Tidak melampau kalau cakap manusia sudah lama mencari kesempurnaan sampai ke tahap ada yang nak lari dari ajal. Dah banyak kisah zaman dulu menampakkan maharaja-maharaja agung mencari maulihayat, katanya boleh hidup selamanya. Itulah lumrah kuasa: menggapai pengaruh begitu menggunung sampai takut kehilangan segala-galanya.
Sebenarnya, potensi nak “lari dari ajal” memang ada dalam dunia haiwan. Namun kita perlu faham definisi “ajal” dulu. Apa itu ajal? Sudah pastinya kematian, yakni penamat yang MUKTAMAD. Cuma apa yang muktamad? Kalau tengok zaman dulu, manusia mati umur 40 tahun dianggap perkara biasa. Zaman sekarang? “Muda dia mati noh. Allah sayang dia.”
Sesungguhnya kita nampak konsep sama terpakai dalam dunia haiwan. Kucing mati. Anjing mati. Beruk mati. Babun mati. Semua mati. Namun cara mereka mati masing-masing berbeza. Ikan pari boleh hidup sampai 10 tahun. Ikan jerung pula 30 tahun; ada di Greenland hidup sampai 272 tahun.
Maka untuk perbincangan kali ini, saya ingin bercerita pasal Turritopsis dohrnii – iaitu “obor-obor abadi”. Obor-obor ni definisi sangat meluas. Ada spesis yang hidup beberapa hari jer. Ada yang hidup beberapa dekad. Namun obor-obor abadi tiada penamat sebenarnya.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal alam haiwan, korang mesti dapatkan BIOLOGIA kami ni! Buku ni sebenarnya menerangkan pada korang banyak benda pasal alam kehidupan. Link Shopee: https://bit.ly/biologiashopee
Keabadian Suatu Obor-Obor
Saintis sudah lama tertarik ingin mengenali obor-obor abadi yang mampu “reset” balik hayatnya dari tua ke remaja (Miguel & Torner, 2023). Ada beza sebenarnya antara “jerung hidup 272 tahun” dan “obor-obor hidup 1,000 tahun tetapi reset setiap masa”. Jerung tu dah tua bangka. Obor-obor masih muda. Tetapi kedua-dua hidup lama.
Pertama kali obor-obor abadi ni ditemui adalah sekitar 1880-an. Cuma masa tu, kita tak tahu mereka abadi. Saintis mula perasan lebih 100 tahun selepas penemuan pertama tu… sekitar 1990-an, kerana waktu tu saintis mendedahkan fasa-fasa hidup obor-obor abadi yang sangat unik:
Ia bermula dari “larva” halus dipanggil planula yang kemudian hidup di permukaan keras. Masa ni planula menjadi “polyp” yang macam anemon laut. Dari satu polyp, ia berpecah melalui cara pembelahan (budding).
Dah selesai fasa polyp, ia menjadi “medusa” pula yang berbentuk loceng. Dan akhirnya, medusa ni melepaskan telur atau sperma dalam air untuk membuat planula baru.
Kelahiran Semula
Sekarang korang dah faham apa yang sebenarnya berlaku. Obor-obor abadi membuat badan baharu dan ‘memindahkan’ rohnya. Setiap kali ia capai usia matang, ia akan kembali ke fasa polyp melalui proses trans-differentiation. Melalui cara ini, obor-obor abadi tak peduli sangat pun kalau badannya dah tercedera teruk dibelasah ikan paus misalnya (AMNH, 2015).
Medusa tu ubah sel-selnya kembali jadi polyp untuk memulakan ‘hidup baharu’. Satu-satunya cara nak lenyapkan obor-obor abadi ternyata jelas: kena bagi hancur habis sampai tak boleh jadi polyp baru.
Selagi ada yang jadi polyp baru, ada lah mamat jellyfish ni. Kena ambil kira juga dengan penyakit (jika ada) dan faktor alam semulajadi. Tapi buat masa ni, obor-obor abadi memang abadi. Genetiknya sama. DNA juga sama. Semuanya sama. Badan jer berbeza. Gila betul.
Kajian Sains Untuk Memangkinkan Maulihayat
Saintis sebulat suara berpendapat bahawa ajal takkan boleh dielakkan. Namun cara dan tempohnya boleh dipengaruhi. Macam dulu, manusia mati awal. Vaksin dan ubat-ubatan mengubah segala-galanya, memberi manusia peluang untuk hidup lebih lama. Namun umur 70-an masih aras dijangka mati. 90-an pula boleh dicapai dan menang pilihan raya.
100-an pula dianggap ‘golden’. Susah nak capai. Saintis sedang mencari jalan untuk bagi capai. Malah kajian pasal obor-obor ni pula adalah untuk regenerative. Memang betul kita tak boleh tumbuh lengan baru kalau terpotong. Tetapi saintis ingin tahu jika ilmu daripada obor-obor ni boleh bantu elak Alzheimer dan kanser.
Semoga temui jalan dengan ilmu sangat bernilai.
Kalau korang berminat dengan topik-topik sains seperti ini, kami nak cadangkan korang beli buku kami, SEMOGA TUHAN MERAHMATI SAINS DALAM KEHIDUPAN. Jom beli sekarang: https://bit.ly/3Nws0Ja
RUJUKAN:
AMNH. (2015, Mei 4). The Immortal Jellyfish.
Miguel, D., & Torner, M. (2023, Januari 12). How immortal jellyfish turn back time. The Conversation.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih