Hari ini amat unik dalam sejarah pentarikhan mengikut kalendar Masihi. Yang uniknya hari ini adalah ia bertarikh 29 Februari 2020 bermaksud tahun 2020 adalah tahun lompat. Tarikh ini ditambah dalam tahun-tahun Masihi yang boleh dibahagikan dengan nombor 4, seperti 2016, 2020, dan 2024.

Hari lompat (Leap Day) ditambah dalam kalendar solar seperti kalendar Gregoria (calendar Masihi) dan kalendar lunisolar atau rembulan seperti kalendar Hijrah. Dalam kalendar Gregoria, tahun yang boleh dibahagi dengan nombor 100 tapi tidak boleh dibahagi dengan nombor 400 tidak mempunyai Hari Lompat. Contoh tahun tidak mempunyai Tarikh 29 adalah 1700, 1800, dan 1900. Begitu juga tahun 2100, 2200, dan 2300. Namun tahun 1600, 2000 dan 2400 mempunyai Hari Lompat.

Tahun yang mempunyai Hari Lompat dipanggil sebagai Tahun Lompat. Tahun yang tidak mempunyai 29 Februari hanya dipanggil sebagai Tahun Biasa. Dalam Kalendar China, Hari Lompat cuma hadir dalam tahun monyet, naga, dan tikus.

Hari Lompat wujud kerana tempoh masa Bumi lengkap mengelilingi Matahari mengambil masa 6 jam lama dari keseluruhan 365 hari. Maka tambahan 6 jam diambil sebagai hari baru dalam penyusunan kalendar di Bumi agar anggaran musim di Bumi oleh dikira dengan mudah walaupun ada tambahan 6 jam.

Kalendar Julian yang digunakan oleh tamadun Barat hingga abad ke-16 Masihi, Hari Lompat ditambah dalam tahun yang telah dijarakkan sebanyak 4 tahun. Selepas abad ke-16 Masihi, kalendar Gregoria diperkenalkan dan sistem Hari Lompat dalam 4 tahun masih digunakan sehingga kini, semata-mata menepati anggaran 4 musim di Bumi melalui perkiraan masa.

Yang uniknya lagi (banyak kata unik pula), mereka yang lahir pada Hari Lompat dipanggil sebagai Leaper atau Bayi Lompat Tahun. Bagi menyambut kelahiran mereka yang bertarikh 29 Februari, ia boleh disambut sama ada 28 Februari atau 1 Mac dalam Tahun Biasa. Sesetengah mereka menyambut pada hari yang sama walaupun terpaksa menunggu jarak 4 tahun.

Sebenarnya terdapat perdebatan sedunia bagaimana mengira umur mereka yang lahir pada Hari Lompat ini. Di United Kingdom (UK) dan Hong Kong, apabila remaja Hari Lompat masuk umur 18 tahun, mereka dibolehkan menyambut kelahiran pada 1 Mac dalam Tahun Biasa. Manakala di New Zealand, mereka yang lahir pada 29 Februari wajib sambut pada 28 Februari dalam Tahun Biasa untuk pengesahan lesen memandu bawah undang-undang Land Transport (Driver Licensing) Rule 1999.

Berbeza dengan undang-undang English di Eropah. Apabila masuk tahun baru usia seseorang telah bertambah tidak kisah dia lahir pada Hari Lompat. Maka, jika sepasang adik beradik kembar mempunyai umur berbeza seperti abangnya lahir pada 28 Februari dan adiknya lahir pada 29 Febuari, mereka tetap mempunyai umur yang sama.

Tambahan pula, di Taiwan mereka yang lahir pada Hari Lompat apabila menginjak 18 tahun mereka dibolehkan sambut pada 28 Februari dan menjadi tarikh sah. Manakala di US, John Reitz iaitu professor undang-undang dari University of Iowa menegaskan bahawa tidak ada penetapan undang-undang terhadap rkayat yang lahir pada Hari Lompat. Dan beliau menyatakan bahawa 1 Mac adalah Tarikh kelahiran tetap kepada mereka yang lahir pada 29 Februari.

Dalam budaya tamadun, terdapat sambutan tradisi Eropah bernama Bachelor’s Day yang membenarkan wanita melamar pasangannya pada Tarikh 29 Februari. Jika pasangannya menolak, dia mesti memberikan wanita itu wang miliknya dan membelikan baju kepadanya. Dalam warga kelas elit Eropah, jika pasangan lelaki menolak lamaran, dia mesti sediakan 12 pasangan sarung tangan untuk wanita dia tolak, sebagai simbolik menutup malu wanita yang tidak mempunyai cincin pertunangan.

Di kota Aurora, Illinois, wanita bujang dilantik oleh komuniti dan menangkap mana-mana lelaki bujang untuk membayar denda $4 USD pada Hari Lompat. Manakala di Greece, berkahwin pada Hari Lompat dianggap sebagai membawa malang kepada pasangan suami-isteri baru.

RUJUKAN:

Lerner, Ed. K. Lee; Lerner, Brenda W. (2004). “Calendar”. The Gale Encyclopedia of Science. Detroit, MI: Gale. pp. 679–82.

North, J. D. (1983), “The Western calendar – “intolerabilis, horribilis, et derisibilis”; four centuries of discontent”, in Coyne, G. V.; Hoskin, M. A.; Pedersen, O. (eds.), Gregorian reform of the calendar, Vatican Observatory, p. 99

Leigh, Rob (February 28, 2012). “Leap year February 29: 29 things you need to know about leap years and their extra day”. Mirror Online. Retrieved February 29, 2020. https://www.mirror.co.uk/news/uk-news/leap-years-29-things-you-746716


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.