Salam, hari ini saya nak ketengahkan satu lagi saudara jauh rumpun bangsa kita yang agak jarang diketahui dan dibincangkan. Kita akan cuba melihat persamaan yang terdapat pada mereka dengan bangsa kita. Bangsa yang saya maksudkan ialah kaum Merina dari Madagaskar. Mungkin anda sudah selalu sangat mendengar bahawa cakupan bahasa dan budaya rumpun Melayu ini sangat luas dari Madagaskar hinggalah Pasifik bukan? Tetapi mungkin anda kurang tahu mengenai apakah persamaan bahasa dan budaya yang dimaksudkan tersebut. Oleh itu saya akan cuba untuk paparkan dalam tulisan ini sedikit sebanyak.

Kaum Merina adalah salah satu daripada suku kaum utama yang mendiami pulau Madagaskar. Berbanding dengan kaum atau suku-suku lain yang terdapat di Madagaskar kaum ini dilihat lebih dominan terutama dari segi sosial dan politik sejak beratus tahun dahulu. Didapati bahawa kaum Merina menggunakan bahasa yang tergolong didalam kelompok atau cabang bahasa Austronesia sepertimana masyarakat Nusantara. Malah ada sarjana mengatakan kaum Merina di Madagaskar adalah berasal dari ekspedisi empayar Melayu Srivijaya yang berlaku lebih dari seribu tahun yang lalu. Hal ini terbukti kerana dalam catatan Arab dan Parsi ditemukan kisah pelayaran dan perdagangan orang-orang dari wilayah Srivijaya atau Nusantara ke Afrika Timur dan Madagaskar

Kajian terbaru pula mendapati bahawa bahasa Merina mempunyai perkaitan yang rapat dengan bahasa Dayak suku Maayan di Borneo. Malah terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa bahasa mereka berasal daripada dialek suku Bugis. Dan untuk pengetahuan anda Suku Banjar juga adalah hasil daripada persemendaan suku-suku Melayu yang lain dengan suku Dayak Maayan. Oleh itu Orang Banjar juga boleh dikatakan sebagai saudara kepada suku Merina.

Kaum Merina

Sebenarnya tidak kisahlah dari suku mana bahasa tersebut berasal, perkara pokoknya ialah bahasa Malagasy yang dituturkan oleh kaum Merina sememangnya adalah tergolong dalam kelompok bahasa Malayo-polinesia atau Austronesia yakni dalam rumpun Melayu juga. Para penjelajah dan kolonialis awal juga sangat terkejut apabila mendapati terdapat banyak persamaan dalam bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Merina dengan bahasa Melayu di Nusantara pada masa tersebut. Malahan para pengkaji meyakini bahawa orang Nusantara turut memperkenalkan tumbuh-tumbuhan dari Asia Tenggara seperti pisang, mangga, kelapa, keladi dan terutama ubi-ubian asli yang menjadi makanan ruji bagi penduduk Madagaskar malah Afrika Timur.

Bagi melihat dan memahami dengan lebih jelas kita boleh lihat contoh beberapa patah perkataan Malagasi yang sangat mirip dengan bahasa Melayu:

  • áfo = api
  • •ahóana = bagaimana?
  • •ánaka = anak
  • •áty = hati
  • •fan-jáitra/man-jaitra = jarum/menjahit
  • •faríhy = danau/perigi
  • •fásika = pasir
  • •fótsy = putih
  • •láhy = pria / laki-laki
  • •lánitra = langit
  • •ma-móno = bunuh
  • •ma-nífy = nipis
  • •máty = mati
  • •ména = merah
  • •mi-tómbo = tumbuh
  • •mi-tóraka = lempar (tohok?)
  • •mi-vídy = beli/membeli
  • •nóno = susu, payudara/nenen?
  • •ólona = orang / manusia
  • •ranomásina = laut/air masin
  • •rívotra = angina/ribut
  • •táhotra = takut
  • •tány = bumi / tanah
  • •táolana = tulang
  • •váto = batu
  • •folo = sepuluh
  • •roapolo = duapuluh
  • •dimampolo = limapuluh
  • •jato = seratus
  • •zato = seratus
  • •arivo = seribu

Baca sahaja persamaan yang terdapat dalam perkataan-perkataan diatas, rasanya tak perlu untuk saya tulis semua kerana ada terlalu banyak. Selain itu kajian DNA juga telah dibuat keatas orang Merina. Menurut Cox, seperti dalam journal The Australian, hasil kajian tersebut menyimpulkan bahawa kira-kira 30 orang perempuan Nusantara telah menjadi pemula atau pembuka koloni di Madagaskar lebih kurang 1200 tahun lalu. Mereka disertai beberapa orang lelaki yang jumlahnya lebih sedikit berbanding perempuan. Penenelitian DNA ini memperkuatkan lagi kajian sebelumnya. Secara arkeologi pula terdapat penemuan perahu bercadik ganda, peralatan besi, alat musik xylophone, dan makanan dari tumbuhan tropika seperti yang saya sebut tadi.

PRESIDEN-PRESIDEN MADAGASKAR. RUPA PARAS MEREKA MEMANG SAMA SEPERTI RUPA ORANG NUSANTARA

Bukan itu sahaja malah senibina rumah tradisional mereka juga sangat berbeza daripada senibina suku-suku Afrika. Rumah-rumah mereka mempunyai bumbung limas dan berbentuk segi empat seperti rumah-rumah suku Nusantara dan bukannya berbentuk bulatan seperti rumah-rumah orang Afrika. Para pengkaji juga mendapati orang Malagasy atau Merina khususnya gemar memakai sejenis selimpang yang dipanggil Lamba iaitu sejenis kain yang diperbuat daripada jalinan tumbuhan. Hal ini sangat berlainan dengan kebiasaan peribumi Afrika yang lebih gemar memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang. Dipercayai teknologi menenun kain ini dibawa oleh masyarakat Kepulauan Melayu. Malah dari segi budaya dan ketamadunan, penduduk Madagaskar dilihat mempunyai pencapaian ketamadunan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan bangsa-bangsa dari Afrika Timur yang jauhnya tidak sampai pun 300 batu.

Binaan rumah orang Merina

Tetapi siapakah 30 orang wanita dan beberapa orang lelaki yang berlayar ke Madagaskar ini? Adakah mereka pelarian daripada masalah yang melanda Nusantara ketika itu, perebutan takhta atau peperangan? Atau mereka adalah sisa pelayar atau pedagang yang kapalnya terhempas dan hanyut ke Madagaskar? Hanya Allah yang tahu. Apa yang lebih penting ialah kita tahu bahawa kita mempunyai saudara jauh di sebuah pulau di Afrika Timur iaitu Madagaskar. Jadi lepas ini kalau tengok kartun ‘Madagascar’ jangan lupa pada kaum Merina dan beberapa kaum lain lagi yang seketurunan dengan kita di Madagaskar. Sekian. Wallah hu ‘alam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) UKM. Bukan pakar sejarah tetapi peminat seumur hidup.

Leave A Reply