Star W4rs dan Darth Vader tidak boleh dipisahkan bak irama dan lagu. Tanyalah kepada mana-mana peminat francais terbitan Lucasfilm itu tentang watak ikonik pilihan mereka, pasti ramai akan menyebut sama ada Yoda, Obi-Wan Kenobi, Luke Skywalker dan Vader. Tetapi tidak ramai tahu inspirasi di sebalik figura bekas Jedi ini diinspirasikan daripada seorang tokoh Jepun terkenal bernama Date Masamune.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Mungkin ada merasa aneh mengapa daimyo yang pernah memerintah wilayah Tohoku itu menjadi inspirasi kepada Vader. Tak perlu melihat jauh, amati sut perisai yang pernah digunakan beliau dalam siri pertem_puran pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17. Sekali pandang, hampir sama dengan kostum Vader yang digunakan dalam siri filem Star W4rs, kan?

Rajah 1: Sut perisai Date Masamune. Sumber: Muzium Bandaraya Sendai

Dilahirkan pada tahun 1576, beliau merupakan putera sulung Date Terumune. Date Masamune sudah terlibat dalam pertem_puran apabila turun berlawan dalam kempen menentang puak Soma pada usia 14 tahun. Apabila berusia 17 tahun, Terumune memilih bersara sebagai daimyo dengan peranan itu kini diisi oleh putera sulungnya itu.

Masamune amat menonjol dalam kalangan para daimyo ketika itu disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, reputasinya sebagai pahlawan lebih-lebih lagi dengan memakai topi perisai bermotifkan bulan sabit. Kedua, Masamune hanya mempunyai satu mata di bahagian kiri.

Wujud pelbagai teori di sebalik kehilangan separuh daripada penglihatannya. Semasa kecil, Masamune pernah jatuh sakit akibat dijangkiti cacar hingga menjejaskan mata kanannya. Selepas mendengar nasihat pembesar-pembesar lain agar mata bermasalah itu dibuang, perbuatan tersebut dilakukannya atau oleh samurai Katakura Kagetsuna mengikut versi kisah lain. Atas sebab itulah, mereka menggelarnya Naga Mata Satu dari Oshu.

Ketiga, kegigihannya memburu pengkhianat. Pada satu ketika, seorang pembesarnya bernama Ouchi Sadatsuna memilih berpaling tadah kepada puak Ashina yang berpangkalan di wilayah Aizu. Berang dengan pengkhianatan tersebut, Masamune segera menye_rang dan menakluk wilayah-wilayah milik mereka termasuk wilayah milik keluarga Sadatsuna di Dewa dan Muksu.

Melihat kepada faktor-faktor ini, tidak hairanlah mengapa George Lucas menjadikan daimyo Tohoku itu sebagai asas kepada figura Sith yang diger_uni ramai. Selain itu, ada satu lagi persamaan mereka iaitu kedua-duanya bertindak terburu-buru dalam mengejar matlamat mereka.

Pada tahun 1585, salah seorang sekutu puak Ashina iaitu Nihonmatsu Yoshitsugu memilih menyerah kalah daripada menentang angkatan Masamune. Tetapi bagi memastikan bekas sekutunya itu tidak menjadi duri dalam daging kepadanya, beliau mahukan sebahagian besar wilayah Nihonmatsu diserahkan kepada puak Date.

Enggan tunduk kepada permintaan Masamune, Yoshitsugu mengarahkan sekumpulan ten_teranya mencu_lik Terumune di Istana Miyamori. Sedar tuan mereka telah dibawa lari angkatan Nihonmatsu, pasukan Date segera mengejar. Terumune mengarahkan mereka mema_nah kumpulan pencu_lik untuk mengelak mereka lari. Bagaimanapun, salah satu anak pa_nah terkena beliau dan Yoshitsugu sekaligus mengakibatkan kedua-duanya meninggal dunia pada 1585.

Berang dengan tindakan Nihonmatsu, Masamune meningkatkan kempen terhadap puak Ashina dan sekutu mereka sehinggalah mereka tunduk dengan kekuasaannya. Dan bagi memastikan tiada siapa mencuba idea sebegini rupa, beliau mengarahkan semua ahli keluarga pencu_lik bapanya dibu_nuh. Perbuatan Masamune dilihat hampir sama dengan tindakan Anakin/Vader yang membu_nuh semua ahli Tusken Raiders selepas mencu_lik dan menjadi punca kema_tian ibunya, Shmi.

Kedua-duanya turut berkongsi persamaan dicurigai oleh tuan masing-masing. Seperti mana Vader yang sentiasa dicurigai oleh Maharaja Palpatine/Darth Sidious, nasib sama turut dialami oleh Masamune. Dalam kes beliau, dua shogun merasa curiga dengan kesetiaannya iaitu Toyotomi Hideyoshi dan Tokugawa Ieyasu.

Selepas pembu_nuhan Oda Nobunaga pada 1582, para daimyo bersaing menawarkan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berebut kuasa ketika itu. Dalam kes puak Date, kesetiaan diberi kepada Toyotomi oleh Terumune dan ia diteruskan oleh Masamune walaupun beliau agak keberatan melakukannya. Ini kerana Toyotomi ketika itu sudah bergelar shogun dan sesiapa yang menentangnya tahu perbuatan tersebut boleh memakan diri.

Walaupun kadang-kadang dikenakan tindakan keras oleh shogun kerana lewat membantu angkatannya termasuk di Odawara pada 1590,  itu langsung tidak melunturkan kesetiaan Masamune. Malah, beliau turut mengirim angkatan ten_tera diperlukan Toyotomi untuk menamatkan Pembero_ntakan Kunohe pada 1591 dan kempen Jepun di Semenanjung Korea dari 1592 hingga 1598.

Selepas pemergian Toyotomi pada 1598, perebutan kuasa sekaligus tercetus bagi merebut jawatan shogun. Masamune memilih menyatakan kesetiaan kepada Tokugawa Ieyasu selepas dinasihati orang kanannya, Kagetsuna. Selepas Ieyasu diangkat sebagai shogun pada 1603, beliau dianugerahkan kawasan Sendai sebagai kawasan pentadbirannya sebagai ganjaran membantu kempennya sebelum ini.

Begitupun, seperti Toyotomi, Ieyasu kadang-kadang meragui kesetiaan daimyo puak Date itu. Itu tidak menghalang beliau daripada membantu kempennya di Shiroishi dan Hasedo pada 1600. Malah, apabila Ieyasu berada di ambang ma_ut, Masamune berada di sisinya dan membacakan haiku mengandungi unsur Zen kepadanya.

Di sebalik kempen berda_rah dalam meluaskan kekuasaannya, beliau turut dilihat sebagai pemerintah berwawasan. Tohoku makmur semasa pemerintahannya kerana mengutamakan aktiviti perdagangan dan mengadakan hubungan dengan negara luar termasuk dengan Vatican di Rom. Bagaimanapun, hubungan ini lebih  kepada cara mendapatkan teknologi terkini dari negara asing seperti dilakukan oleh daimyo-daimyo lain termasuk Nobunaga.

Bagi membolehkan hubungan luar terjalin, Masamune mengarahkan sebuah kapal penjelajahan jenis geliung atau nanban-sen dibina. Kapal Date Maru atau San Juan Bautista dibina pada tahun 1613 dan mula berlayar ke luar Jepun pada Oktober tahun sama. Kapal ini turut mendapat sentuhan dua orang Sepanyol iaitu mubaligh Luis Setelo dan diplomat Kapten Sebastian Vizcaino.

Rajah 2: Replika kapal Date Maru/San Juan Bautista

Rombongan seramai 180 orang itu diketuai oleh salah seorang orang kepercayaannya, Hasekura Tsunenaga. Rombongan Masamune ini pernah singgah di Filipina, Mexico, Sepanyol dan Rom. Malah, lima daripadanya memilih kekal di Eropah selepas Ieyasu melaksanakan perintah pengharaman agama Kristian di Jepun pada 1614. Hari ini, 600 orang keturunan mereka dengan nama keluarga Japon (Jepun) kini menetap di Sepanyol.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Melihat kepada hubungan luar ini, ini turut menjelaskan mengapa Masamune tidak keberatan membenarkan agama Kristian disebarkan di Tohoku. Walaupun terpaksa akur dengan perintah Ieyasu untuk memburu penganut Kristian, itu langsung tidak memadamkan sifat toleransinya terhadap mereka. Malah, wujud dakwaan salah seorang anak Masamune ialah seorang Kristian tetapi tidak diketahui sama ada ia sahih atau tidak.

Beliau kembali menemui Penciptanya pada 27 Jun 1636. Melihat kepada sejarah hidup dan legasi yang ditinggalkan, tidak hairanlah mengapa Lucas melihat ia amat sesuai sebagai inspirasi Darth Vader.

RUJUKAN:

Carlo, T. (2021). Star Wars: The Real, Blo_odthirsty Samurai Who Inspired Darth Vader. CBR.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.