Dinasti Xia secara tradisinya dianggap sebagai dinasti pertama Cina. Dinasti ini dipercayai telah diasaskan oleh Yu ‘Agung’ menjelang millennia ke-3 SM dan berakhir sehingga pertengahan millennia berikutnya.

Walaupun dinasti ini ada disebutkan di dalam teks-teks purba Cina, penemuan arkeologi bagi membuktikan kewujudannya sangat kurang. Maka, Dinasti Xia secara umum dianggap sebagai satu dinasti mitos. Apapun, penemuan arkeologi terkini telah memperbaharui perbincangan tentang kewujudan dinasti ini.

Emperor Yu sebagaimana yang diimaginasikan oleh pelukis dari Dinasti Song, Ma Lin

SEBUTAN PADA CATATAN-CATATAN PURBA

Menurut catatan-catatan sejarah Cina, ketamadunan Cina ditubuhkan oleh Tiga Buah Kedaulatan dan Lima Orang Maharaja. Mereka-mereka ini merupakan pemerintah legenda yang dipercayai telah menanamkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran penting kepada masyarakat Cina. Pemerintah-pemerintah ini mendahului kewujudan Dinasti Xia, yang diasaskan oleh Yu ‘Agung’.

Kisah penubuhan Dinasti Xia mungkin boleh dijejak sehingga ke masa pemerintahan Maharaja Yao, iaitu pemerintah kedua terakhir dari Lima Orang Maharaja. Pada masa pemerintahannya, Yao menghadapi masalah untuk mengawal bencana banjir di Sungai Kuning. Masalah ini merupakan hal yang sangat serius memandangkan ia memberi kesan yang buruk kepada sektor agrikultur dan mengancam nyawa para penduduk.

Makanya, maharaja mengambil keputusan untuk melantik seorang lelaki bernama Gun untuk menangani permasalahan ini. Selama sembilan tahun, Gun berusaha untuk menghentikan banjir itu namun gagal. Akhirnya, Gun membina sejumlah tambak pencegah bah dengan harapan ia akan mampu menahan gulungan ombak banjir. Namun, tindakan ini juga menemui kegagalan dan maharaja baru, Shun tidak bersenang hati dengan keadaan itu.

Banjir Besar dari Kanagawa (sekitar 1830-1833) oleh Hokuzai

KEJAYAAN YU

Dalam beberapa versi hikayat ini, Gun dikisahkan membvnuh diri sambil versi lain pula memperlihatkan beliau dipenjarakan oleh maharaja, atau memencilkan diri di kawasan pergunungan. Walau apa sekalipun keadaannya, anaknya yang bernama Yu dilantik untuk menyambung kerja bapanya.

Yu dengan pantas menyedari bahawa bapanya itu terlalu memandang tinggi pada kebolehan dirinya sendiri. Akibatnya, beliau cuba menyelesaikan permasalahan ini sendirian tanpa meminta sebarang bantuan dari pihak lain. Tambahan lagi, Yu turut menyedari bahawa kaedah yang digunakan oleh bapanya itu berlawanan sifat dengan banjir bah dan bukannya cuba meneutralkan sifat semula jadi air bah itu. Misalnya, tambak-tambak yang dibina itu ditempatkan di lokasi yang bertentangan dengan aliran banjir sekaligus hanya berfungsi seperti sebuah benteng.

Dengan menyedari beberapa buah pengajaran itu, Yu mengambil keputusan untuk meminta bantuan daripada beberapa buah puak berhampiran agar membina sejumlah terusan. Hal ini dapat mengalirkan banjir itu dari kawasan tanah landai dan kembali ke laut. Projek ini memakan masa selama 13 tahun untuk disiapkan.

Pun begitu, hasil yang diraih sangat memuaskan sekaligus maharaja bersenang hati dengan Yu lalu melantiknya sebagai komander p3rang. Yu kemudian dihantar dalam sebuah kempen ketenteraan bagi memerangi sebuah puak gasar yang dikenali sebagai Sanmio. Kejayaan Yu dalam menewaskan musuhnya ini menambahkan lagi kekaguman maharaja. Baginda kemudiannya memberikan ganjaran kepada Yu dengan menamakannya sebagai pewaris takhta.

Kuil Yu yang Agung, Permakaman Yu di Shaoxing, Zhejiang, China.


YU MENAIKI TAKHTA

Kenaikan takhta Yu menandakan permulaan bagi Dinasti Xia. Yu memerintah selama 45 tahun dan sebelum beliau mangkat, Yu sempat menamakan puteranya yang bernama Qi sebagai pewaris. Pada awalnya, Yu berhasrat untuk melantik salah seorang menterinya sebagai pengganti maharaja memandangkan menteri tersebut merupakan orang yang paling layak menyandang jawatan itu. Namun, ramai rakyatnya menginginkan agar Qi menjadi pewaris maharaja dan Yu terpaksa akur dengan permintaan tersebut.

Dengan demikian, tindakan Yu yang menamakan Qi sebagai pewarisnya itu menjadi permulaan kepada polisi pewarisan takhta secara turun-temurun di Cina.  Keturunan-keturunan Yu memerintah Cina sehingga tahun 1600SM. Maharaja terakhir dari dinasti ini ialah Jie yang dikenali sebagai seorang pemerintah yang zalim. Akibatnya, beliau kehilangan Mandat Tuhan dan digulingkan oleh Tang, si pengasas Dinasti Shang.

KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG

Kekurangan bukti arkeologi untuk mengesahkan kewujudan Dinasti Xia telah mendorong ramai orang untuk mempercayai bahawa Dinasti Xia ini tidak wujud dan hanya sekadar sebuah mitos. Namun, penemuan-penemuan arkeologi terkini mengisyaratkan bahawa berkemungkinan terdapat kebenaran di sebalik legenda Yu ini.

Pada tahun 2016, dilaporkan bahawa banjir besar yang disebutkan di dalam sumber-sumber purba itu sememangnya benar-benar pernah berlaku. Dakwaan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli geologi di sekitar Sungai Kuning, Wilayah Qinghai. Menerusi kajian ini, diyakini bahawa sebuah kejadian banjir besar pernah berlaku sekitar tahun 1920SM.

Penemuan-penemuan tersebut mengisyaratkan bahawa legenda Maharaja Yu mungkin memiliki asas-asas yang benar. Malah, ia turut menghadirkan kemungkinan bahawa Dinasti Xia diasaskan sedikit lewat berbanding tarikh yang dicadangkan oleh sejarahwan selama ini.

TERJEMAHAN:

DHWTY. (18 Mei 2017). No Smoke Without Fire: The Existence of Xia Dynasty and the Great Flood Legend. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/myths-legends/no-smoke-without-fire-existence-xia-dynasty-and-great-flood-legend-008089


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.