ten-tera Salib. Pada tahun 1191, Richard the Lionheart si raja Inggeris berangkat bersama pasukannya dari Sicily menuju ke Jerusalem bagi melibatkan diri dalam Pe-rang Salib Ketiga.
Mulanya, Richard sama sekali tidak terlintas mahu berlabuh di Cyprus. Namun, ribut taufan membadai kapal-kapal beliau dan membuatkan tiga daripadanya terbengkalai di pantai Cyprus. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, anak-anak kapal yang baru sahaja selesai menghadapi petaka alam itu kemudiannya diambil sebagai tahanan oleh penduduk tempatan.
Sementara itu, terdapat sebuah lagi kapal lain yang mengangkut adik perempuan Richard, Joan of England, dan tunangnya, Berengaria of Navarre. Walaupun kapal yang satu ini tidak karam, kerosakan yang dialaminya cukup teruk sehingga ia tidak lagi dapat berlayar menongkah lautan. Rata-rata penumpang kapal tersebut merupakan golongan bangsawan. Namun, apalah gunanya darjat dan pangkat, posesi dan posisi, di mata Isaac Komnenos, raja Cyprus ketika itu.
Richard hanya tiba di pulau tersebut bersama beberapa buah kapal lain setelah berlalu beberapa tempoh. Dek kerana berang dengan tindakan Isaac, beliau pun melancarkan se-rangan ke atas Cyprus dan menumpukan kekuatannya di pelabuhan Limassol sehingga bandar tersebut tumbang. Isaac sempat meloloskan diri, namun tidak lama masa yang diambil untuk beliau mengadakan satu lagi pertem-puran dengan Richard.
Kali ini, medan pertem-purannya dipercayai terletak di Kolossi. Memandangkan Isaac tidak meraih sokongan populasi tempatan, pasukan beliau dengan mudah ditewaskan. Dengan demikian, Cyprus pun tumbang ke tangan Richard dan pada tanggal 12 Mei, raja Inggeris itu mengadakan majlis perkahwinan dengan Berengaria di Limassol.
CYPRUS DIJUAL OLEH RICHARD BUKAN SEKALI, TETAPI DUA KALI
Bagaimanapun, Richard tidak memiliki Cyprus untuk tempoh masa yang lama memandangkan beliau menjualnya kepada Kesatria-Kesatria Templar sebelum berangkat meneruskan perjalanan ke Jerusalem pada tanggal 4 Jun. Umpama berkongsi suwey yang sama, Kesatria-Kesatria Templar juga hanya sempat memiliki Cyprus buat tempoh yang singkat. Hanya enam bulan kemudian, berlaku pemberon-takan dalam kalangan penduduk tempatan sehingga memaksa mereka memulangkan pulau tersebut kepada Richard. Richard sekali lagi cuba menjual Cyprus, kali ini kepada Guy de Lusignan, bekas raja Jerusalem.
ISTANA KOLOSSI MENJADI PANGKALAN PERGERAKAN KESATRIA-KESATRIA HOSPITALLER
Pada tahun 1210, Hugh I si raja Cyprus yang ketiga menyerahkan Kolossi kepada Kesatria-Kesatria Hospitaller. Mereka kemudian membina sebuah kubu istana di sana untuk dijadikan sebagai markas ten-tera. Pada tahun 1291, pasukan Salib kehilangan kubu kuat terakhir mereka di Levant memandangkan kota Acre berjaya direbut oleh umat Islam. Oleh kerana itu, Kesatria-Kesatria Hospitaller pun memindahkan pangkalan pergerakan mereka ke Istana Kolossi.
HAK PEMILIKAN ISTANA KOLOSSI SEKALI LAGI BERTUKAR TANGAN
Memasuki tahun 1306, pemilik Istana Kolossi berganti tangan dari Kesatria Hospitaller kepada Kesatria Templar. Namun sesudah Kesatria Templar dibubarkan pada tahun 1313, Istana Kolossi kembali dimiliki oleh Kesatria Hospitaller.
Pada kurun ke-15 Masehi, bangunan istana baru didirikan tepat di kawasan runtuhan istana lama. Dipercayai, individu yang bertanggungjawab atas pembinaan istana baru ini ialah Louis de Magnac, Komander Hospitaller di Kolossi ketika itu. Dakwaan tersebut disandarkan pada bukti kehadiran lambang peribadinya pada tembok istana.
VENICE MENGAMBIL ALIH
Riwayat Kerajaan Cyprus tamat pada tahun 1489 apabila ia menjadi negara bawahan Venice. Kerajaan Venice banyak meraih keuntungan daripada hasil-mahsul ladang-ladang di Kolossi. Puing-puing runtuhan kilang gula yang terdapat di Limassol (Cyprus) menjadi bukti betapa kekayaan pulau tersebut dinikmati oleh penguasa-penguasa Venetia dan seluruh warganya.
Sepanjang kepenguasaan Venice ke atas Cyprus (yang bertahan sehingga tahun 1571), pulau tersebut menerima se-rangan daripada Uthmaniyah dan walaupun Istana Kolossi sudah pun diperkukuhkan ciri pertahanannya, ia tetap juga rebah menyembah bumi. Sisa tinggalannya yang dapat disaksikan pada hari ini hanyalah bangunan istananya yang setinggi tiga tingkat dan juga runtuhan tembok luarnya.
PENINGGALAN YANG MASIH BERKEKALAN
Bagaimanapun, nama Istana Kolossi tidak hanya hidup dalam lembaran sejarah sebagai sebuah kubu keten-teraan dari zaman pertengahan. Runtuhan bangunannya mungkin hanya tinggal secebis, tetapi Istana Kolossi masih lagi masyhur dengan ladang anggur dan kilang a-raknya, Commandaria, yang dianggap sebagai salah sebuah kilang a-rak tertua di dunia. Ar4k-ar4k yang dihasilkan di sana pernah dijamu dalam majlis perkahwinan Richard dan Berengaria, dan legenda mencatatkan bahawa raja Inggeris itu pernah menyifatkan a-rak hasilan Commandaria sebagai ‘a-rak buat golongan diraja dan raja bagi segala a-rak’.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (18 Disember 2018). The Incredible History of Kolossi Castle – Won by Richard the Lionheart, Home to the Knights Templar, and Birthplace of the King of W***s. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih