Sebelum bongkah ais (aisberg), bot penyelamat dan  tenggelam, di kapal Titanic terdapat makan malam. Tambahan pula, pasti mendebarkan lagi apabila anda mengetahui makanan yang anda makan adalah makanan terakhir anda sebagai seorang penumpang di kapal Titanic!

Pada malam 14 April 1912, penumpang kelas pertama yang menaiki Titanic duduk makan bersama 10 hidangan mewah. Didalam menu tersebut terdapat tiram, filet mignon (hirisan daging), Salmon rebus, kambing bersama sos pudina,

Punch Romaine (sejenis pencuci mulut seperti aiskrim dicampur rum).

Menu Penumpang Kelas Ketiga -Sarapan:

Sesiapa yang tinggal dibahagian paling bawah diatas kapal tersebut tidak dengan mudahnya diberi makan seperti golongan kaya. Walaubagaimanapun, terdapat makanan yang layak diletakkan bersama (Titanic merupakan kapal perentas laut yang mewah) Untuk memulakan hari, sesuatu yang ringan seperti bubur oat, daging khinzir dan telur, roti segar dan mentega (atau marmalade), Roti Swedish, teh dan kopi untuk diminum.

Menu Penumpang Kelas Kedua -Sarapan:

Kontra dengan amalan pemakanan di kelas ketiga, dimana satu menu dihidangkan sepanjang hari yang mengandungi segala makanan dihidangkan, penumpang kelas kedua dan pertama mempunyai menu yang berbeza pada setiap kali mereka duduk. Untuk sarapan, mengikut menu 11 April, oat yang telah digulingkan atau distim (Rolled Oats), Bertih jagung dikeringkan yang direbus iaitu “boiled hominy” disediakan bersama dengan pelbagai pilihan yang termasuk ikan segar, “American dry hash au gratin”, sosej panggang dan kentang putar, daging khinzir panggang, telur goreng dan kentang goreng. Untuk roti pula, “Vienna rolls” (ataupun “Kaiser Rolls”) dan “Graham Rolls”, “Soda Scone” dan kek “Buckwheat” dengan sirap mapel ditawarkan, untuk menjimatkan, marmalade, “watercress”, kopi dan teh.

Menu Penumpang Kelas Pertama -Sarapan:

Selamat datang ke kelas pertama, dimana penumpang dapat menikmati makanan terbaik dari pelbagai pilihan, bukti dari menu yang terselamat

Pada April 11, pilihan termasuklah epal rebus, buah-buahan segar, prun rebus, Quaker (Nama jenama!) Oats, “Hominy” rebus, “Puffed Rice”  (bijiran yang kembung dibuat dari nasi), ikan hering segar, ikan “Finnan haddock”, salmon salai, kambing cincang (collops), sayur rebus, telur (digoreng, dipanggang tanpa kulit, direbus, dididihkan) telur dadar tomato untuk dipesan, stik sirloin dan potongan daging kambing, soda dan “scone” sultan (kek yang dibuat campuran barli, gandum, oat dengan soda penaik), daging sejuk, gulungan “Vienna dan Graham”, simpanan kismis hitam, madu Narbonne, marmalade Oxford serta “watercress” .

Kelas Ketiga – Makan malam

Pada penghujung hari, makan malam yang dihidangkan ke penumpang kelas pertama, dan pilihan menu lebih seperti kebanyakkan orang yang dihidangkan di kelas bawahan, “Gruel” (Sejenis bubur nipis dibuat dari bijiran-oat, gandum, nasi, didihkan didalam air  atau susu) adalah pilihan pada 14 April, bersama dengan keju dan biskut kabin.

Kelas Kedua – Makan malam

Mengikut menu pada 14 April, terdapat pelbagai pilihan menu makan malam yang lazat terdapat dikelas kedua. “Consommé” dan keledek adalah pemula hidangan, diikuti dengan ikan haddock dimasak dengan sos “sharp”, kari ayam dan nasi, kambing “musim bunga” atau “spring lamb” (kambing berusia 3-5 bulan) bersama sos pudina, ayam belanda panggang dan sos kranberi. Santapan seterusnya terdiri dari kacang hijau, lobak putih berpuri, nasi rebus, kentang rebus atau dididihkan, pencuci mulut dengan puding mempelam, puding wain, sandwich kelapa, ais-krim “American”, kacang berpelbagai (Assorted nuts), buah segar, keju, biskut dan kopi.

Kelas Pertama – Makan malam

Sudah tentu, tawaran terbaik disediakan disimpan kemudian untuk makan malam. Dalam kelas pertama, seseorang dijangkakan dihidangkan dengan hidangan paling terbaik, seperti satu yang ditemui pada menu 14 April. Ia termasuk “hors d’oeuvres”, tiram, consommé Olga, sup krim barli, salmon dengan sos “mousseline” dan timun, “filet mignons Lili”. sauté of chicken Lyonnais (ayam yang dimasak sehingga keemasan, diaduk bersama lada besar, tomato dan wain), sayuran “marrow farcie” (sumsum  sayur-sayuran bewarna hijau, berbentuk bujur labu musim panas yang berkait rapat dengan zucchini dari segi penampilan dan rasa), kambing dengan sos pudina, anak itik panggang dan sos sepal, hirisan daging, kentang château, kacang pea, lobak merah berkrim, nasi dididihkan,kentang baru yang direbus, asparagus sejuk, celery, puding Waldorf, buah pic dalam agar-agar “chartreuse”, “éclairs” coklat dan vanilla, dan aiskrim Perancis (berbanding dengan kepelbagaian makanan berunsur Amerika dihidangkan di kelas kedua).

Menu Kelas Ketiga – Sarapan, makan malam dan jamuan makan malam
Menu jamuan makan malam pada april 14, 1912 sebelum Titanic berlanggar
dengan aisberg pada 11:40 malam


Sumber Rujukan:

http://www.foxnews.com/food-drink/2016/03/07/last-meal-here-s-what-people-ate-aboard-titanic.html

http://www.npr.org/sections/thesalt/2012/04/13/150508849/dining-with-disaster-reviving-the-last-meal-on-the-titanic

http://food.ndtv.com/recipe-chicken-lyonnaise-106712


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan lepasan Diploma didalam bidang Senibina (Architecture) dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan dan bakal melanjutkan lagi pengajian senibina di Universiti Kebangsaan Malaysia (Insyallah). Bekerja disebuah syarikat melukis pelan buat masa ini. 5 Tahun pengalaman dengan Autocad dan 3D render, pernah menghasilkan karya model Titanic dari kotak yang telah menjadi perhatian pengunjung di Pertubuhan Akitek Malaysia pada 2017 (MAYAS Art Exhibition by Pertubuhan Akitek Malaysia). Hobi suka menulis mengenai teknologi kejuruteraan senibina, tenaga hijau dan sains , melukis dan membuat model pada masa lapang. Amat meminati sejarah peradaban Islam, ketamadunan Melayu dan Yunani

Leave A Reply