Masihkah para peminat Harry Potter teringat sewaktu kali pertama proses pengisihan rumah berlaku?
The Sorting Hat, merupakan sebuah topi pengisih yang mampu bercakap. Berwarna coklat, bersuara garau dan keras, topi ini mampu mengisih pelajar ke 4 rumah yang berbeza personaliti.
4 rumah ini juga diinspirasikan oleh pengasasnya sendiri. Namun, Hogwart bukanlah diasaskan oleh seorang, tetapi 4 orang!
Di dalam filem Harry Potter and Chamber Of Secret, Profesor McGonagall telah memberi serba ringkas nama 4 pengasas Hogwart apabila Hermione Granger bertanyakan soalan tentang Kamar Rahsia (Chamber Of Secret).
Penulis nak cerita semula siapa sebenarnya 4 pengasas Hogwart dengan lebih lanjut dan bagaimanakah personaliti mereka melambangkan ahli rumah mereka serta tinggalan mereka yang akhirnya berkait dengan Horcrux.
Godric Gryffindor
Nama penuh : Godric Gryffindor
Keturunan : Ahli Sihir Inggeris
Nama Keluarga : Gryffindor
Haiwan Kegemaran : Singa
Godric Gryffindor antara 4 ahli sihir paling cemerlang, gemilang dan terbilang di zamannya. Dia menubuhkan Hogwart bersama 3 pengasas lain, dan orang yang sangat mengalu-alukan kemasukan ke Hogwart bagi ahli sihir bertaraf Muggle-borns.
Dia seorang yang berani, bersemangat, mempunyai kekuatan seimbang (fizikal dan mental) serta berwawasan. Asbab sifatnya yang sebegitu, dia menjadikannya sebagai prioriti utama baginya untuk masuk ke Rumah Gryffindor. Dia juga ialah sahabat baik Salazar sebelum mengetahui niat jahatnya.
Godric juga mempunyai 2 ‘alat kebesaran’ yang menunjukkan keunggulannya. Yang pertama adalah Pedang Gryffindor. Pedang ini digunakan untuk menghancurkan tiga Horcrux Voldemort, cincin Marvolo Gaunt, loket Salazar Slytherin dan Nagini.
Kedua, The Sorting Hat. Bimbang umur mereka berempat tidak lama untuk menentukan rumah para pelajar kelak, Godric mencipta The Sorting Hat dalam membantu mereka mengisih rumah pelajar pada masa akan datang.
Rowena Ravenclaw
Nama Penuh : Rowena Ravenclaw
Keturunan : Ahli Sihir Scottish
Nama Keluarga : Ravenclaw
Haiwan Kegemaran : Helang
Rowena Ravenclaw antara 4 ahli sihir paling cemerlang, gemilang dan terbilang di zamannya. Dia menubuhkan Hogwart bersama 3 pengasas lain, dan dia juga yang menamakan sekolah sihir sebagai Hogwart.
Rowena seorang yang bijak, cerdik dan berilmu pengetahuan. Jadi, begitulah cara dia memilih para pelajarnya. Beliau juga ialah kawan baik kepada Helga Hufflepuff.
Sewaktu Rowena mendengar penyataan Salazar bahawa Muggle-borns tidak dibenarkan ke Hogwart, Rowena menolak sungguh-sungguh. Hal ini demikian kerana ramai para pelajarnya berasal dari keturunan Muggle-borns.
Seperti yang diketahui, dia mempunyai seorang anak, Helena Ravenclaw yang dididik olehnya sendiri. Helena sangat mahukan diadem ibunya. Maka, dia mencurinya lalu lari jauh ke Albania.
Rowena Ravenclaw yang bimbang jatuh sakit teruk. Dia memerintahkan Bloody Baron, hantu rumah Slytherin mencari anaknya sebelum dia m4t1. Seusai sampai di sana, Bloody Baron memberitahu Helena hal yang berlaku. Helena sangat sedih lalu m3mbvnvh diri kerana menyesal, lantas mengikut Bloody Baron pulang ke Hogwart dan menjadi hantu tetap di sana.
Selepas mengetahui tentang kisah Helena, Tom Riddle pergi ke Albania dalam usaha mencari diadem Rowena Ravenclaw. Dia menjumpainya dan menjadikannya salah satu Horcrux dengan m3mbvnvh seorang petani Albania.
Kerana bersifat bongkak dan sombong, dia meletakkan diadem itu di dalam bilik keperluan ‘Room Of Requirements’ kerana baginya, hanya dia yang mampu menemukan bilik keperluan.
Dia juga tidak meletakkan perkara berbahaya atau apa apa, kerana masanya tidak cukup ditambah dengan egonya yang tinggi melangit sebelum ditemui Harry Potter dan dimusnahkan dengan bisa dan taring Basilisk lalu dicampak ke dalam api.
Dan jangan tanya penulis kenapa haiwannya bukan burung Raven. Bukan salah penulis dia punya taste helang.
Helga Hufflepuff
Nama Penuh : Helga Hufflepuff
Keturunan : Ahli Sihir Welsh
Nama Keluarga : Hufflepuff
Haiwan Kegemaran : Badger
Helga Hufflepuff antara 4 ahli sihir paling cemerlang, gemilang dan terbilang di zamannya. Dia menubuhkan Hogwart bersama 3 pengasas lain, dan seorang sahabat terbaik bagi Rowena Ravenclaw.
Helga seorang yang baik, sabar, bertoleransi dan setia. Dan itulah yang di pilih oleh Helga unuk masuk ke rumahnya.
Helga mempunyai keupayaan berkaitan sihir makanan. Dia yang banyak mencipta resepi enak untuk pihak tukang masak memasak makanan bagi jamuan dan lain-lain festival. Selain itu, Helga juga menawarkan kerja yang lebih ringan dan mudah buat para elf rumah.
Elf rumah sering ditindas dan dizalimi, terutama apabila melibatkan keluarga jahat dan kejam. Oleh hal yang demikian, Helga memberi tugas yang lebih selamat dan baik buat para elf rumah yang penat dilayan buruk.
Helga turut meninggalkan satu legasi istimewanya. Itu yang dinamakan ‘Hufflepuff Cup’ atau Piala Hufflepuff. Piala ini berwarna emas dan diwariskan padanya kepada waris jarak jauh Helga yang dinamakan Hepzibah Smith.
Hepzibah ialah seorang pelanggan utama kedai Borgin and Burkes. Pekerja kedai itu ialah Tom Riddle. Satu hari, Tom Riddle ditunjukkan oleh Hepzibah, Piala Hufflepuff dan Loket Salazar. Muncul niat jahat dalam hati Tom Riddle, dia memukau Hokey, elf rumah Hepzibah untuk meletakkan racun ke dalam minuman koko Hepzibah.
Hepzibah m4ti kemudian harinya. Tom Riddle menghilangkan memori Hokey dan terus lari dari Borgin and Burkes. Tom Riddle kemudian menukarkan Piala Hufflepuff menjadi Horcrux.
Dia meminta Bellatrix Lestrange menjaganya di dalam peti besi keluarga Lestrange tanpa memberitahu Bellatrix, piala itu sebenarnya ialah Horcrux. Bellatrix turut menggunakan sihir Gemino untuk menggandakan barang di sekeliling piala itu apabila disentuh sebagai perlindungan tambahan.
Salazar Slytherin
Nama penuh : Salazar Slytherin
Keturunan : Ahli Sihir British/Irish
Nama Keluarga : Slytherin
Haiwan Kegemaran : Ular
Salazar Slytherin antara 4 ahli sihir paling cemerlang, gemilang dan terbilang di zamannya. Dia menubuhkan Hogwart bersama 3 pengasas lain, dan orang yang paling mengesyaki keturunan Muggle.
Salazar bersifat licik, suka mengarah dan bercita tinggi. Dia juga amat mementingkan kesucian darah, jadi hanya Half-Blood dan Pure-Blood yang boleh masuk ke rumahnya.
Salazar dikenali kerana kebencian yang sangat tinggi terhadap Muggle-borns. Baginya, tidak layak seorang Muggle-borns duduk semeja dengan dengan ahli sihir berdarah asli atau kacukan. Dia juga menyuarakan pendapatnya terhadap 3 pengasas yang lain, namun ditolak mentah mentah. Disebabkan itu, dia meninggalkan sekolah dan tidak kembali lagi.
Namun, dia meninggalkan sesuatu. Sebelum pergi, dia membina sebuah Kamar Rahsia jauh di bawah tandas perempuan. Dia meninggalkan makhluk berbahaya digelar Basilisk dan hanya membenarkan pewarisnya membuka sahaja. Mangsa pertamanya ialah Moarning Myrtle ketika di dalam tandas perempuan.
Selain itu, dia meninggalkan satu benda yang sangat berharga. Legasi Salazar yang dipanggil ‘Loket Slytherin’. Salazar meninggalkannya pada keluarga Gaunt. Marvolo Gaunt memegang legasi barang keluarganya itu, turut mewariskannya pada anak lelaki Marvolo, Morfin Gaunt.
Loket itu dicuri pula oleh anak Morfin, Merope Gaunt. Merope menjualnya pada Caractacus Burke, pemilik kedai Borgin and Burkes. Loket itu sekali lagi dipindah milik, apabila Hepzibah Smith membelinya dengan harga 10 galleon.
Selepas itu, Tom Riddle m3mbvnuh Hepzibah dan menjadikan loket itu sebagai Horcrux dengan balasan, dia m3mbunvh seorang anak yatim. Tom Riddle menyembunyikan loket itu di gua sebelum ditemui Regulus Black.
Regulus Black menyerahkan pada Kreacher, elf-rumah keluarga Black untuk dimusnahkan. Namun, gagal.
Mundungus Fletcher pergi ke rumah keluarga Black lalu mencuri loket Slytherin. Tidak lama kemudian, ia dibeli oleh Dolores Umbridge lalu diambil semula oleh Harry Potter. Ron kemudian memusnahkan loket itu dengan pedang Godric Gryffindor.
Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih