Aku ingat lagi sekitar tahun 1998 bila scene bundle masa mula-mula nak timbul. Masa tu baju Pink Floyd Dark Side of the Moon naik kejap sempena 25th year anniversary.

Kemudian ada beberapa baju band lama macam Grateful Dead, Led Zeppelin atau Deep Purple mula dijual di pasar malam. Baju-baju ni pada masa ini dianggap ketinggalan zaman sebab kalau kau hidup tahun 1990an, benda yang ada tahun 1970an ni dah lapuk.

Scene bundle naik seiring dengan scene muzik underground sebab banyak brader dalam band pakai baju band yang rare. Kerarean ini yang menyebabkan ia mahal. Ia boleh diexplain dengan mudah, makin kurang barang tu tapi ramai nak, makin mahal lah barang tersebut.

Scene bundle mula membesar apabila golongan millennials mula mencapai zaman remaja. Sebab sejajar dengan wujudnya internet, akses untuk mengenal band itu lebih mudah.
Kalau kau hidup tahun 1960an atau 1970an, kalau kau dapat kenal band yang rare macam Flower Pot Men atau kau dengar Pink Floyd zaman Sid Barrett, kau ni boleh dianggap golongan elit sebab barang macam ni selalunya mahal dan kuantitinya tak banyak.

Sejak ada internet, orang boleh je dengar mana-mana band dari seluruh dunia dan dah tak rare lagi dah kalau kau ni dengar The Smiths atau The Cure.

Jadi demand untuk baju lama ni pun meningkat. Maka ramailah orang muda baya millennials dan kemudian Gen Z mula mencari baju band lama macam Pink Floyd atau Led Zeppelin.

Ada pernah terjumpa satu Gen Z yang pakai baju Nirvana, tapi tak kenal siapa Kurt Cobain. Pada dia, Nirvana ni band best tapi tak kenal pun siapa anggotanya. Jangankan Krist Novoselic, Kurt Cobain pun dia tak kenal.

Pada akhirnya baju bundle ini tidak lagi menjadi passion pada peminat muzik rock, tetapi hanya menjadi fashion statement kepada golongan muda baru nak jadi hipster.

Kemunculan kumpulan ini menyebabkan wujudlah satu golongan lagi iaitu mat reseller. Mat reseller ini adalah George Soros kepada scene bundle.

Mat reseller ini melihat demand dari budak-budak baru nak jadi hipster ini, lalu membeli baju-baju band ini secara borong, kemudian speculate harga baju/kasut/apa2 barang bundle sampai melambung harga.

Sebagai contoh kes kasut Bata Kurt Cobain yang sebenarnya takdelah mahal sangat, tapi disebabkan ramai budak baru nak jadi hipster demand item ni, maka mat reseller pun borong semua barang dan letakkan harga Yahudi.
Atau kasut skate Vans Pa’din yang diletakkan harga melantun-lantun kerana dek spekulasi mat reseller.

Lama kelamaan scene bundle ini yang selama ini dilayan oleh mat slacker, brader kilang, brader jual burger, golongan B40 dan abang knowledge duduk kat bus stand pow budak sekolah, menjadi scene untuk golongan hipster, upper middle class dan anak-anak yuppie menunjukkan fashion statement mereka.

Baju Nirvana tidak lagi mampu dimiliki oleh brader jual burger atau brader kilang macam masa 90an dulu, tapi dipakai oleh minah yang duduk taman perumahan elit untuk mereka ootd di Instagram.

Dan apabila scene bundle pun dah mula jadi elitis, itulah yang datang harga merepek sampai baju Metallica biasa gitu nak lock harga sampai RM1,150.

Padahal masa scene ni mula-mula muncul dulu, baju harga lima ringgit je. Jeans pun harga paling tinggi pun lima puluh ringgit. Sekarang RM700 untuk seluar jeans Evisu. Gila betul harga sekarang.

Sebagai peminat barang bundle, aku rasa senario ini amatlah menyedihkan. Sebab bundle sepatutnya barangan yang mudah diakses golongan B40 dan marhein. Sebab nak beli baju kat shopping mall, mahal.

Tapi dah terbalik dah. Baju kat shopping mall pulak yang dah jatuh harga, baju bundle pulak melambung harga.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.