Terima kasih kepada sebahagian dari penerapannya dalam kempen presiden AS tahun 1840, apa yang dimulai sebagai jenaka yang tidak masuk akal di sebuah akhbar Boston berubah menjadi salah satu ungkapan yang paling banyak wujud dalam bahasa Inggeris dan dunia.

“OK tak kalau kita pergi sana?” “Okay je.”

“Baju ni okay tak?” “OK sangat!”

“Kau OK tak ni?” “Okey je”

OK atau okay atau okey… dua huruf atau dua suku kata yang biasa kita gunakan dalam kehidupan seharian untuk menjawab persoalan atau menyatakan rasa setuju dalam sepersetujuan tanpa sedar.

Lagu-lagu yang biasa kita dengar sering memasukkan “OK” seperti lagu Michael Jackson yang bertajuk Smooth Criminal.

“OK, Are you OK Annie?”

“OK” juga banyak digunakan dalam interaksi kita dengan teknologi. Contohnya bila kita sudah ubah setting sesuatu app, butang yang dipaparkan semestinya “Apply” atau “OK”. “OK Google” juga sering digunakan untuk mengaktifkan Google Assistant untuk menerima arahan daripada kita sama ada pergi ke carian atau set timer. Alexa akan menjawab dengan mengunakan “OK” jika arahan yang diberi diterima. Tapi adakah korang tahu dari mana datang “OK” ni yang sudah berusia 177 tahun penggunaannya?

OK mula dijumpai dari fad tahun 1830-an di Boston. Sangat lama! Dan pada masa itu ianya dianggap bahan jenaka lewah sesama mereka. OK ni bersama dalam kategori singkatan yang sengaja dieja salah oleh golongan “intelektual” muda pada zaman tu. Kalau ikut zaman kita ni, diorang tu macam golongan melinial la. Berikut adalah contoh singkatan yang segaja dieja salah berserta perkataan sebenar dalam Bahasa Inggeris dan maksud yang hampir dengan Bahasa Melayu:

  1. KC – Knuff Ced – Enough said – Cukuplah/Cukup berkata demikian
  2. KY – Know Yuse – No use – Tak perlu/Tak guna
  3. OW – Oll Wright – Alright – Baiklah

Sebenarnya banyak lagi kod singkatan pelik-pelik ni, tapi “OK” atau “oll korrect” (all correct – semua betul) adalah yang paling dikenali dan sering digunakan pada masa itu.

OK ni tiada dalam lipatan sejarah evolusi Bahasa Melayu. Kita hanya meminjam perkataan “okay” atau singkatannya “OK” kedalam percakapan harian kita. Mungkin semasa penjajahan British dulu, OK ni sering didengari oleh penduduk Tanah Melayu pada ketika itu. Saya tak pasti bila penggunaan OK dalam Bahasa Melayu. Pun begitu sejarah OK itu sendiri sangat kabur asal usulnya, masakan juga asal usul OK dalam Bahasa Melayu.

OK

Pada tahun 1880-an, istilah “all correct” sering digunakan untuk mengiakan sesuatu pernyataan di kalangan penduduk di Boston. Singkatan OK mula digunakan dalam akhbar Boston Morning Post pada 23 Mac 1839 lalu mencetus kebangkitan OK sekitar 177 tahun yang lalu. Tidak lama kemudian semua akhbar Inggeris mula cakna terhadap OK yang dianggap sebagai jenaka kerana singkatan yang disalah eja sebagai “oll korrect” dan menyebarkannya ke seluruh AS.

Martin Van Buren

OK sangat dikenali sehingga Presiden AS ke-8 bernama Martin Van Buren menggunakannya dalam kempen pemilihan semulanya pada tahun 1840. Penyokong Van Buren menubuhkan satu kelab bernama “O.K. Club” yang menyampaikan mesej dwi-maksud. Presiden AS ke-8 ni menetap di Old Kinderhook, New York dan korang faham sebab apa beliau mahu menggunakan singkatan OK tu. Old Kinderhook Club adalah sebuah kelab yang OK!

Tapi singkatan OK yang digunakan beliau tidak bertahan lama bahkan menggulingkan kepresidenan beliau. Ramai yang memberi makna baru terhadap OK untuk kempennya. “Orful Konspiracy” (awful conspiracy – konspirasi teruk), “Orful Katastrophe” (awful catastrophe – malapetaka dahsyat) dan macam-macam lagi.

Walaupun penamaan kempen yang “bijak” ini tidak dapat menyelamatkan kepresidenan beliau tetapi ianya menjadi kemenangan bagi singkatan “OK”. Dalam banyak-banyak singkatan pelik lain yang hilang ditelan zaman, OK melangkaui penggunaannya dalam bahasa Inggeris sehingga menjadi penggunaan sah dalam salah satu rekaan terbaru pada zaman itu, iaitu Telegraf.

Telegraf mula diperkenalkan di Amerika Utara pada tahun 1844, 5 tahun selepas “OK” diperkenalkan. Seperti yang korang tahu, telegraf menggunakan bunyi bip merujuk kepada kod morse sebagai penggantian huruf yang disusun satu persatu sehingga menjadi perkataan yang difahami oleh penerima.

Saya tak pasti jika korang biasa atau tidak mendengar bunyi bip ini. Mari kita cuba lakukan aktiviti ini. “O” dalam kod morse menggunakan dua bip yang pendek (• •), manakala “K” dalam kod morse menggunakan bip yang panjang, pendek dan panjang (‒ • ‒). Cuba korang mengetuk jari korang di meja atau apa-apa permukaan yang keras menggunakan ritma bip yang dikatakan: • • ‒ • ‒

Jika korang sudah berbuat demikian, korang mungkin perasan bunyi bip itu sering didengari dalam mana-mana rancangan kartun lama atau apa-apa rancangan cereka yang menggunakan prop telegraf.

Bunyi bip itulah yang digunakan oleh pegawai di stesen pengawalan kereta api di AS untuk menyatakan yang mereka menerima mesej yang diberi. Selagi bip  • • ‒ • ‒ (OK) tidak diterima, selagi itulah dianggap pihak penerima tidak menerima mesej.

K

Penggunaan “OK” sangat mudah difahami sehingga digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan. Maksud saya, OK sangat bertahan dalam peredaran zaman kerana segi rupa OK. Atau lebih spesifik, bagaimana segi rupa huruf K dan cara sebutannya.

Dalam bahasa Inggeris, K sangat jarang digunakan. Ia berada pada tangga ke-22 dalam senarai huruf permulaan perkataan bahasa Inggeris. Oleh kerana jarangnya huruf K ini digunakan, ia menjadi satu fad baharu “Kraze for K” pada awal tahun 1920-an dan menjadi huruf bagi bahasa perniagaan yang sangat ketara. ‘

Hal ini mewujudkan jenama yang kita kenal sekarang seperti Kraft, Kleenex, Krispy Kreme dan Kool-Aid. Mereka menganggap penggunaan K akan menarik perhatian pelanggan. Syarikat fiksyen seperti Krusty Krab juga menggunakan teknik ini yang sepatutnya menggunakan huruf “C” utk setiap perkataan itu.

Sejarah OK yang mula kabur

Pada tahun 1890-an, asal usul OK dari akhbar Boston semakin mula dilupai dan bermulanya pertelingkahan berkenaan asalnya. Disebabkan ini banyak wujud variasi “OK” mengikut bahasa dan tempat. Salah satunya OK berasal dari Choctaw (orang asli Amerika) “okeh” yang bermaksud “begitulah”. Begitu juga simbol tangan OK yang semakin kabur asal usulnya.

Walaupun begitu, OK sudah terlalu tertanam dalam bahasa-bahasa yang wujud di dunia termasuk Bahasa Melayu sehingga ianya menjadi “persetujuan neutral” yang agung sedunia tanpa mengira perasaan dan keadaan. Siapa sangka permulaannya sebagai jenaka yang lewah 1830-an telah mengubah cara kita berkomunikasi sekarang.

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang illustrasi digital dan animasi 2D. Saya juga merupakan penyelia dan penyumbang bebas dalam Wikipedia Bahasa Melayu.

Comments are closed.