Perkataan golem sudah pasti tidak asing pada hari ini. Makhluk sebegini bersepah dalam dunia fiksyen, macam Baldur’s Gate misalnya sampai bermacam-macam golem. Kalau dalam bahasa paling mudah, golem adalah suatu jasad dua kaki yang hidup… tetapi bukan sama sekali seorang manusia.

Golem memang dibina khas untuk elemen fiksyen. Walau bagaimanapun, ia ada sentuhan bersejarah daripada budaya Yahudi. Ia adalah sesuatu makhluk yang dicipta daripada tanah liat… tetapi seperti yang disebut, bukan seorang manusia.

Golem muncul dalam Kitab Zabur sebagai “suatu jasad tidak berbentuk”. Menurut lagenda Talmud, Adam (as) adalah seorang manusia yang berasal daripada golem. Selama 12 jam, Adam (as) kekal seperti golem, yakni tubuh tanpa roh.

Namun itu bukan satu-satunya golem yang pernah wujud dulu. Katanya seorang nabi bernama Jeremiah pernah menciptakan sebuah golem sampai ada senaskhah buku yang menceritakan tentang cara pembuatannya.

Menurut Kitab Sefer Yetzirah, golem boleh dicipta dengan tiga cara. Pertama sekali, seorang pencipta perlu membaca ayat-ayat Ibrani. Kedua pula, huruf alif, mim dan ta dalam bahasa Ibrani perlu ditulis pada dahi golem.

Dan ketiga, nama Yahweh perlu ditulis pada secebis kertas yang perlu disumbat dalam mulut golem. Walau apa pun caranya, kena ada jasad terlebih dahulu. Tanpa jasad ini maka tiadalah golem. Salah satu daripada tiga cara ini adalah kaedah untuk menghidupkan jasad tersebut.

Menghayati Sejarah Golem 

Di sini jelas bahawa sebuah golem ada kena mengena dengan agama Yahudi. Sama ada fizikal atau spiritual, golem memang wujud. Tetapi ia tidak terhad pada golongan nabi semata-mata.

Pada abad ke-16, seorang rabai Yahudi menimba populariti kerana berjaya menghidupkan sebuah golem. Kisah ini berlaku di Prague yang dipimpin seorang maharaja bernama Rudolf II.

Semasa kepimpinan beliau, ramai yang membenci kaum Yahudi. Jadi Rabai Judah Loew ben Bezalel menghidupkan sebuah golem untuk menjaga keselamatan para Yahudi di situ (Bilefsky, 2009). Dan golem itu membuat kerja yang sangat baik.

Ramai Yahudi berasa selamat dijaganya. Tetapi golem ini bertambah kuat setiap masa sampai tiba-tiba hilang arah dan membuat hal. Lalu Rabai Loew mencabut nama Yahweh daripada jasadnya, menukarkan golem tersebut kembali menjadi patung.

Katanya Rabai Loew menyimpan jasad golem ini dalam sebuah synagogue. Tetapi itu hanya khabar angin sahaja. Kerana synagogue tersebut digeledah beberapa abad kemudian, dan tiada jasad golem ditemui. Sampai ke siling orang ramai cari. Apa pun tiada.

Cerita Semakin Gila

Golem tidak semestinya dibuat sebagai jantan. Ada saja kisah Yahudi yang mengabadikan golem betina. Golem-golem betina hanya akan digunakan apabila perlu sahaja, seperti memasak dan mengemas rumah.

Cuba bayangkan sebuah kenduri kendara yang direwang dengan hanya menggunakan golem. Sudah pasti jimat jadinya. Golemlah masak. Golemlah basuh pinggan semua. Lega hati pengantin kalau betul-betul boleh buat.

Cakap pasal pengantin, ada satu kisah yang perlu dikongsi. Seorang rabai bernama Horowitz menciptakan sebuah golem betina yang diukir begitu cantik, kemas dan montok. Lalu diletakkan nama Tuhan untuk menghidupkan golem ini. Cuma Horowitz punya forever alone sampai menidµri golem tersebut (Sherwin, 2000).

Ini sudah serupa beli patung syαhwαt dekat Shopee, cuma zaman dulu masa tiada Internet saja. Yang kejinya pergi guna nama Yahweh untuk hidupkan barang kepuasan diri. Itu yang tak masuk akal sampai sekarang.

RUJUKAN:

Bilefsky, D. (2009, May 10). Hard Times Give New Life to Prague’s Golem. The New York Times.

Sherwin, B. (2000). Jewish Ethics for the Twenty-First Century: Living in the Image of God. Syracuse University Press. Halaman 81.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.