Dalam rantaian makanan dunia haiwan, kebiasaannya haiwan lebih kecil seperti tikus dan katak selalu menjadi menu ular. Tetapi siapa sangka, labah-labah bukan saja mampu memerangkap pemangsa reptilia itu tetapi menjadikannya sebagai makan malam mereka!
Keputusan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Arachnology itu turut mengejutkan kumpulan pengkaji termasuk ketua mereka, Martin Nyffeler. Pakar labah-labah dari Universiti Basel, Switzerland itu menambah terdapat pelbagai jenis labah-labah yang boleh memakan spesies ular berbeza. Insiden sebegini boleh dilihat di semua benua kecuali Antartika.
Kajian mereka membabitkan 40 jenis labah-labah dan 90 jenis ular menerusi pelbagai jenis dokumentasi. Ini termasuk siaran di laman media sosial, jurnal-jurnal saintifik, artikel berita dan keluaran-keluaran lama majalah National Geographic.
Mungkin disebabkan saiznya yang besar, ramai menyangka labah-labah tarantula merupakan calon berkemungkinan sebagai pemakan ular. Hakikatnya, gelaran itu dipegang oleh labah-labah dari keluarga labah-labah Theridiidae seperti black widow. Menariknya, kebanyakan semua laporan ini direkodkan bukan dari wilayah tropika tetapi dari Amerika Utara.
Kebiasaannya, labah-labah ini akan menghasilkan sarang yang kuat, kadang-kadang boleh dipanjangkan sehingga ke permukaan tanah dan memerangkap mangsa yang tidak perasan. Bila sudah ditangkap, labah-labah akan menggi.gi.t ular dan mengeluarkan bisa yang melumpuhkan mangsanya itu. Ular tersebut akan diliputi dengan sarangnya sebelum diangkat sebagai makanan.
Enzim pencernaan yang terkandung dalam gi.gi.tan labah-labah boleh mencairkan bahagian lembut ular. Selepas itu, labah-labah akan menikmati hidangannya itu dalam tempoh yang lama, kadang-kadang memakan masa berhari-hari atau berminggu-minggu. Lebih mengejutkan, 30% daripada ular-ular yang dimakan labah-labah merupakan spesies ular berbisa seperti ular orok-orok dan ular perang Australia.
Satu lagi statistik yang mengejutkan kumpulan pengkaji ialah campur tangan manusia. Dalam semua insiden labah-labah makan ular, 87% menyaksikan ular menjadi santapan spesies serangga itu. 1.5% menyaksikan ular berjaya melepaskan diri tetapi 11% lagi menyaksikan ular terlepas hasil campur tangan manusia. Bagi Nyffeler, ia merupakan satu keputusan mengejutkan memandangkan kedua-dua haiwan berkenaan tidak disukai manusia.
Yang pasti, kajian ini membuka mata komuniti saintifik bahawa masih banyak yang belum diketahui tentang spesies Arachnid itu. Ini termasuk peranannya sebagai penjaga keseimbangan ekosistem sesebuah habitat sebagai pemangsa.
Ini kerana menurut Nyfeller, jika digabungkan semua berat labah-labah di dunia ini, dianggarkan berat mereka sekitar 25 tan sahaja. Tetapi ia berupaya memerangkap dan membu.n.uh mangsanya berjumlah 400 hingga 800 juta tan setahun. Bagi memahami peranannya itu tambah Nyfeller, kuncinya ialah memahami keseluruhan spektrum habitat pemakanan labah-labah itu sendiri.
RUJUKAN:
Bittel, Jason. (2021). Spiders eat snakes around the world, surprising study reveals. National Geographic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih