Si Misai Kontot gila untuk tawan Paris masa bermulanya Perang Dunia II. Walau bagaimanapun, Perancis membina kubu di Maginot Line.

 

Maginot Line dilengkapi dengan persenjataan lengkap, daripada anti-kereta kebal kepada beberapa artileri, yang boleh mengatasi serangan darat dan udara.

 

Pada tahun 1941, Si Misai Kontot arahkan pengeluar senjata Jerman dan ahli metalurgi, Gustav Krupp untuk cipta senjata yang mampu menumbangkan Maginot.

 

Senjata tu mesti boleh tembus dinding konkrit setebal 7 meter atau 1 meter keluli. Inilah titik mulanya Schwerer Gustav atau The Great Gustav, senjata terbesar di dunia.

 

Muncungnya berdiameter 80 cm dan laras panjangnya 30 meter. Untuk angkut senjata tu je memerlukan kenderaan sepanjang 47 meter, tinggi 12 meter dan seberat 1,350 tan untuk dapat menembak 10 tan peluru.

 

Schwerer Gustav pertama kali digunakan pada musim bunga 1942 dalam Pertempuran Sevastopol di Crimea dengan 50 das tembakan dilepaskan.

 

Sebelum Gustav bertindak, Jerman terpaksa angkut senjata tu dengan kereta api secara berasingan oleh 2,000 askar dalam 25 koc yang berbeza. Untuk pasang balik, ia memerlukan 250 orang yang mengambil masa 3-4 hari.

 

Akhirnya, Schwerer Gustav tidak digunakan untuk memecahkan Maginot Line sebab Jerman dah tawan dulu sebelum senjata tu sampai.

 

Di Sevastopol, walaupun hanya melepaskan 50 peluru, Schwerer Gustav dah rosak teruk. Tempat penyimpanan senjata bawah tanah yang digunakan Soviet untuk bekalkan senjata dari pelabuhan telah musnah.

 

Sasarannya sejauh 30 meter bawah air dan Gustav dapat menembusi perisai selepas sembilan tembakan.

 

Gustav digunakan tak lebih daripada setahun oleh Jerman sebab ia kurang efisien.

 

Senjata tu pun dimusnahkan sebelum 22 April 1945 untuk mengelakkan daripada digunakan musuh. Versi lain pula mengatakan Gustav ditanggalkan oleh Soviet.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah. Korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply