Baru-baru ini sekumpulan pengkaji telah menemui beribu-ribu virus RNA yang tidak diketahui spesisnya bertebaran di lautan. Apa yang berlaku sehingga saintis menemui terlalu banyak virus ini? Adakah virus ini telah lama wujud sebelum penempatan manusia?

Pertama sekali, kita kenal dahulu apakah itu virus RNA. Virus RNA adalah sejenis virus yang berpotensi menyebarkan penyakit kepada mangsa seperti haiwan dan manusia. COVID-19 adalah sejenis koronavirus bawah virus RNA. Virus ini membawa informasi genetik dalam RNA, atau nama panjangnya ialah ‘ribonucleic acid’. Berbeza dengan DNA, RNA senang bermutasi dalam kadar yang cepat.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Namun kekurangan RNA berbanding DNA ialah DNA mempunyai apa yang pengkaji gelarkan sebagai ‘kod bar genetik’ yang membantu pengkaji mengenalpasti jenis hidupan apakah mereka kaji. Lebih kurang macam kod bar dalam barang jualan, penjual boleh mengetahui berapa harga barang tersebut melalui imbasan terhadap kod bar itu. Begitu juga halnya dengan kod bar genetik. Pengkaji boleh mengetahui spesis hidupan semudah menganalisis kod bar itu saja.

Jika RNA tidak mempunyai kod bar genetik, bagaimana saintis menemui lebih 5,000 jenis virus tersebut? Ada cara mereka tersendiri jika menghadapi masalah sedemikian. Pertama, mereka mencari protein tertentu yang membantu virus untuk replikasikan bahan genetik RNA. Protein itu satu-satunya ‘gerbang’ untuk mengenalpasti jenis virus kerana peranannya membantu virus membiak. Mereka hanya perlu cari perubahan kecil dalam gen RNA yang mengekodkan protein tersebut.

Untuk melaksanakan kajian ini, mereka akan dapat sampel dalam projek kajian global bernama Tara Ocean expedition selama 4 tahun. Sampel tersebut ialah plankton kerana organisma akuatik ini adalah perumah utama kepada banyak virus RNA. Mereka kemudian mengimbas pangkalan data global dalam jujukan RNA dari plankton tersebut. Keputusannya, mereka menemui lebih 44,000 gen yang mengekod protein!

 

5 kumpulan besar phylum virus RNA yang ditemui. (Zayed et al., Science, 2022)

 

Seterusnya, pengkaji perlu mencari hubungan evolusi antara gen-gen virus RNA ini. Semakin banyak persamaan antara kedua-dua gen, semakin berkait antara kedua-dua virus. Virus RNA mudah berevolusi, maka mudah virus baru terpisah dari moyang virus atau ‘common ancestor’. Mereka menggunakan mesin pengimbas yang bersifat AI (Artificial Intelligence) untuk memudahkan pembahagian dan mengesan perbezaan kesemua gen.

Akhirnya, pengkaji menemui sejumlah 5,504 spesis baru virus RNA marin dari 10 kumpulan besar hidupan bernama phylum. Setelah mendedahkan lokasi spesis virus atas peta dunia, 2 phylum virus adalah kumpulan virus yang dominan di seluruh lautan. 2 phylum itu ialah Taraviricota dan Arctiviricota. Pengkaji percaya bahawa phylum Taraviricota ialah ‘missing link’ atau perantara dalam evolusi virus RNA dari moyang berpecah kepada pelbagai spesis virus.

Peta dunia menunjukkan taburan virus RNA baru. (Zayed et al., Science, 2022)

 

Kajian ini bukan sekadar mendedahkan jumlah virus yang bertaburan di lautan. Ia membantu pengkaji memahami evolusi hidupan awal sebelum kehadiran organisma kini. Walaupun virus RNA mampu membawa penyakit yang mengundang pandemik, Namun ia memajukan peranan penting dalam ekosistem kerana keupayaan menjangkiti hampir semua hidupan.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Walaupun pengkaji berjaya menemui 5,000 spesis virus RNA, namun mereka harus mengkaji lebih mendalam setiap satu virus ini. Antaranya ialah bagaimana virus-virus ini bertebaran dalam Lautan? Apakah jenis hidupan yang virus tidak diketahui ini menjangkiti dan memerhati pembiakan virus-virus ini? Banyak persoalan Yang pengkaji harus peka untuk selesaikan teka-teki ini.

RUJUKAN:

D. H. Guillermo et al. 8 April 2022. Over 5,000 Previously Unknown Viruses Have Been Discovered Lurking in The Oceans. Science Aler


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply