Di ibu kota London, England pada era 1930-an sangat sesak dan penuh dengan bangunan-bagunan tinggi seperti apartment dan rumah pangsa sehingga laman yang luas dan taman berumput hanya boleh dihitung jari!
Bagi keluarga yang mempunyai bayi, mereka mahukan bayi terdedah dengan persekitaran luar rumah, terutamanya menikmati ydara segar. Jadi, kaum ibu mencari jalan yang terbaik bagi memenuhi kehendak mereka.
Maka, wujudnya ciptaan yang dianggap inovasi yang mampu selesaikan masalah ibubapa pada waktu itu, iaitu sangkar bayi. Sangkar bayi itu sebenarnya sebuah sangkar dawai besi dengan keluasan 91 sentimeter lebar, 61 sentimeter tinggi dan 69 sentimeter panjang.
Sangkar ini kemudian dipasangkan diluar tingkap rumah yang mempunyai atap. Lepas tu, letakkan bayi dalam sangkar tersebut supaya bayi itu dapatkan cahaya matahari dan udara segar. Dalam sangkar inilah bayi bermain, merangkak, duduk, dan berbaring bersama tilam dan alat permainan yang disediakan dalam sangkar.
Kalau satu keluarga tinggal di tingkat paling atas, maka tinggilah sangkar bayi dipasang. Begitu banyak sangkar bayi dipasang luar tingkap apartment dan rumah pangsa dan bayi itu tidak sekali-kali takut dengan ketinggian!
Memang sangat seram tapi beginilah cara kaum ibu menjaga bayinya pada waktu itu. Kepercayaan kaum ibu tethadap udara segar diperlukan untu bayi bermula dari sebuah buku berjudul ‘The Care and Feeding of Children’ (1894) tulisan Dr. Luther Emmett Holt.
Menurut Holt, udara segar sebenarnya sangat diperlukan untuk membersihkan dan memperbaharui darah dan dapat mencegah dari terkena selsema.
Seorang lagi sarjana yang pernah dijaga dalam sangkar bayi bernama Dr. Benjamin Spock menyatakan bahasa udara sejuk mampu menjadikan pipi bayi semakin merah, selesa makan yang tinggi, dan penghadaman jadi lebih baik. Beliau ada tulis dalam bukunya berjudul ‘Baby and Child Care’ (1946).
Dari buku kedua-dua sarjana inilah ramai ibubapa gunakan sangkar bayi yang telah dipatenkan sejak tahun 1922. Lama-kelamaan, masyarakat dunia melihat penggunaan sangkar baik ada kelemahannya.
Kelemahan yang paling ketara ialah bayi akan disambar petir kerana sangkar yang diperbuat dari besi. Kedua, bayi berkemungkinan jatuh dari tingkat atas apabila sangkar bayi tidak dipasang dengan betul.
Maka, bermulanya Perang Dunia Kedua, terutamanya peristiwa Pertempuran Britain pada tahun 1940, penggunaan sangkar bayi semakin berkurang dan akhirnya telah dihentikan penghasilannya pada tahun pertengahan 1950-an.




No comments yet