Beberapa minggu selepas kejayaan Salahuddin membebaskan Baitul Maqdis, baginda membawa t3ntera-t3nteranya untuk menyer4ng Tyre. Tyre adalah kota yang paling ampuh di tanah Levant. Ditambah pula, setiap satu t3ntera salib yang terselamat dari terbunvh dalam kempen sebelum ini berhimpun di Tyre menjadikan jumlahnya sangat ramai di sana.
Ser4ngan Salahuddin di Tyre mendapat tentangan hebat daripada t3ntera-t3ntera salib yang diketuai oleh Marquis Conrat of Monferrat. Ser4ngan demi ser4ngan berjaya dipatahkan dan Salahuddin juga dinasihatkan untuk meninggalkan ser4ngan tersebut kerana t3nteranya sudah lelah dengan kempen yang berpanjangan dan duit perbendaharaan negara pun sudah hampir habis dengan kempen di musim sejuk tersebut.
Salahuddin akhirnya meninggalkan ser4ngan terhadap Tyre dan menyer4ng serta men4kluk beberapa Kota di utaranya untuk meningkatkan motivasi t3nteranya. Dalam kempen yang melelahkan itu, Salahuddin berjaya menduduki Latakia, Kawkab dan banyak lagi kubu-kubu t3ntera salib di utara Tyre. Kota T3ntera salib yang tinggal hanyalah di Tyre, Tripoli dan Antioch dan tiga kubu terpencil sahaja.
Namun begitu, sejarawan seperti Ibnu Athir mengkritik Salahuddin kerana baginda sering membenarkan t3ntera salib yang dikalahkan untuk berundur ke Tyre, serta mereka berkonspirasi mengatakan bahawa Salahuddin membantu pembinaan pertahanan di Tyre dan menghalang t3ntera salib daripada dibunvh oleh t3ntera Islam, walaupun ramai t3ntera Islam yang m4ti dalam pep3rangan di Tyre.
P3rang Salib Ketiga
Kempen-kempen Salahuddin di Baitul Maqdis telah mencetuskan gelombang p3rang salib yang ketiga. P3rang kali ini lebih memfokuskan ser4ngan di kota pelabuhan Acre, bermula dari tahun 1189, dua tahun selepas kejatuhan Jerusalem, t3ntera salib semakin ramai datang dengan kapal dari Sicily dan menyer4ng kota pelabuhan Acre. Ser4ngan diketuai oleh Guy of Lusignan yang dibebaskan pada tahun 1188 setelah dia berjanji tidak akan menyer4ng kota islam (tetapi dia mungkiri janji).
Ser4ngan semakin bertambah kuat, walaupun Salahuddin cuba untuk memintas dengan kapal Mesir, namun ia tidak dapat mematahkan gelombang t3ntera salib yang semakin ramai setiap hari. Dari darat pula, t3ntera Frederick Barbarossa, Raja suku Jerman berarak bersama lebih 200,000 t3ntera Jerman untuk menyer4ng Baitulmaqdis.
Keadaan ini menyebabkan Salahuddin terpaksa memfokuskan kepada ser4ngan di utara ini. Namun, baginda dan t3ntera islam terselamat daripada bencana ini apabila rajanya, Frederick Barbarossa m4ngkat secara tiba-tiba diser4ng sakit jantung dan semua t3ntera Jerman pulang ke Eropah.
Keadaan sekatan dari laut juga bertambah hebat dengan kehadiran kapal-kapal Sicily yang sangat banyak, sehinggakan kapal untuk menghantar makanan kepada orang Islam perlu menyamar seperti orang Eropah dan meletakkan babi hidup di bahagian hadapan, semata-mata untuk kemandirian penduduk di sana.
Selepas ancaman daripada Jerman sirna, Salahuddin terus memberikan tumpuan penuh kepada Acre, walaupun t3ntera salib semakin ramai setiap hari. Pada tahun 1191, keadaan ser4ngan t3ntera salib semakin hebat dengan penglibatan Raja Philip Augustus, Raja Perancis dan Raja Richard The Lionheart, Raja Britain yang turut datang ke Acre bersama bala t3ntera masing-masing. Richard membuat pertemuan mata ke mata dengan Salahuddin, tetapi dia tidak berhasrat untuk membuat apa-apa perjanjian damai.
Dengan ketumbukan t3ntera yang sangat ramai dari serata Eropah dalam menyertai P3rang Salib Ketiga ini, akhirnya pada 11 Julai 1191, Richard the Lion Heart dan t3ntera salibnya berjaya memasuki Kota Acre. Walaupun Salahuddin menghantar utusan untuk memohon pembebasan semua t4wanan p3rang di Kota Acre, namun kesemua 2700 t3ntera Islam yang bertahan dalam Acre beserta lebih kurang 300 wanita dan kanak-kanak diikat dan dikumpulkan di tembok kota dan disembelih beramai-ramai sehingga teriakan berhenti kedengaran.
Selepas kejayaan di Acre, Richard The Lion Heart dan t3ntera-t3ntera salib bergerak ke arah Selatan Acre dan menguasai kawasan pesisir pantai Palestin. Salahuddin pula bertekad untuk menghalang perarakan t3ntera salib ke Baitul Maqdis. Kejatuhan semula Baitul Maqdis pasti akan mencorengkan arang ke mukanya dan suatu bencana besar kepada umat islam.
Sebelum Richard tiba di Jaffa, mereka dikepung oleh t3ntera Islam di Arsuf dalam taktik p3rang gerila. Namun begitu, selepas dikepung oleh t3ntera Salahuddin, t3ntera salib dari Kesatria Hospitaller dan Templar berjaya mematahkan ser4ngan t3ntera islam dan menyebabkan Salahuddin kehilangan lebih kurang 7 ribu t3ntera manakala lebih kurang 700 t3ntera salib terkorban.
Selepas p3rang yang sangat dahsyat di Arsuf, Richard cuba untuk membuat perjanjian damai dengan Salahuddin iaitu melalui perkahwinan. Richard mencadangkan perkahwinan antara Al-Adil, adik Salahuddin dengan Joan of England, adiknya.
Dalam perjanjian tersebut, Salahuddin akan memberikan wilayah pantai Palestin kepada Al-Adil dan Monumen True Cross yang diambil semasa pertempuran Hattin dipulangkan. Perjanjian hampir termeterai dan keamanan hampir tercapai, namun ia tidak berjaya kerana Joan of England membantah dan kembali ke Eropah kerana tidak mahu berkahwin dengan orang Islam.
Seterusnya, Richard the Lion Heart merampas Kota pelabuhan Jaffa dan lebih bersedia untuk menkluki Baitul Maqdis dengan membina kubu utamanya di Jaffa. Richard menawan Askalon dan seterusnya pada November 1191, mereka berarak ke arah Baitul Maqdis, dan menyambut Krismas di Latrun, Kubu t3ntera salib yang terletak kira-kira 11 batu dari Baitul Maqdis.
Richard menyeru Conrad untuk menyertainya dalam kempen ke atas Salahuddin tetapi dia menolak. Conrad juga berpakat dengan Salahuddin kerana dia takut Richard akan mengambil alih takhtanya di Jerusalem. Tidak lama kemudian, Richard perlu mengakui Conrad sebagai Raja Jerusalem yang baharu dan Guy of Lusignan tidak mendapat apa-apa undian. Namun, malang nasib Conrad kerana dia dibunvh oleh Hashashin sebelum sempat ditabalkan menjadi Raja Jerusalem yang baharu.
Richard mendapat gelaran The Lion Heart selepas kemenangannya dalam kempen-kempen ket3nteraan sepanjang Pantai Palestin. Baginda jatuh sakit dan Salahuddin sendiri yang datang merawat dengan menyamar sebagai doktor.
Namun begitu, baginda terpaksa melupakan hasratnya untuk men4kluki Jerusalem kerana terpaksa bergegas pulang ke London. Hal ini kerana baginda mendapat perkhabaran bahawa John of England, adiknya sendiri mahu merampas takhta England daripadanya melalui komplot dengan Raja Philip dari Perancis.
Selepas Richard kembali ke England, Salahuddin berjaya mengambil semula Jaffa dan baginda tidak sempat mengekang amir-amirnya dari membunvh dan menawan penduduk di sana, berkemungkinan marah dengan pembunvhan besar-besaran di Acre. Richard yang mendapat berita kejatuhan kota Jaffa bergegas kembali ke Palestin dan menyer4ng kedudukan t3ntera Islam di Jaffa dengan kapalnya lalu berjaya merebut kembali kota tersebut serta membebaskan t4wanan yang dit4wan oleh t3ntera Islam.
Pada musim bunga 1192, Richard menguatkan kubu pertahanan Askalon. Baginda berhasrat untuk menyer4ng Mesir pula dari tangan Salahuddin. Namun begitu, sejurus siap, Salahuddin meminta kubu Askalon dimusnahkan semula dengan perjanjian baharu. Pada mulanya, Richard tidak mahu mengikuti perjanjian tersebut dan mahu meneruskan perjuangannya.
Namun begitu, baginda sedar akan kekurangan di pihaknya. Baginda dituduh sebagai dalang dalam pembunvhan Conrad serta baginda sering gering dan kepercayaan kesatria-kesatria salib kepadanya berkurang kerana tidak menyer4ng Jerusalem.
Akhirnya, baginda menerima cadangan Salahuddin untuk kembali ke England dan memberikan Askalon kepada Salahuddin. Dalam masa yang sama, Jaffa hingga Tyre kekal sebagai Wilayah T3ntera Salib dan gencatan s3njata selama 5 tahun termeterai.
Tidak lama selepas Raja Richard The Lion Heart berangkat pulang, Salahuddin Al-Ayyubi jatuh gering. Baginda mangkat pada 4 Mac 1193 disebabkan demam yang berpanjangan di Damaskus, Syria dan dim4kamkan di Masjid Jamek Bani Umayyah Al-Kabir, masjid terbesar di Damaskus ketika itu. Semasa kem4ngkatan baginda, baginda hanya mempunyai satu dinar emas dan empat puluh dirham perak, selebihnya harta baginda telah disedekahkan kepada golongan fakir.
Baginda meninggalkan 17 orang putera dan seorang puteri di kawasan pemerintahan baginda yang sangat luas. Selepas kem4ngkatan baginda, berlakulah p3rang saudara dalam kalangan Ayyubiah. Hanya 3 orang sahaja putera baginda yang mewarisi takhta kerana yang lainnya masih terlalu kecil untuk memahami dunia.
Al-Afdal Nur Al-Din Ali (Al-Afdal), yang paling bijak dan handal dalam pep3rangan dipilih sebagai pewaris utama, memerintah dari Damaskus serta mewarisi Palestin dan Syria. Al-Aziz Imad Al-Din Abu Al-Fath Uthman (Al-Aziz) mewarisi Mesir dan Al-Zahir Ghiyath Al-Din Abu Mansur Ghazi (Al-Zahir) mewarisi pemerintahan sebagai Amir di Aleppo. Namun begitu, drama pemerintahan Keluarga Ayyubiah ini berterusan selepas penabalan tersebut.
RUJUKAN:
Amin Maalouf (2012). The Crvsades through Arab Eyes, London, Saqi Essentials.
Justin Marozzi (2014). Baghdad: City of Peace, City of Blood, London, Penguin Book Ltd.
Geoffrey Hindley (2007). Saladin, Hero of Islam, South Yorkshire, Pen & Sword Books Ltd
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih