Aktiviti penterjemahan karya-karya ilmu asing bermula sejak era Bani Umayyah dan mula dipergiatkan semasa era Bani Abbasiyah terutama era pemerintahan Harun al-Rashid dan al-Ma’mun. Salah satu karya yang diterjemahkan ialah Almagest, sebuah kitab astronomi yang dikarang cendekiawan Yunani terkenal, Ptolemy.
Tapi bila diorang tengok kandungan Almagest, ramai garu kepala dengan catatan beliau sebab Ptolemy pun jem macam mana nak terangkan cara peredaran planet termasuk peredaran bumi.
Sebaik menyelidik pengiraan yang dibuat beliau, ahli astronomi Ibnu Yunus berpandangan pengiraan Ptolemy salah. Beliau rasa hasil pengiraan sebenar bagi perubahan gerakan peredaran bumi ialah satu darjah bagi setiap 70 tahun. Ia amat hampir dengan pengiraan moden hari ini: satu darjah bagi setiap satu abad.
Hal ni masih tak diketahui di Eropah pada ketika itu. Pihak gereja berpandangan bumi merupakan pusat dunia dan semua objek cakerawala mengelilinginya. Doktrin ni dibuktikan palsu oleh para cendekiawan Islam seperti Ibnu Yunus dan Ibnu al-Shatir. Kajian mereka ni menjadi asas kepada model bumi mengelilingi matahari yang dibangunkan Nicholas Copernicus pada abad ke-16.
Matematik amat diperlukan bagi pengiraan rumit astronomi seperti trigonometri dan algebra yang disumbang oleh cendekiawan Islam seperti al-Khawarizmi.
Dunia astronomi bertuah kerana perkembangan astronomi dunia Islam disokong oleh para pemerintah. Semasa era Khalifah al-Ma’mun, baginda meluluskan projek balai cerap pertama di Baghdad. Sejak itu, setiap wilayah dan kerajaan semasa era Keemasan Islam turut membina balai cerap bagi kegunaan astronomi.
Memandangkan teleskop belum wujud ketika itu, pencerapan objek cakerawala dibuat menggunakan sekstan khas. Sesetengah sekstan boleh mencapai ukuran sebesar 40 meter. Alat ni berguna untuk mengira sudut matahari, pergerakan bintang dan memahami peredaran planet.
Pada tahun 964 M, data daripada semua pemerhatian Abdul Rahman al-Sufi dibukukan di bawah judul Kitab Suwar al-Kawakib atau Kitab Bintang-Bintang Tetap. Teks beliau dianggap paling menyeluruh dari segi buruj-buruj bintang yang dilihat di langit.
Abdul Rahman al-Sufi juga dianggap orang pertama yang menemui galaksi Andromeda dan Awan Magellan Besar (Large Magellanic Cloud). Kedua-duanya boleh dilihat dengan mata kasar tetapi beliau tidak tahu tentang besarnya impak penemuan ini. Penemuan al-Sufi menjadi asas kepada kerja-kerja ahli astronomi Denmark, Tycho Brahe.
Ibnu al-Haytham dianggap bapa kepada cahaya kerana memahami cahaya bergerak secara lurus ke mata. Hasil kerjanya dalam bidang optik menjadi asas kepada penciptaan kamera dan teleskop.
Satu lagi alat yang membantu perkembangan astronomi semasa Era Keemasan Islam ialah astrolab. Astrolab ialah ciptaan pemikir Yunani Hipparcus tapi ditambahbaik oleh para cendekiawan Islam golongan Hawa.
Mariam al-Astrulabi merupakan seorang pembuat astrolab wanita pada abad ke-10. Menerusi astrolab yang dihasilkannya, ia membantu ahli-ahli astronomi membuat pengiraan altitud objek-objek cakerawala di langit.
Oleh: Azizul Farhan
…
Kajian-kajian di Zaman Kegemilangan Islam memberi impak yang besar membawa sehingga ke hari ini. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih