WrestleMania XL menyaksikan Sami Zayn, seorang penggusti Muslim berketurunan Syria-Kanada merangkul takhta Intercontinental Champions menamatkan dominasi Gunther selama 666 hari.

Tapi korang sedar tak yang Sami Zayn dah banyak bawa perubahan terutamanya terhadap pandangan umum Islam di Amerika?

Arena gusti profesional tak berapa mesra kepada muslim pada awalnya. Mesti ramai yang ingat dengan karakter The Iron Sheik dan Muhammad Hassan.

Tapi karakter-karakter ni bagi persepsi buruk kepada Islam secara umumnya. Watak mereka terlalu anti-Amerika membuatkan mereka sangat dibenci peminat.

Dengan kehadiran penggusti Muslim seperti Sami Zayn, Mustafa Ali dan Mansoor di arena WWE, persepsi Islam juga berubah menjadi lebih baik.

Sami Zayn atau nama asalnya Rami Sebei bermula sebagai penggusti kecil-kecilan dalam scene independen. Sami bergusti dengan memakai topeng dan guna nama “El Generico”.

Dari independen juga beliau berkawan rapat dengan Kevin Steen atau kita kenal dengan nama gelanggang Kevin Owens. Dari independen, mereka sertai Ring of Honor (ROH) dan akhirnya dipertemukan lagi di dalam arena WWE.

Tapi lepas Rami masuk WWE, beliau tanggalkan topengnya guna nama Sami Zayn. Dengan seluar ikoniknya yang dihiasi dengan tulisan Arab, Sami Zayn menjadi Juara NXT WWE.

Lama juga Sami bertahan di dalam WWE sebelum mencapai tahap yang beliau gapai hari ini. Sami dinaikkan pangkat ke “main roster” pada 2016.

Sami akhirnya memenangi gelaran WWE Raw Tag Team Championship dan WWE SmackDown Tag Team Championship setelah digandingkan dengan sahabat lamanya yang juga pernah digandingkan di dalam ROH, Kevin Owens.

Tahun 2020 menyaksikan Sami menang Intercontinental Championship buat kali pertama di dalam Elimination Chamber. Sami dibantu oleh Shinsuke Nakamura dan Cesaro untuk menang melawan gergasi Braun Strowman.

Namun disebabkan oleh COVID-19, gelaran beliau ditarik balik. Setelah beliau kembali, beliau berjaya mendapatkan semula kejuaraan beliau di dalam Clash of Champions.

Tapi akhirnya Sami hilang kejuaraannya setelah tewas kepada Ricochet yang akhirnya membawa ke jalan cerita yang lebih menarik dalam karier gusti Sami Zayn.

Dipendekkan cerita, setelah Sami terasa dirinya kurang mendapat perhatian di belakang tabir, beliau cuba-cuba untuk sertai The Bloodline yang dipimpin oleh Roman Reigns.

Jalan cerita The Bloodline bertambah unik dengan kehadiran Sami Zayn. Siap digelar “Honorary Uce” oleh Roman. Sami Zayn mengkhianati The Bloodline dan bergandingan semula dengan Kevin Owens.

Sami Zayn dan Kevin Owens berjaya tewaskan Jay dan Jimmy Uso untuk gelaran Undisputed Tag Team Championship di WrestleMania 39. Namun setelah tewas kepada The Judgment Day, gandingan Sami-Kevin dibubarkan.

Sami kembali bersaing untuk gelaran individu dan akhirnya, Sami berjaya menewaskan Gunther untuk menjulang gelaran Intercontinental Championship.

Kalau nak tahu, Sami banyak terlibat dengan kempen kemanusiaan seperti kempen Sami for Syria pada 2017. Hasil daripada kempen tersebut, Sami berjaya mewujudkan klinik bergerak di Syria yang membantu kanak-kanak Syria menerima bantuan perubatan yang sangat mereka perlukan.

Sami juga melancarkan kempen bersama Syrian American Medical Society bertujuan untuk membawa bantuan perubatan kepada rakyat Syria pada 2019.

Sami Zayn berjaya mengubah gambaran negatif umat Islam dalam arena gusti profesional yang sebelum ini menjadi stereotaip muslim sebagai watak jahat melalui kerja keras, karisma dan kehebatannya dalam gelanggang.

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply