Ibadah Korban merupakan suatu bentuk ibadah yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan dengan cara meny3mb3lih haiwan ternakan ( Al-An’am) bermula dari saat solat Sunat Aidiladha dilaksanakan pada tanggal 10 Dzulhijjah, diikuti pada hari-hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 sehinggalah sebelum terbenamnya matahari pada 13 Dzulhijjah. Berasal dari perkataan Arab, ‘Qaraba’ yang bermaksud dekat, ibadah Korban adalah suatu bentuk khusus seorang hamba ingin mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan perlaksanaan sembelihan pada hari-hari yang disebutkan sebelum ini.
Ibadah Korban mempunyai susur galur sejarah yang panjang sejak zaman Nabi Adam alaihissalam. Imam Ibnu Kathir rahimahullah menyebutkan sebuah riwayat dari Sayyiduna Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu tentang bagaimana kedua putera Nabi Adam, Habil dan Qabil diperintahkan agar melaksanakan korban dengan keduanya mempersembahkan hasil terbaik dari perusahaan mereka berdua untuk menyelesaikan pertelingkhan antara keduanya kerana keengganan Qabil mematuhi perintah ayahandanya agar memperisterikan kembar Habil dan sebaliknya ingin memperisterikan kembarnya sendiri kerana kecantikan kembarnya berbanding kembar Habil.
Maka Qabil yang merupakan seorang petani mempersembahkan hasil tanamannya yang terburuk sebagai korban manakala Habil yang merupakan seorang penternak mempersembahkan seekor biri-biri yang gemuk sebagai korbannya. Pada saat keduanya mempersembahkan korban masing-masing maka turunlah cahaya menyambar korban habil sebagai isyarat penerimaan korbannya oleh Allah, sehingga mengakibatkan rasa irihati Qabil tidak terbendung lagi sehingga dia nekad membunuh Habil yang mengakibatkan terjadilah pembunuhan manusia yang pertama di muka bumi.
Kemudian apabila tiba pada waktu kerasulan Nabi Ibrahim alayhissalam, Allah menguji baginda dengan mendatangkan mimpi sebagai wahyu kepada Baginda agar meny3mb3lih salah seorang putera Baginda (para ulama berselisih pendapat tentang samada Nabi Ismail atau Nabi Ishaq yang diperintahkan untuk dis3mb3lih, namun penulis cenderung kepada pendapat ulama’ yang mengatakan yang dis3mb3lih adalah Nabi Ismail). Peristiwa ini dirakamkan di dalam Al-Qur’an:
“Maka apabila anak itu sampai (pada umur mampu) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat di dalam mimpiku bahawa aku meny3mb3lihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab, “Wahai bapaku! Lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar!” (as-Saffat, 37:102)
Maka sebaik sahaja hampir Nabi Ismail dis3mb3lih oleh bapa Baginda, maka Allah memerintahkan malaikat Jibril agar menggantikan Nabi Ismail dengan seekor biri-biri yang gemuk dari syurga, maka demikianlah berlaku persitiwa korban secara peny3mb3lihan buat kali pertama dalam sejarah manusia. Diriwayatkan dari Sayyiduna Ibnu ‘Abbas juga bahawa biri-biri tersebut merupakan biri-biri milik Habil yang dikorbankan dahulu dan disimpan di syurga sehinggalah ia dis3mb3lih oleh Nabi Ibrahim sebagai ganti kepada putera Baginda.
Ibadah Korban ini kemudian diwarisi terus menerus oleh keturunan nabi Ibrahim sampailah kepada bangsa Arab sebelum daripada kerasulan Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang akan meny3mb3lih haiwan atas menzahirkan kesyukuran kepada Allah apabila berlaku sesuatu perkara yang besar.
Catatan sirah menunjukkan bahawa nenda Rasulullah, Sayyiduna Abdul Mutalib pernah meny3mb3lih 100 ekor unta sebagai ganti nazarnya untuk meny3mb3lih salah seorang dari puteranya.
Kemudian sehingga tiba kerasulan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam , Baginda telah memerintahkan agar umat Baginda agar melaksanakan ibadah korban sekiranya mereka berkemampuan. Sabda Baginda:
“Barang siapa memiliki kelapangan (rezeki) tetapi tidak meny3mb3lih kurban maka jangan sama sekali dia mendekati tempat solat kami. ” (Hasan. Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Al-Daraqutni, Al-Hakim)
Pada tahun akhir kehidupan hayat dunyawiyyah (kehidupan di dunia) Baginda, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah meny3mb3lih 100 ekor unta dengan 63 ekor daripadanya dis3mb3lih sendiri oleh Baginda.
Bahkan Baginda tidak pernah meninggalkan perlaksanaan ibadah ini saban tahun sejak dari mula pensyariatannya. Inilah sejarah ringkas berkenaan perlaksanaan ibadah Korban yang kita laksanakan setiap tahun. Semoga dengan perkongsian ringkas ini kita lebih memahami hikmah serta objektif ibadah ini agar kita lebih bersemangat dalam perlaksanaannya pada setiap tahun, insyaa – Allah.
RUJUKAN:
- Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih