Kita mungkin pernah terdengar ungkapan P. Ramlee yang berbunyi “Seni aku bukan untuk wang, seni aku untuk masyarakat”. Melalui ungkapan P. Ramlee itu, kita dapat simpulkan bahawa sumbangan beliau terhadap masyarakat melalui filem-filemnya itu dilakukan dengan penuh keikhlasan. Dari keikhlasan itulah yang membuatkan filem-filem beliau masih relevan hingga ke hari ini. Namun apabila arus pemodenan terus menjengah dunia tanpa hanti, karya-karya beliau acapkali diinjak-injak dan dihina oleh segelintir puak-puak yang tidak mempunyai erti kemanusiaan.

Tidak berapa lama dahulu, terdapat beberapa artis yang sering mengubah atau lebih tepat lagi menjahanamkan lagu-lagu P. Ramlee. Jika kita lihat di laman YouTube, banyak lagu-lagu beliau diubah mengikut rentak rock, rap dan sebagainya. Pada saya, pencabulan terhadap karya beliau ini agak keterlaluan. Hal ini kerana jika diubah segala rentak dan lagu P. Ramlee, maka ia bukanlah bersifat lagu P. Ramlee, tapi lagu yang hanya menurut nafsu serakahnya sendiri.

Antara resipi mengapa lagu P. Ramlee masih relevan kerana ilham lagu tersebut datangnya daripada hatinya yang suci, sebaliknya kebanyakan lagu kini hanya bersandarkan kepada akal yang tiada isi ilmu. Misalnya, lagu lagu beliau seperti Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Jeritan Batinku dan Menceceh Bujang Lapok masih lagi menjadi siulan dari golongan tua hinggalah ke golongan anak anak kecil. Ini membuktikan lagu-lagu beliau masih relevan dan malar segar hingga ke hari ini.

Selain itu, ada juga segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan segala hasil kerja P. Ramlee bagi tujuan kepetingan peribadi. Mereka menjual nama P.Ramlee tanpa mendapat restu dari waris warisnya yang ada. Malah bukan P.Ramlee sahaja terkena tempiasnya, beberapa seniman lain turut mendapat nasib yang serupa.  Ini satu lagi pencabulan karya P.Ramlee. Sudahlah menggunakan subjek P. Ramlee sebagai modal, royalti satu sen pun tidak dibayar.

Saya juga pernah berkesempatan menonton persembahan teater yang berlangsung di sebuah pusat pengajian tinggi di Selangor. Teater tersebut berjudul “Bujang Lapok”. Tetapi isinya cukup mengecewakan. Di dalam pementasan tersebut, segala babak yang terdapat di dalam filem Bujang Lapok dimodenkan mengikut acuan moden dan bukan mengikut cerita asal. Misalnya, bagaimana di dalam filem Bujang Lapok terdapat babak “Pak Maon” dan lagu “Malam Pesta Muda Mudi”? Hakikatnya, lagu  Malam Pesta Muda Mudi dan watak Pak Maon terdapat di dalam filem Nasib Do Re Mi di mana filem tersebut ditayangkan 10 tahun selepas Bujang Lapok ditayangkan? Saya sendiri hairan kerana ketika Bujang Lapok ditayangkan, rentak pop yeh yeh belum pun wujud. Apakah pihak terbabit tidak merujuk kepada pakar-pakar pengkaji filem melayu klasik?

Apakah pihak ini tidak menyedari bahawa waris P. Ramlee kini hidup mereka tidaklah terlalu senang. Mereka sanggup menjual nama Seniman Agung ini tanpa memberi bayaran saguhati ataupun royalti kepada waris beliau. Sekurang-kurangnya ziarahilah waris-waris beliau yang masih ada atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan. Mereka tidaklah berkehendakan sangat akan wang ringgit namun keprihatinan itu lebih bermakna untuk mereka meneruskan kehidupan.

Kesimpulannya, kita perlu mempunyai kesedaran akan karya-karya emas Seniman Agung ini. Karya beliau bukanlah boleh dibuat main dan diubah-ubah sesuka hati. Pihak tertinggi juga perlu mengambil peranan untuk menjaga khazanah negara ini. Misalnya mewartakan semua filem klasik sebagai hak milik negara sebagaimana wujudnya National Film Archieve di Amerika Syarikat dan National Phillipines Film Archieve di Filipina. Ini kerana, melalui karya beliau lah, industri perfileman tanah air mampu mencapai tahap yang tertinggi yang mana tidak mampu dicapai sehingga ke hari ini. Dalam pada masa yang sama, janganlah pula kita mengubah lagu atau menggantikan wajah beliau dengan orang yang tidak sepatutnya. Hal ini kerana keaslian terhadap sesebuah karya itu akan hilang. Sudahlah keasliannya hilang, si penjual nama P. Ramlee itu menjaja namanya dengan ayat-ayat yang kononnya puitis tetapi ia hanyalah kosong semata-mata.

Sumber:

  • Kelab Filem Muzik Melayu Klasik
  • Ramlee: Erti Yang Sakti
  • Ramlee: The Brighting Star
  • Temubual bersama Datuk Seri Dr Ahmad Nawab.
  • Majalah Filem.
  • Utusan Filem.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.