Sarawak Darul Hana, mungkin nama ni agak asing bagi rakyat Sarawak sendiri. Tapi ia wujud menerusi catatan-catatan manuskrip di Brunei dan Kalimantan.

Kerajaan Melayu Islam di Sarawak ni bermula di Santubong dan pusat kerajaannya terletak tak jauh dari Astana Sarawak.

Sejarah kewujudan kerajaan ini diperkira berlaku sekitar abad ke 16 Masihi iaitu bermulanya cerita seorang putera Kesultanan Brunei yang bernama Pengiran Muda Tengah.

Sekitar tahun 1598, kakandanya iaitu Sultan Abdul Jalilul Akbar ditabalkan menjadi raja Brunei yang ke-10 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Muhammad Hasan ibni Sultan Saiful Rijal.

Sebagai seorang sultan yang menjaga keharmonian keluarga dan kerajaan, Sultan Abdul Jalilul Akbar buat satu keputusan dengan menitahkan adindanya Pengiran Muda Tengah untuk membuka satu kerajaan baru di wilayah jajahan Kesultanan Brunei Darussalam iaitu Sarawak.

Perihal penghijrahan Pengiran Muda Tengah ada terkandung di dalam manuskrip sejarah Brunei Darussalam lama.

Setelah pengurniaan gelaran Diraja disempurnakan, Pengiran Muda Tengah memasyhurkan diri baginda dengan nama Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, sultan pertama Kerajaan Kesultanan Sarawak Darulhana. Baginda turut dikenali sebagai Sultan Tengah.

Sebagai satu kerajaan yang baru, Sarawak perlu dapat sokongan daripada kerajaan-kerajaan yang sudah lama wujud.

Maka Sultan Tengah mengembara dari satu kerajaan ke kerajaan yang lain. Antara kerajaan yang dilawatinya ialah Kesultanan Pahang dan Kerajaan Sukadana.

Sultan Tengah dijodohkan dengan satu-satunya adinda perempuan Raja Sukadana yang bernama Puteri Surya Kesuma. Raja Sukadana memeluk Islam setelah itu.

Pada tahun 1630, Sultan Tengah membawa isteri serta putera puterinya untuk ke Matan.

Semasa di Matan, sekali lagi baginda berkahwin atas dasar hubungan kerajaan dengan puteri dari Matan.

Hasil perkahwinan tersebut melahirkan seorang putera yang diberikan nama Pengiran Mangku Negara.

Hampir 30 tahun lamanya baginda membiarkan pembesar-pembesar negeri menguruskan Sarawak, tiba saatnya baginda mohon perkenan untuk membawa pulang seluruh keluarganya timbul pula permintaan daripada Sultan Matan.

Permintaan Sultan Matan adalah untuk Sultan Tengah meninggalkan isteri dan anaknya iaitu Pengiran Mangku Negara di Matan.

Maka ditinggalkannya isteri dan anaknya dibawah jagaan ayahanda mertuanya. Dan Pengiran Mangku Negara setelah kemangkatan datuknya menjadi Sultan Matan seterusnya.

Kepulangan Sultan Tengah ke Sarawak Darul Hana sampai ke penghujungnya.

Ketika di muara Sungai Sarawak, Sultan Tengah tak sihat kerana cirit birit. Mereka singgah sebentar di Pasir Kuning untuk cari ubat.

Salah seorang pengiring baginda berpaling tadah. Baginda diradak dengan tempuling atau tombak. Sultan Tengah tak mampu diselamatkan lalu mangkat di Santubong pada tahun 1641.

Begitulah kisah Kesultanan Sarawak Darul Hana. Sultan Ibrahim Ali Omar Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Hasan ibni Sultan Abdul Rijal merupakan sultan yang pertama dan terakhirnya.

Oleh: Azizul Farhan

___

Tertarik nak baca banyak lagi cerita-cerita berkenaan Raja-raja Melayu? Dapatkan KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera di Shopee kami:
https://shope.ee/6zuOAQYyBR


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply