Sati secara harfiah bermaksud ‘wanita suci’. Dalam konotasi budaya, ia merujuk kepada satu amalan Hindu yang menuntut kaum isteri supaya memba.kar diri sendiri tatkala kema.tian suami. Intipatinya tidak lain adalah sebagai simbol kesanggupan untuk sehidup sema.ti.

Amalan sati mengambil sandaran daripada empat sumber iaitu Rig Veda, Atharvaveda, Mahabharata, dan legenda isteri Shiva.

Dalam Rig Veda 10.18.7 misalnya, ada ayat berbunyi: “… Benarkan isteri-isteri melangkah ke dalam api dalam keadaan rapi…” Walaupun ayat tersebut mempunyai pelbagai tafsiran, ia sering dijadikan rujukan bagi membenarkan amalan sati.

Dalam Mahabharata pula, amalan sati terjadi selepas babak kema.tian Pandu. Lantaran Pandu ada dua isteri, maka isterinya yang tua (bernama Kunti) diberi keutamaan untuk melakukan sati. Madri si isteri muda pula dibiarkan hidup untuk menjaga anak mereka yang masih kecil. Ini kemudian melahirkan ketetapan bahawa sati dikecualikan buat isteri muda, isteri yang mengandung, dan isteri yang masih ada anak kecil.

Bagaimana pun, berbanding dua sumber di atas, amalan sati paling kerap dikaitkan dengan legenda Shiva dan isterinya. Dalam legenda tersebut, Shiva tidak disukai oleh bapa mertuanya yang bernama Daksha. Pernah suatu ketika, Daksha mengadakan majlis besar-besaran tanpa menjemput menantunya. Sudah tentu, tindakan itu menjatuhkan maruah Shiva.

Maka bagi membantah sikap ayahnya dan menyeka air muka suaminya, Sati pun menzahirkan amarah dengan memba.kar diri sendiri. Ketika api sedang menyeluruhi tubuhnya, Sati sempat berdoa supaya dapat menjadi isteri Shiva lagi. Doanya dimakbulkan dan Sati kemudian dilahirkan semula sebagai Parvati.

Namun, perkaitan antara amalan sati dan legenda Sati ini dikritik lantaran Dewi Sati tidak pun kema.tian suami ketika membαkar dirinya sendiri. Jadi sebetulnya, kedua-dua perkara tersebut tidak sesuai untuk dikaitkan sama sekali lantaran amalan sati hanya melibatkan isteri yang kema.tian suami.

Cuma mungkin, legenda itu diambil bagi memeri-pentingkan elemen samsara dalam amalan sati. Samsara adalah kitaran hidup, ma.ti, dan lahir semula dalam ajaran Hindu. Ia sama ada lahir semula sebagai binatang, manusia, ataupun dewa (disebut moksha atau menyatu dengan tuhan).

Sati, dalam sudut ini, adalah satu cara untuk mendapat inkarnasi yang lebih baik. Sebab itu, sati hanya diamalkan oleh kaum isteri dari kasta selain Brahmin. Ini kerana kasta Brahmin adalah kasta tertinggi justeru tidak berhajat terhadap samsara yang lebih baik, tidak seperti kasta lain yang boleh lahir semula sebagai anggota kasta yang lebih tinggi.

Maka pada satu sisi, sati membolehkan pergerakan antara-kasta dalam masyarakat Hindu. Pada sisi lain pula, ia menin.das kaum wanita khususnya janda.

Amalan ini pada peringkat awalnya dilakukan secara sukarela, terutama ketika ia masih terhad dalam lingkungan kasta Kshatriya. Ini sebagaimana yang terakam dalam Prasasti Bhanugupta, prasasti pertama yang bercerita tentang sati.

Dalam prasasti yang bertarikh 510 Masehi itu, dikisahkan bagaimana isteri kepada Goparaja, pembantu raja Bhanugupta melakukan sati selepas suaminya terkor.ban dalam pertem.puran melawan Maitra di Eran. Senario sama dapat dilihat pada ratu-ratu Rajasthan yang meninggalkan cap tangan pada Kubu Mehrangarh sebelum melakukan sati, sebagai tanda kenang-kenangan.

Cap tangan ratu-ratu Rajashtan di Kubu Mehrangarh yang melakukan sati

Namun seiring peredaran masa, ia semakin dipaksakan ke atas orang kebanyakan. Andai ada janda yang enggan melakukan sati, dia diminta berkabung sepanjang hidup bagi menghormati mendiang suami. Makannya tidak boleh lebih dari sekali dalam sehari. Tidurnya tidak boleh beralaskan katil atau tilam empuk. Kepalanya perlu dicukur setiap bulan dan dilarang pula keluar rumah kecuali untuk pergi ke kuil.

Semua aturan ini bagaimana pun tetap membuatkannya rendah dalam masyarakat. Jadi, bagi sebilangan yang kemαtian suami, mereka cuma ada dua pilihan; ma.ti dalam api atau hidup dalam maki.

Sememangnya, senario ini tidaklah menggambarkan keadaan keseluruhan. Masih ada janda yang berkahwin semula dan meneruskan kehidupan dengan bahagia. Ini sebagaimana anjuran kitab agama mereka juga, seperti Atharvaveda 18.3.2: “Bangun dan masuklah ke alam kehidupan, hai wanita… pergi kepada dia yang pinang dikau, suami kedua dikau…”

Cuma, sejarah tidak dapat menafikan yang amalan sati berlaku dengan cukup berleluasa. Ia cuba dibas.mi berkali-kali baik semasa pemerintahan Mughal pada kurun ke-16 dan ke-17 mahupun semasa era kolonial British pada kurun ke-18. Namun, tradisi lama sukar ma.ti.

Roop Kanwar, pelaku sati terakhir pada 1987

Hanya pada tahun 1829, barulah usaha yang dilakukan membuahkan kesan. Pada tahun tersebut, Raja Ram Mohun Roy dengan kerjasama gabenor British bernama Lord William Bentick menggubal akta pengha.raman sati. Menerusi akta tersebut, pengamal sati dan sami yang terlibat dijatuhi hu.kuman ma.ti. Semenjak itu, kes sati mula berkurangan.

Apapun ia masih diamalkan lagi dan lagi. Kes paling terkini berlaku pada 1987, melibatkan seorang wanita bernama Roop Kanwar yang kema.tian suami selepas hanya lapan bulan berkahwin. Kes ini berlaku di Kampung Deorala, Rajasthan dan ia mendorong kerajaan India untuk meminda lagi akta baru, iaitu Akta Pembasmian Sati 1987.

Akta tersebut mengenakan pengha.raman ke atas tiga perkara; amalan sati itu sendiri, pemujaan terhadap pengamal sati, dan pembinaan kuil khusus untuk pengamal sati. Ini sekali gus mema.tikan sati, salah satu tradisi di mana isteri perlu ikut ma.ti bersama mendiang suami yang tidak hanya terhad di India, tetapi juga di serata dunia seperti Ukraine, Afrika, dan Scandinavia.

RUJUKAN

Agbo, Njideka. (2020). Sati: The Widow-(ditapiskan) Culture in India. The Guardian.

Chakraberty, Chandra. (2006). A Study in Hindu Social Polity (Halaman 273). Cosmo.

Fisher, Martini. (2016). Suttee: (ditapiskan) Ancient Lessons on How to be a ‘Good Wife’ and a ‘Redeemed Widow’. Ancient Origins.

Grid, Lawz. (2019). History Behind the Origin and Abolition of Sati System in India. Medium.

Jain, Richa. (2018). The History Behind Sati, a Banned Funeral Custom in India. The Culture Trip.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.