Baru-baru ini ramai mendakwa terlihat hujan meteor merentasi langit Sarawak. Tak lama selepas peristiwa tersebut, pihak Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyatakan itu merupakan serpihan Long March B5 milik China. Situasi ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah terlalu banyak kejadian sedemikian rupa terjadi.
Paling teruk sekali adalah pada 2019, serpihan pelancaran satelit Beidou-3 M21 dan Beidou-3 M22 telah jatuh di kawasan bandar sehingga memusnahkan rumah penduduk. China agak bernasib baik kerana serpihan itu telah jatuh ke dalam wilayahnya sendiri. Kalau jatuh di negara lain, mungkin bakal menjadi isu panas di peringkat antarabangsa.
Persoalannya kenapa China suka buang sampah angkasa ke negara?
Sebelum ini kalau nak tahu lebih banyak tentang China, boleh baca KITAB TAMADUN CHINA. Kami jamin anda tidak akan rugi dan makin bertambah kagum. Boleh di Shopee: https://shopee.com.my/Kitab-Tamadun-Cina-Ayman-Rashdan-Wong-i.238336777.21315812272
Jawapannya adalah China seringkali membiarkan sampah angkasanya terbuang ke bumi tanpa kawalan. Malah China juga agak kedekut untuk berkongsi ramalan lokasi sampah angkasa itu akan jatuh. Tindakan ini sekaligus sangat menggusarkan masyarakat dunia kerana berpotensi untuk jatuh di kawasan bandar-bandar besar.
China seharusnya bertindak seperti negara lain yang akan memastikan sampah angkasa mereka jatuh betul-betul di Point Nemo. Buat pengetahuan semua Point Nemo merupakan sebuah kawasan yang sangat terpencil di Lautan Pasifik. Kawasan ini telah dijadikan sebagai tempat perkuburan objek-objek angkasa sejak sekian lama.
Dengan jarak 2688 kilometer daripada daratan terdekat, Point Nemo telah dikenalpasti sebagai kawasan paling selamat untuk sampah angkasa menjatuhkan diri. Malah manusia biasa pun susah nak sampai ke sini kerana perlu menempuh perjalanan lebih daripada dua minggu menggunakan bot daripada daratan terdekat.
Ditambah pula, tidak banyak haiwan laut yang dapat hidup di sekitar kawasan Point Nemo. Ini kerana Point Nemo terletak di kawasan arus laut berputar di tengah-tengah Southern Pacific Gyre. Jadi kawasan ini tidak akan menjadi pilihan untuk haiwan laut meneruskan hidup dengan aman dan selesa. Kalau ada pun hanya bakteria dan ketam kecil sahaja. Bermakna sampah angkasa yang jatuh ke Point Nemo memberikan kesan yang minimum terhadap kehidupan.
Walau bagaimanapun, ironinya China didakwa telah menghasilkan satu alat pemusnah sampah angkasa. Alat itu dikatakan akan memusnahkan objek-objek angkasa untuk dibuang ke bumi atau lebih tepat lagi ke Point Nemo. Hal ini sekali lagi menjadi kebimbangan ramai kerana dikhuatiri objek-objek angkasa akan jatuh di kawasan ramai penduduk.
Dah lah China ini sampah angkasa sendiri pun susah nak settle bagi jatuh ke tempat yang sepatutnya. Sekarang pula memandai-mandai nak tolong bersihkan sampah angkasa negara lain. Bukan itu sahaja, China juga dikatakan telah bekerjasama dengan Rusia untuk menghasilkan alat sedemikian rupa.
Namun sehingga ke hari ini, China tidak pernah mengesahkan dakwaan tersebut dan beranggapan itu adalah omong kosong sahaja. Apa-apapun tindakan China membuang sampah angkasa ke negara merupakan satu kelakuan yang agak berbahaya. Kalau tak mampu buang dekat tempat yang betul pun paling kongsilah kawasan mana sampah angkasa itu akan terhempas.
Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF
RUJUKAN:
DW. (n.d). Chinese ‘space cleaner’ spotted grabbing and throwing away old satellite. Dipetik daripada https://www.dw.com/en/chinese-space-cleaner-spotted-grabbing-and-throwing-away-old-satellite/a-60658574
Mulko, M. (2022, Jun 18). Point Nemo: facts about the Earth’s farthest point from land. Interesting Engineering. Dipetik daripada https://interestingengineering.com/science/point-nemo-farthest-point-land
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih