Universiti Al-Azhar diasaskan pada 970 M, tahun pertama berdirinya Dinasti Fatimiyyah. Dinasti Fatimiyyah ni mengikut ajaran Syiah Ismailiyyah yang dakwa diorang keturunan Rasulullah (saw) dari Fatimah Az-Zahra (ra). Nama Al-Azhar ni mungkin merujuk kepada gelaran Fatimah (ra) iaitu Az-Zahra bermaksud “Yang Bercahaya.”
Asalnya universiti ni dibina sebagai masjid oleh Jawhar al-Siqili diperintahkan oleh Khalifah Fatimiyyah Al-Mu’izz li-Din Allah masa buka kota Kaherah. Mula dibina pada 970 M dan siap sepenuhnya pada 9 Ramadan 361 H / 972 M.
Masjid ni pun dijadikan institusi pendidikan dan madrasah pada zaman Khalifah al-Aziz Billah. Kini, Al-Azhar diantara institusi pengajian tertua di dunia. Pengajian di Al-Azhar bermula pada bulan Ramadan 975 M. Pembelajaran berlangsung secara tak formal, takde syarat masuk, takde kurikulum formal dan takde ijazah.
Di zaman Dinasti Fatimiyyah, Al-Azhar dijadikan sebuah institusi pengajian dengan objektifnya menyebarkan ajaran Syiah di Mesir. Tapi Al-Azhar tak terkenal macam madrasah-madrasah lain dekat Baghdad bagi majoriti umat Islam. Fatimiyyah ni pun dianggap pemerintah yang bermazhab sesat oleh majoriti Islam termasuklah ulama’-ulama’ Baghdad seperti Abu Ishaq al-Isfara’ini.
Bila Dinasti Ayyubiyah berkuasa di Mesir, Al-Azhar ditukarkan menjadi pusat pengajian Sunni berakidah Asya’irah. Buku-buku yang sebelum ini membawa ajaran Syiah dilupuskan untuk melenyapkan akidah Syiah. Salahuddin Al-Ayubi memperkenalkan sistem kolej di Mesir dan diterima pakai di Al-Azhar.
Zaman kegemilangan Al-Azhar ialah ketika pemerintahan Mamluk terutamanya selepas kejatuhan Baghdad. Ramai ulama’ yang berhijrah ke Mesir untuk melarikan diri dari Mongol. Kebanyakan ulama’ terkemuka mengajar di Al-Azhar. Antaranya al-Maqrizi, Badr al-Din al-‘Ayni, al-Suyuti, al-Sakhawi dan ramai lagi. Malah Ibn Khaldun, bapa sejarawan dunia Islam mengajar di Al-Azhar pada 1383 M.
Zaman Uthmaniyyah menyaksikan Al-Azhar memegang status institusi pengajian terkemuka dunia Islam. Al-Azhar pernah dibom dan dibina oleh Perancis selepas pemberontakan nasionalisme menentang Perancis pada 1798 M.
Zaman berganti zaman. Pada 1961 M, barulah Al-Azhar diklasifikasikan sebagai universiti di zaman Presiden Mesir Kedua, Gamal Abdul Nasser. Pembaharuan demi pembaharuan terus dilakukan. Fakulti-fakulti baharu seperti perubatan dan kejuruteraan diwujudkan dan mula menerima pelajar wanita. Sehingga kini, nama Universiti Al-Azhar tetap gah di serata dunia Islam.
___
Kalau anda berminat nak baca tentang cerita-cerita hebat berkenaan pencapaian saintifik umat Islam pada zaman dulu, dapatkan sekarang buku tulisan Helmi Effendy, ZAMAN KEEMASAN TAMADUN ISLAM.
Boleh beli di:
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
Terima kasih!




No comments yet