Baru-baru ini kita dikejutkan dengan lagu Tiara nyanyian kumpulan Kris telah dinyanyikan dengan sangat buruk sekali oleh pemuda seberang. Lirik “Jika kau bertemu aku begini, berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi” yang sangat mendalam maksudnya telah dilelehkan oleh pemuda seberang. Hal ini sekaligus membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa tidak berpuas hati kerana lagu nostalgia itu telah dirosakkan begitu sahaja.
Persoalannya sekarang salah ke artis baru nak cover lagu lama ataupun kita ini terlalu tua untuk terima muzik anak muda?
Sebenarnya tak salah sebab situasi cover lagu orang lain ini sudah berlaku sejak awal perkembangan muzik di era moden. Buktinya pada era 1930an hingga 1940an, syarikat rakaman telah mengeluarkan lagu yang sama tetapi dinyanyikan oleh artis berbeza. Tindakan itu adalah hanya atas nama keuntungan semata-mata kerana lagu yang sama dinyanyikan dalam versi dan genre berbeza.
Memasuki era rock pula, aktiviti cover lagu lama semakin menjadi-jadi tetapi disampai dalam bentuk yang lebih segar. Sebagai contoh, pasti anda pernah mendengar lagu Tiada Lagi Kidungmu nyanyian kumpulan Lefthanded? Mungkin ramai beranggapan itu adalah lagu kepunyaan Lefthanded. Namun sebenarnya Lefthanded hanya menyanyikan semula lagu lama daripada Jack Marpaung.
Adakah aktiviti cover lagu lama dan orang lain berhenti setakat itu sahaja? Jawapannya tak kerana masuk sahaja zaman hip hop, aktiviti tersebut masih diteruskan tetapi di dalam bentuk sampling. Hal ini bagi memastikan pemuzik hip hop pada ketika itu tidak dikenakan sebarang denda kerana menyanyikan lagu orang lain tanpa izin.
Apabila orang ramai banyak terdedah menggunakan media sosial, aktiviti cover ataupun nyanyian semula lagu lama semakin berleluasa. Dengan hanya menggunakan beberapa alat muzik asas dan minus one, anda sudah boleh cover lagu orang lain lantas upload ke media sosial. Malah ada beberapa individu yang cover lagu orang lain dalam bentuk parodi dengan menukar lirik menjadi lebih kelakar. Kemuncaknya adalah syarikat-syarikat rakaman turut terpengaruh untuk cover lagu-lagu lama.
Syarikat rakaman hanya perlu merekrut artis baru (suam-suam kuku) untuk menyanyikan kembali lagu lama dengan sedikit pembaharuan. Hasilnya adalah syarikat rakaman akan memperolehi royalti jika lagu tersebut milik mereka. Artis baru ini pula hanya akan dikenali dalam masa yang singkat sahaja sebelum hilang dibawa arus. Senang cerita, syarikat rakaman gunakan populariti lagu-lagu lama untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Walau bagaimanapun, situasi ini akan bertukar menjadi kesalahan besar jika anda cover lagu orang lain tanpa meminta keizinan daripada pemilik lagu tersebut. Sebagai contoh jika anda cover lagu orang lain lantas upload di Youtube, mungkin segala hasil daripada video tersebut akan dapat ke pemilik asal lagu. Kalau masih mengulangi kesalahan yang sama, peluang untuk akaun anda di banned adalah sangat tinggi.
Masalahnya terlalu banyak orang yang cover lagu-lagu lama tanpa keizinan di sana. Youtube pula seseolah hanya tahu mendiamkan diri sahaja. Tindakan berdiam diri inilah yang pernah membuatkan Youtube disaman sebanyak $1 bilion oleh Viacom. Pihak Viacom mendakwa Youtube bersikap sambil lewa dengan membiarkan orang ramai cover lagu lama sesuka hati. Jadi apa yang Youtube boleh buat hanyalah membuat perjanjian dengan pemegang hak cipta untuk mereka dapat royalti setiap kali lagu mereka dimainkan di platform tersebut.
Dari aspek susunan muzik, cara nyanyian dan lain-lain, kita tidak boleh salahkan penyanyi baru kerana muzik itu bersifat universal. Semuanya terserah kepada mereka untuk menyampai lagu tersebut mengikut apa yang dimahukan. Cuma mungkin kita rasa agak kurang selesa dengan mereka kerana sudah terlalu lama terbuai dengan versi yang lama.
Apa-apapun, kita tidak boleh jadikan pemuda seberang sebagai penanda aras bahawa lagu cover semua buruk. Ini kerana masih ada lagi yang sedap seperti lagu-lagu dalam album Orang Timur nyanyian ACAB dan lagu Sentuhan nyanyi Radhi OAG. Kedua-duanya adalah definisi sebenar lagu cover yang sedap untuk didengar.
RUJUKAN:
Master Class. (2022, Mac 4). What is a cover song? A brief history of cover songs. Dipetik daripada https://www.masterclass.com/articles/cover-song-music-guide#what-is-a-cover-song
McKinnon, J. (2021, Februari 17). Are cover songs an act of infringement? Kass. Dipetik daripada https://www.kass.com.my/articles/are-cover-songs-an-act-of-infringement/
Wilson, C. (2018, Oktober 18). Is the cover making a recovery? Slate. Dipetik daripada https://slate.com/culture/2018/10/cover-song-history-future-weezer-toto-africa.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih