Perubahan iklim mungkin kedengaran rumit. Tetapi asasnya sangat mudah untuk difahami. Kalangan marhaen yang baru berjinak-jinak pun boleh faham prosesnya dengan cepat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya – apa yang penting sangat sampai kena faham tentang perubahan iklim? Soalan ini akan dijawab tetapi sebelum itu, mesti kena faham pasal kejadiannya dulu.

Ada sesiapa yang belum mendapatkan koleksi buku daripada Ayman? Kalau masih ada yang belum, jom rebut peluang ini sekarang! Klilk: shopee.com.my/thepatriotsasia

Demikian hari ada yang bising katanya dunia menghampiri kiamat. Alasan? Salji turun di Arab Saudi. Sedar atau tidak, baru-baru ini salji turun di Gurun Sahara? Jangan terkejut kerisauan.

Ini memang normal, yakni suatu fenomena semulajadi yang bersifat “sekali sekala”. Turunnya salji di zon panas seperti Gurun Sahara tidak bercanggahan dengan fitrah alami. Dari segi saintifik, proses kejadian salji mengambil kira dua perkara: 1) suhu sejuk dan 2) udara lembap.

Keputihan di permukaan perang.

Suhu sejuk saja tidak cukup. Udara lembap saja pun tidak cukup. Kena ada kedua-dua perkara ini yang berlaku secara serentak. Kalau tidak, salji takkan turun.

Tetapi macam mana Gurun Sahara boleh lembap dan sejuk? Padahal keadaan di sana serba panas, dengan pasir gurun dibakar suhu 50°C. Macam tidak logik. Apakah perubahan iklim akan “mensaljikan” padang pasir? Tidak sama sekali.

Pertama sekali, suhu 50°C adalah pada waktu tengahari ketika darat terdedah habis pada amarah Matahari. Tiada awan. Tiada pokok.

Memang mata bertentang mata sampai hati berkocak dan peluh mencurah. Gurun Sahara pula terbentang dengan keluasan 9.2 kilometer persegi, yakni sama saiz dengan Amerika Syarikat atau China misalnya.

Takkanlah sebuah gurun digelar “gurun terbesar dunia”, kalau saiznya kecil molek macam Pahang (rakyat Malaysia mungkin ingat saya bangang abadi sebab kata Pahang kecil… kecillah kalau banding dengan China).

Cuaca sebuah zon besar sebenarnya sangat rambang dan tidak sekata. Kalau tengok Amerika Syarikat, cuaca negeri Texas tidak sama dengan cuaca negeri Washington. Zon masa (timezone) pun berlainan. Itulah sebab kenapa Algeria boleh digigit suhu -14°C, padahal daratannya bergurun pasir (Knight, 2022).

Proses Kejadian Salji

Semua pasti pernah belajar tentang kitaran angin antara darat dan laut. Kena faham kitaran angin balik kalau ingin faham tentang salji di Sahara. Hukumnya mudah. Angin beredar sana sini, membawa udara lembap ke arah bahagian utara Sahara.

Udara lembap ini berasal daripada Lautan Atlantik dan Lautan Mediterranean. Jadi udara lembap mula terkumpul di bahagian utara… bertemu dengan suhu sejuk di kawasan Pergunungan Atlas di Algeria dan Morocco.

Setelah sekian lama panas.

Udara lembap bertemu suhu sejuk, menyebabkan gas bertukar menjadi pepejal iaitu ais berkristal. Kristal-kristal ini turun dalam bentuk empingan sampai jadi litupan salji di bumi.

Pada hari sejuk, salji menebal dan takkan cair sampailah terkena panas. Apabila terang begini, mesti takkan fikir pasal “dunia akan kiamat”. Fenomenanya macam hujan semata-mata.

Kristal ais.

Jadi apa kejadahnya cakap pasal perubahan iklim bagai? Turunnya salji di Gurun Sahara adalah suatu kelainan. Pertama sekali, Gurun Sahara selalu digambarkan sebagai dataran panas (oleh teknologi pemantauan cuaca).

Jadi model iklim buat masa sekarang sangatlah terhad untuk kenal pasti kesannya. Cuma sejak kebelakangan ini, salji sebenarnya kerap turun di Sahara… menimbulkan kerisauan tentang kebolehan penduduk tempatan untuk beradaptasi dengan suasana ini.

Ada sesiapa yang belum mendapatkan koleksi buku daripada Ayman? Kalau masih ada yang belum, jom rebut peluang ini sekarang! Klilk: shopee.com.my/thepatriotsasia

Penduduk pekan Ain Sefra berkata ini kali pertama salji turun di tempat mereka (BBC, 2022). Kali pertama sejak 1979. Cuba fikir sejenak, apa akan terjadi pada tanaman-tanaman dalam kampung tersebut?

Sekarang rujuk balik dengan keadaan Malaysia. Perubahan iklim tidak “reset” cuaca negara tropika jadi empat musim. Sebaliknya cuaca sedia ada bertambah ekstrim: panas bertambah panas, hujan bertambah hujan. Tanya pada diri sendiri – cuaca di Malaysia semakin menjadi-jadi, bukan? Itulah jawapan kepada soalan kenapa penting untuk belajar pasal perubahan iklim.

RUJUKAN:

BBC. (2022, Januari 19). In pictures: Snow falls in Algeria’s Sahara desert.

Knight, J. (2022, Januari 31). Snowfall in the Sahara desert: an unusual weather phenomenon. The Conversation.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply