Seperti yang kita ketahui, Piramid di Malaysia ada panggung wayang, boling dan pusat beli belah. Eh, salah Piramid pulak. Kita nak tengok ada apa di dalam piramid yang berada di Mesir sana.
Piramid ini mempunyai kepentingan budaya yang besar dalam tamadun Mesir Purba, ia berfungsi sebagai makam diraja bagi Firaun.
Kadang-kadang, ahli keluarga Firaun juga dimakamkan bersama mereka dalam makam yang sama, atau dalam makam kecil berdekatan.
Orang Mesir purba percaya bahawa roh Firaun tetap bersama jasadnya selepas kematian, dan monumen besar ini menjadi laluan selamat untuk roh tersebut menuju ke kehidupan seterusnya.
Di dalam piramid, orang Mesir menyertakan barang-barang berharga seperti emas, perhiasan, tembikar, dan patung Firaun, yang mereka percaya akan dibawa olehnya dalam perjalanannya ke alam seterusnya.
Piramid tertua yang dibina ialah Piramid Djoser di Saqqara yang dibina pada tahun 2650 SM. Di sini, Djoser dimakamkan dalam sebuah makam bersama 11 anak perempuannya.
Piramid Agung Giza pula dibina pada tahun 2589 SM untuk menempatkan Raja Khufu bersama permaisurinya, Henutsen yang dikebumikan di sebelahnya.
Piramid Khafre pula dibina sekitar tahun 2494 SM berdekatan Sphinx Yang Agung. Wajah Sphinx yang tersisa memberi gambaran tentang rupa Khafre.
Raja Khafre merupakan anak kepada Raja Khufu, jadi tak menghairankan makamnya terletak dekat dengan makam bapanya.
Piramid Menkaure adalah yang terkecil dalam kompleks Piramid Giza. Raja Menkaure, pemimpin Dinasti Kelima Mesir, dimakamkan di dalamnya. Baginda adalah cucu Raja Khufu dan anak Raja Khafre.
Pada tahun 1910, sebuah patung yang terpelihara dengan baik ditemui di kuil lembah Menkaure, menggambarkan seorang lelaki dan wanita muda.
Oleh kerana lokasi penemuannya, ramai percaya ini adalah Menkaure dan isterinya, Ratu Khamerernebty II yang juga dimakamkan berdekatan dengannya.
Oleh: Azizul Farhan
___
Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA di PBAKL nanti!
Buku ini hanya boleh didapati di reruai Patriots yang bernombor 4026, 4027, 4051, 4052, 4061, 4062, 4075 dan 4076 di Dewan Tun Razak 4, PWTC!
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih