Memandangkan sekuel Ghost of Tsushima akan keluar nanti yang bertajuk Ghost of Yotei, kita kena tahu dulu latar belakang Ghost of Tsushima.

 

Ghost of Tsushima ni video game yang berlatarkan pencerobohan Mongol di Jepun pada tahun 1274.

 

Cerita sebenar pula bermula bila Kublai Khan, cucu kepada Genghis Khan dan pemerintah Dinasti Yuan berhasrat nak tawan Jepun lepas dah hampir 3/4 dunia dijajah Empayar Mongol.

 

Kublai Khan hantar surat tawaran kepada shōgun untuk berada bawah Mongol. Tapi takde jawapan yang diterima.

 

Bagi Kublai, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kalau dah tak dapat cara baik, dia pun buat cara kejam.

 

Pada 5 November 1274, Mongol menyerang Pulau Tsushima yang menjadi pintu masuk dari Semenanjung Korea dengan tanah besar Jepun.

 

Kublai Khan memimpin tentera Mongol seramai 28-30 ribu dan 3500 armada melawan 80 samurai-samurai Jepun diketuai Sō Sukekuni.

 

Tentera Mongol menurunkan sauh armada mereka di Teluk Komoda pada jam 2 pagi.

 

Pemanah-pemanah Mongol melepaskan anak panah ke arah samurai-samurai di Pantai Komoda. Sukekuni mengarahkan semua untuk berundur.

 

Menjelang subuh, tentera Mongol bertapak di pantai dan pertempuran jarak dekat bermula. Cara samurai dan Mongol berperang sangat berbeza.

 

Samurai Jepun yang hanya 80 orang tu berjaya bertahan sampai ke malam. Mongol yang terdesak membuat serangan terakhir dengan tentera berkuda. Kesemua 80 orang samurai terkorban.

 

Bilangan tentera Mongol yang ramai dan lebih berteknologi tinggi menggunakan serbuk letupan membuatkan mereka berjaya menawan seluruh Tsushima selama seminggu dan melakukan pembunuhan beramai-ramai.

 

Selepas Tsushima, Mongol meneruskan kemaraan mereka ke pulau yang lain dan berjaya menawan Iki dan Teluk Hakata namun taufan kencang memusnahkan sebahagian besar armada Mongol di Kyushu.

 

Ribut ini dikenali sebagai kamikaze bermaksud angin yang dibawa tuhan. Frasa yang sangat sinonim dengan kita bila dikaitkan dengan Jepun.

 

Mongol menyerang sekali lagi pada 1281 dengan 142,000 tentera dan 900 armada.

 

Namun, Jepun kali ini lebih bersedia, membina dinding batu disepanjang teluk membuatkan Mongol tak berjaya mendarat. Pendek cerita, Mongol sekali lagi “dibadai asmara” kamikaze.

 

Mongol gagal kerana mengulang strategi yang sama, mendarat di Tsushima, Iki dan Teluk Hakata di Kyushu.

 

Jepun pun sempat bersedia membina tembok pertahanan sebelum diceroboh buat kali kedua selepas 7 tahun.

 

___

 

Banyak lagi pasal samurai, daimyo, dan peperangan yang unik, menarik dan ada sejarahnya sendiri dalam era Sengoku!

 

Kalau berminat, boleh dapatkan buku SENGOKU: DINASTI PARA SAMURAI sudah boleh dipra-tempah pada hari ini, dengan harga promosi RM23!

 

Dapatkan di sini: https://s.shopee.com.my/8pTeXCoK0n


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.