Sekitar tahun 600 SM, angkatan laut Mesir Purba dihantar oleh Firaun Necho II untuk berlayar mengelilingi benua Afrika. Tiada siapa yang tahu bahawa perlayaran ini merupakan bukti pertama bahawa bumi itu berbentuk sfera, bukan rata seperti yang didakwa oleh pengikut teori konspirasi.
Necho II adalah Firaun dari Dinasti Ke-26 yang memerintah dari tahun 610 hingga 595 SM.
Era ini merupakan waktu yang mencemaskan bagi Mesir Purba kerana pemerintahan Babylon di bawah Raja Nebuchadnezzar II sedang giat meluaskan empayarnya.
Usaha Necho II untuk mengikut kejayaan empayar Mesir Purba semasa era Kerajaan Baru berakhir selepas kekalahan di Carchemish pada tahun 605 SM.
Baginda sentiasa mencari jalan untuk mengatasi Nebuchadnezzar II. Pada awalnya, Necho II meluluskan projek membina versi terawal Terusan Suez dengan harapan membantu angkatan laut Mesir Purba mengejutkan tentera Babylon.
Namun, projek tersebut dibatalkan atas nasihat seorang pendeta kerana ia sebenarnya lebih memudahkan musuh menyerang Mesir.
Necho II berharap dengan menemui laluan laut baru mengelilingi Afrika, ia dapat memberi kelebihan kepada Mesir Purba dalam berhadapan dengan Nebuchadnezzar II.
Dari perspektif ketenteraan, ekspedisi ini dianggap satu pembaziran sumber. Namun, dari sudut pandangan saintifik, ia membantu para pelayar membuat penemuan mengejutkan iaitu bumi berbentuk sfera.
Para pelayar yang dipilih Necho II untuk ekspedisi ini ialah orang Phoenician.
Orang Phoenician terkenal sebagai pelayar yang mahir kerana mereka faham selok-belok lautan dan cara mengemudi dalam semua keadaan.
Disebabkan bekalan makanan yang dibawa tidak mencukupi, mereka berkemungkinan berlabuh, mendirikan kem, mengusahakan pertanian dan kekal di situ sehingga tanaman mereka berhasil.
Proses ini memakan masa sekurang-kurangnya setengah tahun sebelum mereka boleh meneruskan perlayaran.
Pada awalnya, mereka merentasi wilayah-wilayah yang dikenali termasuk Punt. Selepas itu, mereka memasuki kawasan-kawasan yang belum diteroka.
Pasti pada suatu ketika, mereka melihat ikan paus dan mendarat di hutan belantara Afrika.
Satu-satunya sejarawan yang merekodkan kisah mereka ialah Herodotus. Bagi sejarawan lain seperti Strabo, Polybius dan Ptolemy, kisah ini dianggap fiksyen semata-mata.
Namun, fenomena alam yang disaksikan oleh orang Phoenician semasa perlayaran mereka dianggap bukti paling kukuh untuk menyangkal tuduhan ini.
Satu-satunya matlamat mereka adalah untuk mencari jalan lain ke selat Gibraltar.
Tetapi, apabila mereka tiba di hujung selatan Afrika dan mula belayar ke barat, mereka menyedari bahawa kedudukan matahari telah berubah di langit. Sekarang ia terbit dan terbenam di utara dan bukannya selatan.
Setelah pelayar-pelayar Phoenician ini pulang dan menceritakan pengalaman mereka, ia ditolak bulat-bulat oleh orang ramai ketika itu. Seperti mana para sejarawan Yunani di atas, mereka menganggap pelayar-pelayar ini berbohong.
Namun, ribuan tahun kemudian, berkat teknologi dan analisis saintifik hari ini, kita dapat tahu yang mereka sebenarnya adalah orang pertama yang mengelilingi benua Afrika.
Oleh: Azizul Farhan
___
Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti.
Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih