Setiap perkara di dunia ada harganya dan setiap perbuatan ada kesan susulan. Kon.flik bersen.jata tidak terkecuali daripada hukum ini. Ia malah merupakan salah satu perkara yang paling mahal harganya.

Semenjak zaman Yunani lagi, perhatian terhadap harga pepe.rangan amat ditekankan. Terutama oleh Thucydides, sejarawan merangkap panglima yang terlibat sendiri dalam Pe.rang Peloponnesian antara Sparta dan Athens pada 431 hingga 405 SM.

Cuma sama seperti hari ini, tumpuan Thucydides lebih kepada soal kasu.alti ketara (tangible) dan tak ketara (intangible). Yakni, seberapa besar kemus.nahan, kema.tian, dan keseng.saraan yang diakibatkan oleh pepe.rangan.

Dalam erti kata lain, ia tentang harga moral, fizikal, dan fata.liti. Namun, apa pula cerita tentang harga fiskal? Pepe.rangan memerlukan peruntukan. Tanpa dana, ia takkan dapat dilaksana. Ambil contoh kon.flik di Asia Selatan. Untuk membiayai ten.teranya di Afghanistan selama 20 tahun, Amerika Syarikat perlu berbelanja sebanyak $2.3 trillion.

Itu kon.flik era kebelakangan. Bagaimana pula dengan pepe.rangan dahulukala?

Menurut Victor Davis Hanson dalam bukunya, A W.a.r Like No Other, Athens semasa Pe.rang Peloponnesian berbelanja sebanyak 6,000 talent perak. Ia bersamaan $3 billion hari ini. Antara kempen terbesarnya ketika itu adalah menak.luk Sicily.

Dalam kempen tersebut, Athens menghimpunkan seramai 40,000 orang ten.tera. Kira-kira satu dari 25 mereka terkor.ban. Jika nisbah sama dikenakan ke atas populasi Amerika Syarikat, ia bersamaan 14 juta dari 333 juta orang.

Bagi kasu.alti pe.rang, ia relatif kecil. Tetapi, belanja tetap belanja. Di samping kor.ban ten.tera, Athens juga kehilangan 500 buah triremes (kapal pe.rang). Akibat kekangan sumber, sedikit susah untuk kita tuntaskan berapa nilai sebuah triremes. Namun dengan membayangkan rupa bentuknya, kita boleh mengagak betapa besar belanja untuk membina dan mengoperasikannya.

Gambaran bentuk triremes

Sebuah triremes memiliki kepanjangan 120 kaki. Beratnya pula 50 tan, termasuk tiang layar dan kayu pendayung. Ia mempunyai 180 batang pendayung. Masing-masing dibahagikan kepada tiga tingkat. Ini membolehkan ia mencapai kelajuan 10 knot dan berpusing sehingga 90 darjah dalam hanya beberapa saat.

Sehingga hari ini, tiada siapa mampu memberi nilai tepat bagi harga sebuah triremes. Tetapi kata Hanson, biaya kempen penak.lukan Sicily menyamai kos pembinaan empat buah Parthenon – mercu tanda Athens. Ia seumpama, tak.luk Sicily atau bina empat buah KLCC. Dua-dua pun menelan belanja sama besar.

Tetapi, ia tidak cukup besar untuk dibandingkan dengan apa yang diperuntukkan oleh Empayar Rom. Menurut sejarawan R. Duncan-Jones dalam Money and Government in Roman Empire, pada tahun 150 Masehi, Rom mempunyai 387,000 orang ten.tera.

Untuk menampung angkatan sebesar itu, mereka berbelanja sebanyak 670 juta sesterces. Nilainya bersamaan dengan 76,203 kg emas. Saat artikel ini ditulis, harga emas sekilogram adalah $57,607. Jadi, untuk tahu berapa besar dana keten.teraan Empayar Rom ketika itu, darabkan sahaja dengan jumlah tadi.

Dapat berapa? Kira-kira $4.38 billion – satu billion dollar lebih besar berbanding peruntukan Athens. Ini tidak menghairankan. Sebab, Empayar Rom jauh lebih besar berbanding Athens. Bahkan, Hanson sendiri menuding yang ten.tera Napoleon pada 1800-an jauh lebih ramai berbanding populasi lelaki di seluruh negara kota Yunani.

Bercakap fasal Napoleon, sejarah ada merakamkan betapa dia pernah menjual kesemua tanahnya di Amerika Utara – dari Louisiana hingga ke California – kepada Amerika Syarikat. Jualan ini berlaku pada tahun 1803 dan disebut sebagai The Louisiana Purchase. Ia melibatkan nilai sebanyak $18 juta.

Wilayah yang dijual oleh Napoleon

Dengan wang tersebut, Napoleon menghimpunkan 70,000 orang ten.tera baru dan membina armada yang cukup besar untuk mengangkut seramai 200,000 orang ten.tera. Semua ini bagi menye.rang England, satu kempen yang langsung tidak sempat direalisasikan.

England sendiri berbelanja besar untuk menghadapi se.rangan tersebut. Menurut The Encyclopedia Britannica, peruntukan mereka dalam Pe.rang Napoleon adalah sebanyak $1.867 billion. Tiga perempat daripadanya adalah hasil kutipan cukai. Sepanjang tempoh tersebut, England menggandakan ten.tera daratnya enam kali lebih besar. Bilangan ten.tera laut juga ditambah dari 16,000 orang kepada 140,000 orang.

Setengah kurun kemudian, giliran Amerika Syarikat pula untuk berbelanja rentetan Pe.rang Saudara. Memetik John Harrington dan Grant Suneson dari USA Today, kos yang dikeluarkan oleh Utara dan Selatan adalah sebanyak $91 billion – setelah diselaraskan nilainya dengan inflasi.

Angka ini sudah cukup besar. Tetapi, ia tidak lebih besar berbanding peruntukan Amerika Syarikat dalam Pe.rang Dunia Pertama ($400 billion), Pe.rang Vietnam ($840 billion), dan Pe.rang Dunia Kedua ($4.7 trillion; yakni 40% dari GDP negara).

Menurut Our World in Data, UK dalam kon.flik sama (WWII) memperuntukkan 53% dari GDP sebagai dana pepe.rangan. Jepun pada tahun 1944 pula berbelanja sehingga 99%. Memang besar jumlahnya. Itu belum lagi ambil kira kos kemus.nahan dan kerugian.

Sebab itu, pepe.rangan amat menje.jaskan. Bagi sebilangan kuasa besar, ia malah membawa kepada kerun.tuhan. Ambil Empayar Rom sebagai contoh. Akibat pe.rang yang berpanjangan dengan Parsi di timur dan Visigoth di barat, habis perbendaharaannya menyusut.

Sampaikan pada kurun ketujuh Masehi, ia tidak lagi memiliki sumber dan tenaga yang mencukupi untuk menahan gelombang se.rangan dari umat Islam. Lantas, empayarnya pun mengecil dan pengaruhnya mengerdil – sebelum akhirnya, kekuasaannya yang berusia lebih seribu tahun menemui titik akhir.

RUJUKAN

Brown, Erik. (2021, 29 October). What’s the True Cost of (ditapiskan) In Dollars, Cents, and Silver Talents? History of Yesterday.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.