Kalau kita menyoroti sejarah Cambridge berkenaan Jepun para sarjana yang mengarangnya dilihat dapat menerima hakikat bahawa pensejarahan Jepun boleh dibahagi tiga.

Pertama yang berdasarkan salasilah legenda keturunan Amaterasu, bonda matahari yang duduk di dalam bumi dan anak cucunya yang memerintah selama dua ribu tahun sehingga hari ini, ini masyhur pada zaman imperialisme Jepun; kedua pensejarahan sekular yang menumpukan aspek kajian fizikal khasnya dalam era pasca kolonial; dan ketiga pensejarahan menurut kacamata hati dan akal budi serta metafizikal bangsa Jepun yang sering ditinggalkan.

Apapun kerencaman perspektif pensejarahan ini tidak membuatkan sejarawan Cambridge mahupun Jepun membuang bulat-bulat sumber legenda kerana ia selama ratusan tahun sudah menjadi tulang belakang kewujudan kerajaan, kebangsaan dan kenegaraan Jepun.

Mereka menerima ia tetapi dalam masa yang sama diperkayakan dengan kajian dengan metodologi saintifik moden. Hikayat hikayat legenda tetap menjadi titik mula dan rujukan sumber yang memegang sumber-sumber lain. Sumber-sumber arkeologi misalnya tetap tidak akan dapat menulis sejarah tanpa dirujukkan dahulu kepada hikayat-hikayat legenda sama ada dalam bentuk lisan mahupun yang bertulis. Bangsa Jepun dengan itu mempertahankan legenda mereka walaupun ia tidak dapat dibuktikan sepenuhnya secara saintifik dan diragui dengan pelbagai penemuan langka yang terbaru. Tidak timbul di kalangan mereka usaha(walaupun wujud secara terpencil) untuk menyalahkan perspektif pensejarahan bangsa yang berbeza-beza. Setiap satunya dianggap dapat menguatkan antara satu dengan yang lainnya.

Legenda-legenda bangsa Jepun dianggap sebagai sumber separa sejarah yang menyimpan paradigma yakni secara literal bermakna “sejenis kuasa atau daya kebudayaan” yang memegang bangsa Jepun ke dalam satu persaudaraan dan penyatuan dengan asal yang sama. Sejarah itu bukan hanya bertindak sebagai maklumat pemberitahuan yang dibezakan antara dikotomi betul atau salah, ya atau tidak tetapi lebih daripada itu adalah satu rantaian yang menghubungkan jiwa-jiwa.

Bangsa Jepun memahami kuasa dan daya paradigma sejarah ini dan mempertahankannya demi kelangsungan mereka meski betapa kabur ia jika hendak diukur dengan kayu aras sains moden. Prinsip mereka jika tidak diperkuatkan maka janganlah pula kita membantu menguraikannya.

Sejarah ini pula sebenarnya dianggap hidup dan berlangsung selagi mana wujud kapsul masa merentas zaman dalam bentuk pelbagai pelakon semula(re-enactors).

Maharajanya, busananya, bahasanya, kana-kananya, makanannya, senibinanya bahkan adat dan istiadatnya menghidupkan kembali apa yang pernah ada sejak dua ribu tahun silam jika tidak sedari zaman Hei’an. Lagi lama kebelakang jejak sejarah ini dapat dikumpul makin megah dan berwibawa sesebuah bangsa itu dengan asas kewujudan yang lebih kukuh. Pada hakikatnya permulaan era bangsa Jepun sebelum masihi yang ditandakan dengan Yayoi Jidai adalah sezaman dengn kemunculan kompleks Tamadun Kedah Tua kita yang terawal di Asia Tenggara bahkan kita lebih unggul dengan kemunculan industri besi.

Betapa modennya Jepun namun kalangan terpelajar literatinya akan sentiasa sedar yang Jepun akan hilang dari peta dunia sebagai sebuah bangsa purba dan imperialistik dengan hancurnya sistem kemaharajaannya. Oleh sebab itu kerajaan politik bakufu datang dan pergi sehingga Zaman Tokugawa, Perang Dunia Kedua juga melewati tetapi maharaja biar betapa lemah dan simbolik ianya tetap dikekalkan bertakhta di Kyoto dan Edo Tokyo kerana ia adalah kemuncak manifestasi keagungan sejarah bangsa Jepun.

Aturan sosio-budaya Jepun yang menjadi rangka kemasyarakatan sebenarnya bermula daripada peringkat paling atas yakni Maharaja kemudian turun kepada bangsawan politik dan kemudian komuniti dan keluarga. Bayangkan jika aturan ini dipotong kepalanya dan jasadnya dibiarkan terkapar-kapar.

Oleh hal yang demikianlah kita bangsa Melayu perlu berjiwa besar dalam mempertahankan sejarah kita dan segala kapsul masa yang menjadi bukti bahawa kitalah peribumi asal-muasal yang melatari sebuah pemerintahan dan aturan masyarakat yang agung. Titik mula kita adalah sepejangkauan dua ribu tahun silam sedari kemunculan raja-raja penakluk samudera raya dari keluarga induk Mahawangsa, Sailendrawangsa dan Srivijayawangsa keluarga besar Melayu yang hidup menjadi akar dayung kepada bahtera raja-raja yang turun dari kemuncak Mahameru Bukit Seguntang.

Paradigma Jepun yang bersandarkan kepada aturan kemasyaratan Konfusianisme, agama Shinto-Buddha dan Maharaja sebenarnya serupa dengan gagasan Melayu Islam Beraja yang kedengaran dan dipermasyhurkan kebelakangan ini. Jika bangsa Melayu hendak menjadi satu bangsa besar maka mereka perlu mendokong falsafah ini sebagai jatidiri mereka menyediakan modal insan yang berisi untuk menghadapi bangsa-bangsa dan ideologi-ideologi lain yang mendepani mereka. Mereka perlu imbas kembali sejarah keagungan mereka untuk diterjemahkan kembali dalam dunia realiti kontemporari.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

Leave A Reply