Dalam video Beritagar hari ini, ada menceritakan tentang sejarah mi segera (di sana dipanggil sebagai mi instan) di Indonesia.
Jenama mi segera ini bukan sahaja popular di Indonesia, tetapi di seluruh dunia. Tahukah anda, Indomie merupakan antara pilihan utama para banduan di Amerika Syarikat untuk sistem barter dalam penjara?
Dan tahukah anda, UNICEF menggunakan Indomie bagi tujuan menggalakkan imunisasi untuk kanak-kanak di Nigeria?
Segalanya bermula pada tahun 1968 apabila Jepun mula mengimport mi segera ke serata dunia, termasuklah Indonesia.
Pada tahun 1969, syarikat Supermi mendirikan kilang yang pertama di Cijantung. Usahasama antara Syarikat Jepun dan Indonesia ini mengasaskan jenama mi segera pertama di Indonesia.
Pada tahun 1972 pula, PT Sanmuro milik Djajadi Djaja pula mendirikan jenama Indomie. Pada 1980an pula jenama Sarimi pula muncul.
Disebabkan pemilik Sarimi ini, Sudono Salim atau nama sebenarnya Liem Sioe Liong merupakan kroni kepada Presiden Soeharto, Sarimi dapat menjual produknya dengan harga yang lebih murah berbanding pesaingnya yang lain.
Salim Group yang memiliki kilang pengisar tepung Bogasari, dapat menghasilkan sehingga 100 juta bungkus mi segera setahun. Dengan produksi ini, Sarimi menguasai 40% pasaran Indonesia.
Pada 1984, Salim Group membeli Indomie dari Djajadi dan sejak itu jenama Indomie mula meluas dan dieksport ke seluruh dunia, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, dan negara pengasas mi segera itu sendiri, iaitu Jepun.
Antara perisa yang pertama yang diperkenalkan oleh Indomie ialah Indomie Kuah Kaldu Ayam, Indomie Kuah Kari Ayam pada 1980. Indomie Mie Goreng diperkenalkan pada 1982.
Kepelbagaian jenama serta kebolehupayaan makanan tersebut bergaul dengan budaya tempatan seperti Mie Goreng Rendang di Sumatera Barat, dan Mie Goreng Acheh di Acheh juga menjadi kekuatan jenama Indomie di dalam pasaran domestik.
Kepelbagaian jenama serta kebolehupayaan makanan tersebut bergaul dengan budaya tempatan seperti Mie Goreng Rendang di Sumatera Barat, dan Mie Goreng Acheh di Acheh juga menjadi kekuatan jenama Indomie di dalam pasaran domestik.
Artikel ini dinaikkan atas ehsan daripada Pop Pelangi.
RUJUKAN:
Mi instan Indonesia yang mendunia. https://beritagar.id/media/video/mi-instan-indonesia-yang-mendunia
Tentang Tiga Mi Instan. https://historia.id/ekonomi/articles/tentang-tiga-mi-instan-DEn0d
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih