Sandwich, itulah nama dan gelaran bagi seorang diplomat British yang pada awal karier hidupnya sebagai diplomat negara, berkahwin dan mempunyai pelbagai gelaran nama yang lainnya. Sandwich merupakan gelaran bangsawan yang mempunyai hubungkait dengan bandar Sandwich di England.

Kalau anak anda bertanya tiba-tiba soalan cepumas pada pagi hari yang murni dan tenang: “Oh ibu dan ayah, mengapakah sandwich ini dinamakan sandwich? Mengapa tidak dinamakan sandal ataupun sandbox?”

Anda mahu menjawab apa? Tidak mengapa, begini sejarah ringkasnya.

John Montagu yang lahir pada tahun 1718 ini mempunyai gejala yang teruk pada penghujung hidupnya iaitu berjudi. Beliau gemar berjudi apatah lagi permainan yang melibatkan kepingan-kepingan kad. Dia tidak akan terlepas satupun dalam permainan ini, wajib baginya.

Dalam setiap permainan yang disertainya, dia akan bermain tanpa henti sehinggakan dia sering terlupa untuk menjamah makanan. Untuk menyelesaikan kekusutan masalah terlupa makan setiap kali bermain judi, beliau akan membekalkan dirinya dengan dua keping roti bakar yang diselitkan dengan potongan daging lembu. Yeah, makanan padat yang mudah dimakan dan kenyang.

Makanan yang pada asalnya disediakan untuk dirinya sendiri, akhirnya lama-kelamaan ditiru dan dijamah oleh para penjudi sehinggakan ‘makanan untuk Sandwich’ bertukar menjadi nama ‘sandwich’. Edward Gibbon bertanggungjawab menamakan makanan ‘compact’ ini.

Ada pelbagai versi dalam asal-usul pembuatan sandwich ini. Versi pertama menyatakan yang John menginspirasikan sandwich dari masyarakat Eropah timur dan Mediterranean. Di sana, masyarakatnya menggunakan roti pita atau naan untuk mengisi kepingan daging dan sayuran.

Versi kedua, makanan seumpama sandwich sudah lama dijamah oleh masyarakat Yunani, Arab, India dan Mexico (taco) melalui beberapa catatan lama makanan-makanan yang dihidangkan dari keempat bangsa utama tersebut.

Tetapi, sehingga kini, makanan ringan dan mudah dijamah ini terkenal di seluruh dunia sebagai pendamping manusia dalam hidangan sarapan, makan malam atapun snek ringan di majlis keramaian.

Siapa sangka, makanan yang diminati ramai ini berasal daripada nama keturunan bangsawan dan hasil idea dari seorang penjudi berat?

Akhir kalam, ingat sandwich, maka ingatlah John Montago, Si Penjudi British.

RUJUKAN:

1. Foods that Changed History: How Foods Shaped Civilization from the Ancient World to the Present oleh Christopher Martin Cumo.

2. A History of Food in 100 Recipes oleh William Sitwell.

3. The Story of the Sandwich, History Channel, 2014 oleh Stephanie Butler.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.