”Jika aku ma.ti di tangan mu, aku anggap Tuhan yang melakukannya, bukan kamu. Jangan terlalu gembira dengan peristiwa hari ini walau hanya sesaat, kerana setelah berita kema.tian aku tiba kepada Hulagu Khan, lautan amarahnys akan mendidih, dan dari Azerbaijan hingga ke pintu gerbang Mesir akan digegarkan dengan deruman tapak kaki kuda-kuda Mongol. Hulagu Khan memiliki tiga ratus ribu penunggang kuda terhandal seperti Kitbuqa. Kalian ambillah salah seorang daripadanya.” — Kitbuqa Noyan

Begitulah kiranya wazir dan sejarawan Ilkhaniyah yang agung, Rashid al-Din dalam mencatatkan kisah kepahlawanan, dan tentulah diolah secara dramatis mengenai pendirian terakhir Kitbuqa Noyan dalam pertem.puran Ayn Jalut pada bulan September 1260.

Inilah kekalahan Mongol yang terkenal terhadap sebuah entiti yang ketika itu masih baru ditubuhkan, dan agak rapuh, Kesultanan Mamluk Mesir. Walau bagaimanapun, Mongol tidak melihatnya sebagai ben.cana yang tak dapat dipulihkan, tetapi kekalahan pasukan kecil ini akan segera dibalas, kerana itu adalah kehendak Syurga bagi mereka.

Kekalahan Mongol di Ayn Jalut pada tahun 1260 tidak menamatkan pera.ng antara Mongol dan Mamluk, dan selama 50 tahun berikutnya pengganti-penganti Hulagu, iaitu para ilkhan telah berulang kali berusaha untuk menebus kekalahan mereka hanya untuk dan setiap kali itu juga mereka akan ditundukkan oleh tentangan yang berani dari tentera Mamluk. Kita boleh melihat usaha pihak Mongol Ilkhaniyah dalam membawa kuda mereka menyeberangi ke Sungai Nil.

Hulagu Khan

Dengan kema.tian Mongke Khan pada tahun 1259, Empayar Mongol telah berpecah belah secara kekal. Hanya Hulagu dan para penggantinya yang kekal berhubungan baik dengan abangnya Kublai Khan, Khan Agung yang baru secara nominal. Hulagu adalah seorang yang merdeka, menguasai wilayah yang luas sejauh dari Anatolia hingga ke Amu Darya, dikenali sebagai Ilkhaniyah (Ilkhanate).

Sepupu-sepupu Hulagu di negeri Ulus Jochi (Golden Horde) yang berdekatan, Kekhanan Chagatai dan Neguderi (Qara’unas / Nikudari) segera bermu.suhan dengan Ilkhaniyah, yang mendapati diri mereka perlu mempertahankan sempadan jauh dari ketiga-tiganya, selain pemberontakan dalaman.

Bagi para ilkhan, Mamluk hanyalah salah satu sempadan di antara yang lain, yang hanya boleh mereka hadapi apabila ancaman dari kuasa-kuasa kekhanan yang lain menurun. Pendek kata, hakikat ringkas ini menghalang sebarang pencerobohan besar Ilkhaniyah ke atas negeri Mamluk.

Walaupun begitu, bagi Mamluk, sempadan mereka dengan Ilkhaniyah di sepanjang Sungai Eufrat sangat penting. Selepas Ayn Jalut, Sultan Saifuddin Qutuz dibu.nuh oleh Baybar, orang yang sama telah berpera.ng bersama Qutuz melawan Kitbuqa.Walaupun kebanyakan kredit diberikan kepada Qutuz dan kualiti ketenteraan Mamluk dalam kemenangan di Ayn Jalut, punca kejayaan Mamluk yang berterusan melawan Mongol sebenarnya berkait rapat dengan Baybar.

Al-Malik al-Zahir Rukn al-Din Baybars al-Bunduqdari

Sebagai seorang anak muda Kipchak dari padang rumput Eurasia yang besar, Baybar telah dijual sebagai hamba kepada Sultan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir. Di sana, Baybar memeluk Islam dan menerima latihan yang luas dalam semua urusan ketenteraan.

Menjadi seorang askar yang hebat, ditambah dengan cita-cita, daya bertahan dan semangat yang sangat besar, Baybar memahami dengan jelas ancaman bahaya yang ditimbulkan oleh Mongol, dan mempersiapkan seluruh kerajaannya untuk mempertahankan diri.

Sultan yang baru ini memperbesarkan rejimen Mamluk, membina hubungan baik dengan Ulus Jochi, kerajaan Genoa dan Empayar Byzantine untuk menjaga aliran tentera hamba Turkik dari padang rumput Eurasia, melalui Laut Tengah ke pelabuhan Mesir. Dia menubuhkan rangkaian perisikan yang canggih untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan Ilkhaniyah dan menyebarkan maklumat salah di dalamnya, disokong oleh sistem menara isyarat, merpati utusan, jalan raya, jambatan dan stesen geganti yang dipertingkatkan untuk menghantar mesej dengan pantas.

Namun Kesultanan Mamluk sendiri tidak ada harapan besar untuk menakluki Ilkhaniyah atau mengancamnya dengan serius, sehingga ramai para ilkhan merasa tidak ada keperluan yang terdesak untuk mengalahkan Mamluk. Sebaliknya, bagi Mamluk, sempadan Ilkhaniyah sangat penting: Baybar terpaksa mengerah hampir keseluruhan tentera Mamluk untuk mengusir Mongol, dan dengan demikian, kekalahan bukan satu pilihan bagi Mamluk kerana itu akan memungkinkan Mongol menguasai Mesir, dan menjadi ancaman terhadap dunia Islam di barat.

Peta politik dunia timur

Demikianlah sumbangan Baybar dalam memperbaiki sistem yang terbukti sangat berhasil mempertahankan negara dari ancaman Hulagu, walaupun ia menuntut pengor.banan peribadi yang besar dalam sistem monarki, dan para penerus Baybar perlu berjuang untuk meneruskan visinya.

Tak lama selepas kekalahan di Ayn Jalut pada bulan September 1260, sekitar 6,000 pasukan tentera Mongol kembali ke Syria pada bulan Disember. Diperintah oleh Baydar, seorang pegawai Kitbuqa yang berjaya melarikan diri dari sera.ngan Qutuz dan Baybar awal tahun itu, mereka menjadi ancaman serius.

Pada waktu itu Sultan Baybar tidak memperketatkan penguasaannya terhadap Syria, sera.ngan oleh negara-negara Salib telah menimbulkan kekeliruan, dan beberapa saki baki para penyokong Qutuz telah memberontak terhadap pemerintahan Baybar, salah satu darinya bahkan mengisytiharkan diri sebagai Sultan.

Terdapat implikasi dalam sumber Mamluk bahawa sera.ngan tidak dilancarkan atas perintah Hulagu, tapi atas inisiatif Baydar sendiri untuk membalas den.dam terhadap kema.tian Kitbuqa. Ketika tenteranya bergerak, mereka mendapati bahawa pasukan pengawal Syria telah berundur sebelum mereka tiba.

Menempatkan seorang gabenor di Aleppo dan di kota-kota besar lain, apabila Mongol mendekati Homs mereka mendapati gabungan pasukan Homs, Hama dan Aleppo telah berundur dan berkumpul di sana sebelum mereka. Dengan kekuatan yang mengatasi pasukan Syria, mungkin 6,000 tentera di bawah Baydar melawan 1,400 tentera Syria, Baydar akhirnya dikalahkan dalam pertem.puran, Syria dibantu oleh kabus tebal dan sokongan orang Badwi tempatan secara serentak.

Secara kebetulan, pertem.puran berlaku berhampiran dengan makam Khalid ibn al-Walid, panglima yang amat terkenal dalam kebangkitan awal Islam dan pemenang Pertem.puran Yarmouk, nilai simbolik ini meningkatkan lagi moral tentera Islam.

Pertem.puran Homs Pertama ini seperti yang akan diketahui, mengukuhkan pendapat bahawa bangsa Mongol boleh dikalahkan. Jumlah kekuatan tentera Mongol melebihi garnisun pertahanan Mamluk, dan ia menunjukkan betap pentingnya barisan pertahanan disatukan berbanding dari menubuhkan pertahanan di setiap garnisun dan bersembunyi di sebalik tembok kota berasingan.

Bagi kebanyakan para penulis sejarah Mamluk, Pertem.puran Homs Pertama ini adalah pertem.puran yang menjadi kemenangan Mamluk yang paling besar di sepanjang Pera.ng Mamluk-Ilkhaniyah, bukan Pertem.puran Ayn Jalut. Ini juga merupakan sera.ngan besar terakhir Mongol terhadap Syria pada tahun 1260-an.

Hulagu menghabiskan tahun-tahun berikutnya dengan bertem.pur melawan Berke Khan dari Ulus Jochi demi merebut wilayah Azerbaijan yang bernilai, di mana Berke percaya iany hak milik sah keturunan Jochi Khan. Dengan kema.tian Hulagu pada bulan Februari 1265, dia. digantikan oleh puteranya Abaqa, yang diganggu oleh sera.ngan Ulus Jochi dalam usaha mendirikan sebuah kerajaan baru.

Pada masa itu, Sultan Baybar yang sudah sedia kukuh boleh memperkuatkan lagi barisan pertahanannya, dan mengalihkan tumpuan terhadap kubu-kubu tentera Salib yang terpencil. Pada masa ini, hanya sedikit saja yang tinggal di bekas Kerajaan Tentera Salib, merangkumi beberapa kota pesisir pantai seperti Antioch, Tripoli dan Acre dan beberapa kubu pedalaman seperti Krak des Chevaliers dan Montfort.

Negara-negara Salib telah mengambil sikap berkecuali terhadap Mongol, atau bahkan bergabung dengan mereka seperti Tripoli pada tahun 1260 setelah Mongol memasuki Syria. Sikap berkecuali atau kesetiaan mereka kepada orang Mongol, selain kemungkinan mereka bertindak sebagai tapak untuk kebangkitan pasukan Eropah, bermakna Mamluk akan melancarkan pembalasan den.dam berda.rah terhadap mereka setiap kali ada kesempatan.

Armenia Cilicia semasa diser.ang Baybar

Dari Februari hingga April 1265 sejurus selepas kema.tian Hulagu, Baybar menakluki Caesarea, Haifa, Arsuf, Galilea dan menyera.ng Armenia Cilicia, para pengikut Ilkhaniyah. Pada tahun 1268 Baybar meram.pas Antioch, dan pada 1270-71 ketika Abaqa bertem.pur dengan tentera Chagatai dan Neguderi di timur jauh, Baybar mengambil kubu Krak des Chevaliers dan Montfort, dan merancang untuk menyera.ng Tripoli, satu lagi pengikut Ilkhaniyah.

Meskipun tetap popular di beberapa kalangan penulis dalam menggambarkan penaklukan Mamluk terhadap kubu-kubu tentera Salib sebagai pertembungan yang tak seimbang, itu adalah urusan sampingab yang dilakukan oleh Mamluk setiap kali Ilkhaniyah diduduki. Begitulah ram.pasan kuasa yang perlahan dan penuh penghinaan yang menamatkan negara-negara Salib.

Pengakhiran kerajaan Salib oleh Mamluk menjadi satu kemenangan yang strategik, kerana itu merupakan cara yang paling berkesan untuk mencegah hubungan antara Eropah dan Mongol. Hulagu dan penggantinya menghantar surat kepada raja-raja dan Paus Eropah, menggalakkan mereka untuk berpera.ng melawan Mamluk dan bersama-sama mengalahkan mereka, menawarkan untuk merebut kembali Jerusalem (Baitulmuqaddis) dan tempat-tempat suci lain kepada Kristian, tapi semua itu disambut dengan janji kosong.

Raja James I dari Aragon

Pera.ng salib yang dilancarkan Louis IX sangat teratur hingga menghasilkan kerosakan besar di Mansura pada tahun 1250 dan Tunis pada tahun 1270, yang mengurangkan masalah kehilangan semangat pera.ng salib di Eropah. Tak ramai raja-raja Eropah yang serius menerima tawaran Mongol dalam pakatan ketenteraan, kecuali dua raja ini.

Raja James I dari Aragon didapati raja yang paling dipengaruhi oleh permintaan Ilkhan Abaqa, didorong oleh janji-janji sokongan logistik dan ketenteraan Ilkhaniyah sebaik saja mereka tiba ke tanah besar. James melakukan persiapan dan melancarkan armada pada bulan September 1269. Ribut yang tak dijangka telah memecahkan armada itu, dan hanya dua orang anak haram James yang berjaya sampai ke Acre, yang hanya tinggal sementara dan hanya ada sedikit saja pencapaian di sana sebelum berangkat pulang.

Ini diikuti dengan ketibaan Putera Edward dari England, bakal Raja Edward I, di Acre pada Mei 1271 dengan pasukan kecil, dan Abaqa mengirim tentera di bawah Samaghar, panglima Mongol di Rum untuk membantunya tetapi pasukan Samaghar menarik diri apabila Baybar tiba. Pasukan Edward menunjukkan prestasi yang buruk dalam serbuan kecil mereka sendiri, dan berlayar pulang ke England pada September 1272.

Abaqa Khan

Salah seorang komander yang mengambil bahagian dalam serbuan Samaghar ialah Mu’in al-Din Sulaiman, atau lebih dikenali sebagai Pervane, nama yang berasal dari istilah sahib pervana, penjaga mohor, walaupun ia secara harfiah bermaksud “rama-rama.”

Pervane adalah tokoh dominan sisa-sisa negeri Seljuq di Kesultanan Rum. apabila Sultan Seljuk yang dilantik Mongol sebelum itu, Kilij Arslan IV telah mencabar Pervane, dia berjaya membuatkan Abaqa menghu.kum ma.ti Sultan dan menempatkan anak lelaki Arslan yang masih kecil di takhta sebagai Sultan Ghiyath al-Din Kaykhusraw III.

Demikianlah Pervane, dalam koordinasi dengan Samaghar Noyan, dia berperanan sebagai tuan di Anatolia. Pada asasnya gabenor bersama, Samaghar dan Pervane mempunyai hubungan yang stabil, memperkayakan diri mereka di sepanjang perjalanan.  Tetapi apabila Abaqa melantik adiknya Ejei untuk mengawasi Pervana dan Samaghar. Pervane merasa terganggu di bawah beban kewangan dan pengawasan yang semakin meningkat, dan meminta Abaqa memanggil pulang adiknya dengan mendakwa Ejei bekerjasama dengan Baybar.

Matawang Ilkhaniyah era Ghazan Khan

Abaqa berjanji akan memanggilnya semula, tetapi dilewat-lewatkan. Dalam kekecewaan, Pervane sendiri menghubungi Baybar. Rasa ingin tahu Sultan semakin meruncing, tetapi tidak bertindak balas. Apabila maklum balasnya tiba kepada Pervane pada tahun 1274, ketika itu Ejei dan Samaghar telah digantikan oleh Toqa Noyan, dan Pervane tidak memberi respons. Di bawah Toqa Noyan, tekanan Mongol lebih kuat di Anatolia, dan kuasa Pervane lebih terhad berbanding sebelum ini.

Apa yang berlaku selepas itu adalah kekacauan yang lebih dahsyat dalam politik tipu daya. Pervane telah mengeluarkan Toqa Noyan, Ejei telah dikembalikan, usaha Pervane untuk menyingkirkan Ejei sekali lagi mengecewakan Abaqa, yang menyingkirkan Ejei, membu.nuh beberapa pengikutnya dan mengembalikan semula Pervane dan Toqa Noyan.

Pada November 1275, Mongol mengepung al-Bira, tetapi Baybar telah mengetahuinya lebih awal kononnya kerana hubungannya dengan Pervane. Selepas ini, Pervane akan lebih berwaspada demi mendapatkan kembali kepercayaan dengan Abaqa, dia membawa adik perempuan Sultan Seljuk untuk dinikahi.

Pada masa yang sama, dengan atau tanpa sokongan Pervane, sekumpulan amir Rumi bertemu dengan Baybar pada Julai 1276, mendesaknya untuk menyera.ng. Setelah menilai ada cukup sokongan di Rum untuknya, dia bersetuju, dan Baybar menggerakkan tenteranya pada musim sejuk 1276, mulai Februari 1277.

Dengan kemaraan Baybar yang pantas melalui pesisir pantai Levantine, Pervane dengan cepat hilang kawalan terhadap Rum setelah berbagai suku Turkmen memberontak dan tentera Mongol baru di bawah Tudawan menjejaki para amir yang telah menghubungi Baybar. Di Syria, Baybar mengirim pasukan taktikal saraf dari Aleppo ke atas Efrat, sementara pasukan utamanya memasuki Anatolia pada awal April.

Setelah menghentikan pasukan penyera.ng Mongol seramai 3,000 orang di Pergunungan Taurus, maklumat diterima Baybar bahawa Tudawun mendirikan kem berhampiran sebuah dataran dekat kota Abulustayn (Elbistan) dan berangkat untuk menyerbu mereka, mereka bertembung pada 15 April 1277.

Tentera Tudawan berjumlah sekitar 14,000 orang Mongol, Turki dan pasukan berkuda berperisai Georgia disertai oleh pasukan tentera Rum dengan ukuran kekuatan yang setara di bawah Pervane, tapi Tudawan tidak mempercayai mereka, dan menjauhi mereka dari garisan utamanya. Unit peninjau Tudawan gagal menilai ukuran kekuatan pasukan Mamluk, yang menurutnya lebih kecil dan tiada kehadiran Baybar. Hakikatnya, kekuatan tentera Mamluk mengatasi jumlah tentera Mongol sebanyak beberapa ribu.

Tentera Mongol

Ketika Mamluk memasuki dataran melalui penghujung yang sempit, mereka tak mampu membentuk formasi dengan betul, dan pusat mereka diposisikan di hadapan sayap kiri mereka. Rusuk kiri Mongol memulakan pertem.puran dengan melancarkan anak panah terhadap pembawa standard Mamluk di tengah sebelum menyera.ng. Bahagian pusat Mamluk terdedah di bawah sera.ngan, dan sayap kiri Mamluk yang lebih terdedah juga dibelasah oleh sayap kanan Mongol.

Situasi amat kritikal bagi Mamluk, pada peringkat ini pasukan sokongan dari kaum Badwi telah melarikan diri. Baybar mengirim pasukan simpanannya dari garnisun Hama, untuk menyokong sayap kirinya dan berjaya memaksa tentera Mongol berundur. Pertem.puran yang dihentikan sebentar membolehkan Mamluk menyusun formasi barisan mereka dengan lebih baik, dan melancarkan sera.ngan balas.

Mongol bertem.pur dengan sengit, tetapi jumlah tentera Mamluk yang lebih besar mencipta perbezaan. Beransur-ansur dipaksa berundur sepanjang hari hingga kuda-kuda mereka keletihan dan gagal mencari jalan keluar, tentera Mongol turun dari kuda, menandakan mereka sedia berjuang hingga ma.ti. Dalam pergelutan yang sengit, Mamluk mengalahkan mereka dan membu.nuh panglima mereka.

Tentera Rum tidak banyak terlibat dalam pertem.puran dan bersurai, Pervane melarikan diri dengan salah seorang puteranya berjaya ditawan oleh Baybar. Keesokan harinya, Sultan Mamluk berarak menuju Kayseri, dan tiba pada 20 April.

Baybar memerintahkan Pervane dan Sultan Seljuk menyerah, tapi Pervane terus bertahan di kubunya.  Kedua-duanya sedar yang Baybar tak mungkin dapat terus bertahan dalam kedudukan ini, jauh di dalam wilayah mu.suh, dengan bekalan semakin berkurangan dan seluruh wilayahnya sendiri tidak dilindungi ketika Abaqa sedang mengumpulkan ba.la tenteranya.

5 hari selepas memasuki Kayseri, Baybar berangkat dalam perjalanan pulang ke Syria dan walaupun kebanyakan barisan hadapannya membelot dengan menyertai tentera Mongol, menjelang Jun dia sudah berada di Damsyik. Abaqa tiba di agak lewat di Rum dan tidak sempat menangkap Baybar, dan kemarahannya hanya diredakan dengan memban.tai seluruh populasi yang ada di antara Kayseri dan Erzerum, kerana cuaca yang panas menghalangnya dari menyera.ng Syria. Dia telah menangkap Pervane, dan membu.nuhnya, bahkan didakwa daging Pervane dimakan oleh Abaqa dan beberapa pegawai kanan Mongol.

Oleh itu, berakhirlah salah satu kempen Baybar yang paling cekap dilaksanakan: pantas dan dahsyat, menimbulkan kerosakan yang teruk bagi Ilkhaniyah walaupun ia tidak membawa manfaat atau perubahan status quo bagi pihak Mamluk. Dunia dikejutkan apabila Singa Mesir itu tiba-tiba ma.ti pada awal bulan Julai 1277 sejurus dia kembali. Baybar berimpian menubuhkan sebuah dinasti, dia diqgantikan oleh anak sulungnya yang bernama al-Sa’id Berke.

Panji-panji Mamluk

Sultan yang baru ini dimu.suhi para amir Mamluk berikutan usahanya untuk mengehadkan kuasa mereka, lalu dia dipaksa untuk melepaskan takhta bagi memberi laluan kepada adiknya, Sulamish yang berusia 7 tahun. Anak lelaki itu hanyalah boneka, dan penjaganya, salah seorang Mamluk Baybar bernama Qalawun segera mengusir anak itu dan mengambil alih kuasa pada bulan November 1279.

Seperti Baybar, Qalawun juga telah dibawa dari padang rumput Kipchak dan dijual sebagai Mamluk (hamba). Dia setia berkhidmat untuk Baybar dan membuktikan dirinya sebagai pangilma yang berkeupayaan tinggi, walaupun dia licik. Walaupun keturunan Qalawun akan mendominasi Kesultanan Mamluk pada abad berikutnya, awalnya Qalawun menghadapi tentangan keras dalam usaha menegakkan kedaulatannya.

Konflik dalaman Kesultanan Mamluk ini menjadi peluang keemasan bagi Abaqa, yang memutuskan sudah tiba waktunya untuk menekan sempadan Mamluk. Untuk itu, dia melantik adiknya Mongke-Temur untuk melaksanakan tugas itu. Mongke-Temur mula menyerbu Syria pada November 1280 bersama Raja Lewon III dari Armenia Cilicia, Bohemond VII dari Tripoli dan kontinjen Knights Hospitaller. Pada September 1281, Mongke-Temur kembali semula, sebuah pasukan besar dianggarkan seramai 40-50,000 Mongol, Armenia di bawah Lewon III, Georgia, Frank dan tentera dar Rum Seljuk. Abaqa pada mulanya menyusul bersama pasukan lain, tapi mungkin terpaksa membatalkannya kerana khabar angin mengenai sera.ngan oleh Ulus Jochi di Derbent.

Pencerobohan Mongol menyebabkan Mamluk yang sedang bertelingkah sesama sendiri bersatu, puak-puak Mamluk yang berebut kuasa mula bersatu dan di bawah Qalawun mereka melakukan kemaraan, disokong oleh pasukan pengawal Syria dan suku-suku Badwi. Mereka tiba di Homs beberapa hari sebelum Mongol pada akhir Oktober, ini memberi peluang kepada pasukan Qalawun untuk menggali parit dan berehat di dataran utara kota.

Persiapan mereka ditambah baik kerana pembelot Mongol memberitahu mereka tentang rancangan pertem.puran Mongke-Temur. Sebahagian besar tentera Mongol akan ditempatkan di tengah dengan sayap kanan yang juga kuat, merancang untuk mengalahkan sayap kiri Mamluk dan bahagian pusat tempat panji-panji Sultan akan berada.

Dengan demikian, Qalawun memperkuatkan sayap kirinya, dan menempatkan dirinya di atas bukit di belakang barisan hadapan untuk mengawasi pertem.puran dan bertindak sebagai pasukan simpanan.

Setelah bergerak sepanjang malam, tentera Mongol tiba pada awal 29 Oktober 1281. Ia adalah medan pera.ng yang besar, panjangnya lebih dari 24 kilometer kerana ukuran kedua-dua pasukan. Sayap kedua-dua pasukan setakat ini, tak banyak mengetahui apa yang berlaku di sisi lain. Dalam kepenatan setelah berarak sepanjang malam, tentera Mongol masih bersemangat.

Panji-panji Ilkhaniyah

Pertem.puran dimulakan apabila tentera Mongol di bawah Alinaq menyera.ng. Sayap kiri dan sebahagian pusat Mamluk han.cur dan dikalahkan dalam sera.ngan itu. Alinaq terus mengejar, dan di sinilah Mongke-Temur yang tak berpengalaman dan skala medan pera.ng mula bercerita. Komunikasi dan arahan yang tepat tidak teratur, Alinaq mengejar Mamluk yang melarikan diri dari medan pera.ng, sampai ke Danau Homs di mana mereka turun untuk berehat, jelas mereka sudah menjangkakan pasukan tentera yang lain akan segera tiba.

Sera.ngan sama oleh sayap kiri Mongol tidak memiliki jumlah kekuatan yang sama dengan sayap kanan Mongol, menyebabkan sayap kanan Mamluk dan pusatnya dapat bertahan dan menyera.ng balas. Peranan sebenar Qalawun dalam sera.ngan balas ini tidak jelas: beberapa sumber mengatakan dia mengetuai sera.ngan itu secara peribadi, manakala sumber yang lain menyebut dia menyembunyikan kedudukannya, malah tidak menaikkan sepanduknya untuk mengelak dari disasarkan anak panah Mongol.

Mamluk mengasak sayap kanan Mongol yang melarikan diri dan pasukan Badwi tiba untuk menghentam rusuk Mongol. Sayap kanan Mongol berundur kembali ke pusat yang di bawah Mongke-Temur dan dijadikan pasukan simpanan. Dalam kekeliruan, mungkin akibat tercampak dari kudanya, Mongke-Temur telah cedera dan tidak dapat memberikan arahan. Kebanyakan tentera Mongol kemudian turun dari kuda untuk membuat penentangan terakhir di sekeliling Mongke-Temur, dan akhirnya dikalahkan di bawah sera.ngan Mamluk.

Mamluk mengejar tentera Mongol yang melarikan diri sehingga ke sempadan Ilkhaniyah, ramai yang ma.ti le.mas di Sungai Eufrat atau di padang pasir. Kekalahan ini amat teruk sehingga pengarang Mamluk mengatakan lebih ramai askar Mongol terbu.nuh semasa melarikan diri berbanding semasa bertem.pur.

Qalawun dan unit pengawal kecil kekal di medan pera.ng, mereka terpaksa menyembunyikan panji-panji mereka dan berdiam diri apabila sayap kanan Mongol akhirnya kembali ke medan pera.ng keran sudah terlambat bagi mereka untuk mengubah arus. Nampaknya mereka dapat berundur dengan teratur kembali ke Ilkhaniyah.

Abaqa sangat marah atas kekalahan ini, dan merancang untuk menyera.ng kembali pada tahun berikutnya, tapi dia meninggal dunia pada April 1282. Para pengganti Abaqa kebanyakannya adalah berumur pendek atau menghadapi ketidakstabilan politik, dan sehingga 1295 Ilkhaniyah menyaksikan pertukaran ilkhan dalam jangka masa yang singkat, pertikaian kuasa, pemberontakan dalaman dan sera.ngan baru oleh Ulus Jochi.

Walaupun ilkhan-ilkhan yang saling berganti terus menuntut Mamluk menyerah, menghantar surat ancaman dan terus cuba menjalin pakatan dengan kuasa Eropah, tiada apa yang menjadi kenyataan selain serbuan sempadan dan pertem.puran dari kedua-dua arah. Buat masa ini, ancaman Mongol serta-merta terhadap Mamluk telah berakhir, dan Sultan Qalawun berpaling kepada kubu Frank yang tersisa, semua tapak-tapak yang ada kemungkinan untuk tentera Eropah datang untuk membantu Ilkhaniyah.

Cilicia Armenia ditawan, kubu kubu Salib pedalaman yang tersisa telah diram.pas, dan pada bulan April 1289 Tripoli pengikut Mongol dijatuhkan. Selepas kema.tian anak lelaki Abaqa, Ilkhan Arghun pada Mac 1291, Mamluk memanfaatkan gangguan yang berlaku di Ilkhaniyah untuk merebut kota terakhir Frank di Tanah Suci, Acre, meninggalkan mereka tanah kecil yang juga akan jatuh pada tahun-tahun berikutnya. Maka berakhirlah tempoh 200 tahun Kerajaan Salib.

Al-Ashraf Khalil

Selepas kema.tian Qalawun pada tahun 1290, dia digantikan oleh anaknya al-Ashraf Khalil. Seorang komander tentera yang menakutkan, dialah yang mengetuai usaha untuk meram.pas Acre dan wilayah terakhir tentera Salib. Namun dia tak lama menduduki takhta kerana dia dibu.nuh pada hari-hari terakhir tahun 1293 berikutan usahanya untuk mengekang kekuasaan emir Mamluk yang ada.

Dengan kema.tiannya, Mamluk memasuki zaman ketidakstabilan politik dalam Kesultanan. Pada mulanya adiknya al-Nasir Muhammad yang diletakkan di atas takhta masih seorang kanak-kanak dan tiada kedaulatan sebenar. Selepas setahun menjadi Sultan, dia telah dipaksa turun takhta oleh penjaganya merangkap pemangku raja, seorang Mamluk yang bernama Kitbuqa. Ya, Kitbuqa. Nama yang sama dengan tokoh Mongol yang gugur dalam Pertem.puran Ayn Jalut.

Kitbuqa semasa Pertem.puran Ayn Jalut.

Hakikatnya, Kitbuqa ini juga berasal dari keturunan Mongol, dia telah ditawan oleh tentera Mamluk dalam Pertem.puran Homs Pertama pada tahun 1260, dan seterusnya dijadikan seorang Mamluk, iaitu askar hamba. Pemerintahan Kitbuqa sebagai Sultan tidak begitu ketara, kebanyakannya ditandakan dengan persengketaan politik dan tipu muslihat yang sengit.

Walau bagaimanapun, ada sekumpulan besar suku Mongol Oirat yang meninggalkan Ilkhaniyah untuk menyertai Kesultanan Mamluk. Layanan Kitbuqa yang baik terhadap kumpulan tentera nomad ini atas dasar persaudaraan dan keturunan yang sama menimbulkan kemarahan ramai amir Mamluk yang lain dan melemahkan kuasanya.

Dia terpaksa melarikan diri apabila salah seorang pembu.nuh al-Ashraf Khalil, Emir Lajin, merebut kuasa. Apabila Lajin dibu.nuh pada tahun 1299, adik lelaki al-Ashraf Khalil iaitu al-Nasir Muhammad telah dipanggil untuk menaiki takhta. Baru berusia 14 tahun, al-Nasir Muhammad tidak memiliki kuasa yang sebenar dan masih menjadi boneka bagi para amir yang bersaing merebut kuasa.

Sebagai perbandingan, tahun 1295 menyaksikan bermulanya pemerintahan Mahnud Ghazan Khan yang kuat, anak kepada Ilkhan Arghun. Ghazan bukanlah Ilkhan Muslim yang pertama tapi pada era pemerintahannya majoriti orang Mongol di dalam Ilkhaniyah telah memeluk agama Islam, dan menjadikan Ilkhaniyah sebagai sebuah negara Islam.

Ghazan mengukuhkan kedudukannya sejak awal lagi dengan menghapuskan beberapa calon pencabar takhta dan menstabilkan semula ekonomi Ilkhaniyah. Walaupun Ghazan adalah seorang Muslim, dia tidak mengubah dasar Ilkhaniyah terhadap Mamluk. Dia terus menghantar surat kepada kerajaan-kerajaan Eropah barat mendesak mereka untuk mendaratkan tentera di belakang barisan mu.suh.

Pada akhir tahun 1298, sementara tentera Mamluk memus.nahkan kerajaan pengikut Ilkhaniyah iaitu Cilicia Armenia, na’ib Damsyik, Sayf al-Din Qibjaq dan beberapa pegawai tinggi Mamluk yang lain melarikan diri dan menyertai Ilkhaniyah semasa berlaku proses pemutihan yang sangat ga.nas dalam Kesultanan Mamluk.

Bimbang nyawa mereka akan hilang, mereka memberitahu Ghazan tentang pembersihan dalaman Sultan Lajin dan wakil Sultan, Manketamur serta kedudukan politik yang tidak stabil. Kemudian pada musim panas 1299, serbuan Mamluk terhadap wilayah Ilkhaniyah telah men Mardin, mencabul wanita Islam dan mencemarkan masjid pada bulan Ramadan.

Dengan itu Ghazan berhak mendapatkan fatwa menentang Mamluk kerana tindakannya. Tindakan Ghazan ini akan menonjolkan dirinya bukan sebagai penceroboh, tetapi sebagai seorang pahlawan yang tiba untuk membalas keke.jaman dan penghinaan terhadap Islam, situasi ini sekaligus melahirkan perbezaan pendapat di kalangan pegawai Mamluk. Benar sekali, pentadbir Hama, sekutu Mamluk yang paling rapat, telah mempercayai dakwaan itu.

Menjelang Disember 1299, Ghazan dan tentera Mongolnya, Georgia dan Armenia di bawah Raja Het’um II, telah menyeberangi Eufrat. Pada masa itu, Sultan Lajin telah digantikan oleh al-Nasir Muhammad yang hampir digulingkan oleh pelarian Oirat. Ghazan melintasi Aleppo dan Hama, dan memburu tentera Mamluk. Semasa mendirikan kem di pinggir padang pasir Syria, Ghazan mendapat tahu tentera Mamluk sedang berkumpul di Homs, di mana mereka telah mengalahkan Mongke-Temur 18 tahun sebelum itu.

Tidak mahu jatuh ke dalam pera.ngkap mereka, Ghazan sebaliknya memilih untuk mengepung mereka dengab menyeberangi padang pasir Syria dan keluar di hulu sungai kira-kira 16 kilometer ke utara Homs pada 22 Disember. Bagi Mamluk, Ghazan mungkin sedang berundur, ini menyebabkan tentera Mamluk keluar dari posisi terbaik mereka untuk mengejar Ghazan.

Kesultanan Mamluk

Jika dahulu Mamluk menang kerana taktik ini semasa Pertem.puran Homs Kedua, kali ini Mamluk pula terpaksa menyeberangi padang pasir, meletihkan diri mereka untuk mengejar dan mencapai kedudukan Ghazan pada awal pagi keesokan harinya, sementara tentera Ghazan sedang berehat, menghilangkan dahaga dan membentuk formasi.

Yang paling penting, tentera Ilkhaniyah sedang berada di bawah kawalan tegas Ghazan Khan dan komandernya Qutlugh-Shah, manakala al-Nasir Muhammad hanyalah seorang lelaki yang masih muda dan tak mampu mengawal emir-emir kanannya.

Pada pagi 23 Disember 1299, Mamluk mendapati tentera Ghazan telah disusun. Ghazan memerintah di bahagian pusat, sementara Qutlugh-Shah memerintah sayap kanan. Dentuman gendang pera.ng oleh Qutlugh-Shah membuat tentera Mamluk percaya Ghazan berada di sana, dan mereka menyera.ng ke arah bunyi itu, memaksa tentera Mongol segera berundur.

Ghazan mengetuai sera.ngan balas terhadap mereka, dan Qutlugh-Shah mengumpulkan sebanyak mana pasukan yang dia mampu dan bergabung semula dengan Ghazan. Dari pukul 11 ​​pagi hingga malam pertem.puran berlangsung, tetapi akhirnya tentera Mamluk berpecah dan melarikan diri. Ghazan mengejar mereka melepasi Homs sebelum berhenti dan mendirikan kem kerana tidak mahu terjatuh dalam kemungkinan pera.ngkap dalam kegelapan.

Homs menyerah tanpa penentangan dan Ghazan meram.pas harta sultan, membahagikannya di kalangan para nokodnya (pengawal peribadi), Ghazan mengambil pedang, gelaran pemilikan Kesultanan Mamluk dan kumpulan tenteranya.

Seterusnya Ghazan berarak ke Damsyik, yang juga menyerah tanpa menentang, walaupun kubunya bertahan. Hampir keseluruhan garnisun Mamluk di Syria telah berundur, mungkin mereka dipanggil untuk mempertahankan ibu kota. Pihak penyera.ng Mongol tiba ke Gaza, satu sumber melaporkan mereka bahkan memasuki Jerusalem, dan Kesultanan berpotensi untuk jatuh.

Kejayaan ini menjadikan Pertemp.uran Homs Ketiga atau Pertem.puran Wadi al-Khaznadar sebagai pertemp.uran yang pertama dimenangi oleh tentera Mongol di sepanjang tempoh konflik Mongol-Mamluk. Namun pada 5 Februari 1300, Ghazan berundur dari Damsyik, kembali ke Ilkhaniyah. Qutlugh-Shah ditinggalkan untuk mengambil Kubu kota Damsyik, tapi tak lama kemudian dia mengikut Ghazan. Pada akhir bulan Mei, Mamluk telah merebut kembali Syria.

Punca sebenar pengunduran Ghazan tidak jelas. Kemungkinan ada laporan pencerobohan Neguderi di timur wilayahnya, atau dia bimbang tak ada padang rumput yang cukup untuk membekalkan pasukannya yang besar untuk melakukan perjalanan ke Mesir, kerana dikatakan Mamluk telah membakar padang rumput dan memus.nahkan depot bekalan di laluan yang mereka percaya akan digunakan oleh tentera Mongol.

Mungkin dia tak sedar betapa teruknya situasi yang sedang dihadapi Mamluk, dan mengesyaki penentangan bersen.jata yang lanjut di sepanjang laluan akan menjadikan perjalanan yang sudah sedia mencabar ke Sinai akan menjadi bertambah sukar bagi tenteranya.

Walau apa pun alasannya, Ghazan telah terlepas peluang terbesar untuk memus.nahkan Mamluk. Memang Ghazan menyeberangi Eufrat pada akhir Disember 1300 dan tiba di Aleppo, tapi hujan lebat menyebabkan operasi ketenteraan tak dapat diteruskan.

Pada tahun 1303 Ghazan mengarahkan Qutlugh-Shah kembali ke Syria, tapi dia dikalahkan di Marj al-Suffar dekat Damsyik pada bulan April. Kema.tian Ghazan pada tahun berikutnya ketika baru berusia 34 tahun menghalang sera.ngan seterusnya.

Kesultanan Mamluk semasa era Dinasti Burji

Adik dan penggantinya, Oljeitu, memerintahkan sera.ngan terakhir Ilkhaniyah ke atas Kesultanan Mamluk, satu usaha yang memalukan pada musim sejuk 1312, kerana mereka terpaksa berundur tapi bukan kerana tentangan tentera Mamluk, namun tentangan keras penduduk tempatan di dalam kota.

Anak lelaki Oljeitu, Abu Sa’id, akhirnya mengatur proses perdamaian dengan Mamluk pada awal 1320-an, mengakhiri pera.ng selama 60 tahun antara Mongol dan Mamluk. Namun Ilkhaniyah tak lama bertahan dengan perjanjian ini. Kema.tian Abu Sa’id pada tahun 1335 tanpa pewaris menyaksikan Ilkhaniyah dipecah belahkan oleh para panglima wilayah iaitu Jalayiriyah Chobaniyah, Muzaffariyah dan Inju, di antara yang melantik Khan boneka mereka sendiri atau sebaliknya.

Kesultanan Mamluk semasa era Dinasti Bahri.

Bagi Mamluk, mereka gagal memanfaatkan perpecahan Ilkhaniyah kerana ketika al-Nasir Muhammad meninggal dunia pada tahun 1341, mereka memasuki fasa anarki, lapan orang anak al-Nasir dan empat cucu seterusnya menjadi Sultan antara tahun 1341 dan 1382, satu tempoh yang berkemuncak dalam kebangkitan kelompok Mamluk Circassia iaitu Dinasti Burji.

Sedangkan sultan-sultan bermula dari Saifuddin Qutuz, Baybar melalui Qalawun dan keturunannya adalah orang-orang Kipchak-Cuman atau bahkan keturunan Mongol, pada akhir abad ketiga belas dan awal abad keempat belas, semakin ramai Mamluk-mamluk yang bukan lagi dari padang rumput Kipchak, tetapi dari Circassia, sebuah wilayah di sepanjang garis pantai timur laut Laut Hitam.

Dengan berakhirnya Dinasti Qalawuniyah, Mamluk yang berketurunan Circassia mengambil alih kuasa dan menubuhkan dinasti mereka sendiri. Perbezaan Bahri dan Burji merujuk kepada bahagian-bahagian di Kaherah yang masing-masing berdasarkan pasukan pengawal Mamluk. Dinasti Mamluk inilah yang akan menghadapi keke.jaman Amir Temur atau Timurlenk pada awal abad kelima belas.

Tugu Amir Temur.

Justeru, ini juga menjelaskan mengapa istilah ‘Mamluk’ bukanlah satu istilah yang merujuk kepada sebuah bangsa, sebaliknya ia adalah gelaran khusus untuk golongan hamba yang menjadi tentera dan bangkit menubuhkan kekuasaannya sendiri.

Manakala Ilkhaniyah pula akan terus berasimilasi dengan budaya tempatan dan mengembalikan identiti, seni dan budaya masyarakat Parsi yang hampir pupus. Namun Ilkhaniyah juga akan menjadi antara wangsa atau dinasti Mongol yang terawal mengalami kejatuhan, disusuli dengan Dinasti Yuan di China.

RUJUKAN:

Amitai-Preiss, Reuven (2009) Mongols and Mamluks: The Mamluk-Ilkhanid Wa.r, 1260–1281 (Cambridge Studies in Islamic Civilization). Cambridge University Press, England

Ages of Conq.uest: a Kings and Generals Podcast – History of the Mongols: Mongol-Mamluk W.ars.


Kalau anda berminat dengan sejarah Mongol, kami nak cadangkan buku terbaru kami, Kitab Tamadun Mongol dibawah untuk pembelian para peminat sejarah sekalian. Boleh dapatkan di webstore kami: bit.ly/pratempahktmktr

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.