Rambut merupakan perhiasan. Bukan sahaja bagi para wanita, tapi buat para budiman juga. Rambut yang sihat dan terurus akan menggambarkan kekemasan seseorang. Aspek kesihatan rambut ini pastinya datang daripada aspek bagaimana kita menguruskan rambut kita. Sebagaimana tubuh badan kita, rambut juga perlu kepada aspek dibersihkan. Perlu dicuci.
Kalau tubuh badan kita dibersihkan dengan sabun untuk mengilangkan bakteria dan menambah elemen bau yang harum, rambut pula dicuci dan dibersihkan dengan syampu. Apa akan terjadi kalau kita mandi tiada syampu? Bagi sesetengah orang, ia barangkali tiada masalah terutamanya bagi mereka yang berkepala botak licin.
Namun, bagi sesetengah mereka yang mempunyai masalah rambut atau rambut cepat berbau penggunaan syampu adalah sama penting dengan penggunaan sabun. Namun, tahukah kita siapa orang yang memperkenalkan syampu kepada dunia?
Beliau adalah seorang muslim dari Benggali, Sake Dean Mahomed. Dilahirkan di Pana, India. Dia adalah orang yang bertanggungjawab membawa syampu ke Eropah buat pertama kalinya pada tahun 1784.
Ia adalah perpindahan pertama Dean Mahomet ke Cork, Republik Ireland. Namun, ada sejarawan yang berpandangan bahawa beliau telah memperkenalkan syampu kepada Eropah lebih awal iaitu sekitar tahun 1759. Perpindahan ini telah membawa kepada pengenalan syampu buat pertama kalinya di Eropah.
Menurut ahli sejarah, perkataan syampu muncul buat pertama kalinya di Eropah pada tahun 1762. Ia adalah perkataan yang muncul dalam bahasa Inggeris pada ketika itu. Perkataan ini merupakan pinjaman dari rumpun bahasa Anglo-Indian “shampoo” yang juga diserap dari bahasa Hindi “champo” yang ertinya mengurut, melenturkan otot.
Seteah beberapa tahun Mahomed berpindah kembali ke Britain. Perpindahannya kali ini telah membawa kepada pengenalan syampu kepada Britain pula.
Sebelum itu, diceritakan bahawa Mahomed pernah bekerja di London bersama Basil Cochrane yang telah memasang mandian wap untuk kegunaan umum di rumahnya di Portman Square dan telah berperanan mempromosikan faedah perubatan mandian wap.
Pada perpindahan kali kedua ini, Mahomed telah memperkenalkan syampu dengan dibukanya “Mahomed’s Indian Vapor Baths” atau disebut sebagai “Mandian Wangi Gaya India Milik Mohamed” di kawasan pelabuhan Britain pada tahun 1814.
Tempat mandi yang telah digagaskan oleh Mahomed ini ternyata mempunyai inisiatif yang lebih baik berbanding apa yang pernah ada pada tahun sebelumnya. Dikatakan ia mempunyai sedikit kemiripan dengan tempat mandi model Turki atau Turkish Baths yang mana ia menawarkan urutan terapi kulit kepala atau champi (mensyampu).
Perkara ini telah mendorong beliau mendapatkan ramai pelanggan pada tahun pertama pusat mandian ini ditubuhkan sehinggakan beliau kemudiannya dilantik pula sebagai “Pakar Khusus Mensyampu” bagi Raja George IV dan William IV.
Dikatakan oleh sebahagian sejarawan bahawa syampu ini dapatlah ditemui kata akarnya dalam bahasa Sanskrit daripada perkataan “champa” yang membawa konotasi pada tanaman Michelia Champaca yang sering digunakan untuk membuat ramuan minyak rambut tradisional.
Maka daripada fahaman ini yang dibawa oleh Mohamed, penggaya-penggaya rambut di Britain mula membuat syampu dengan cara merebus sabun buku dengan air mendidih yang dimasukkan dengan rempah untuk membuat rambut berkilau dan wangi. Teknologi ini berkembang dan akhirnya mendapat tempat yang tersendiri dalam peningkatan dan penyelesaian konflik kebersihan dan kesihatan masyarakat Eropah bagi beberapa tahun sebelumnya.
Ternyata Islam dan Muslim membawa pelbagai solusi dan kemudahan buat masyarakat keseluruhannya. Banyak lagi jasa dan sumbangan yang telah Islam dan Muslim sumbangkan hingga kepada sekecil aspek kebersihan pun turut ada sesuatu yang disumbangkan.
Ternyata Islam itu bukan lah hanya pada ritual semata namun tercakup hingga kepada segala aspek kehidupannya umumnya. Semoga kisah seorang Mahomed ini memberikan insprasi kepada lebih ramai muslim untuk tidak sekadar meromantikkan sejarah namun inspirasi untuk menjadi lebih kreatif dan terkehadapan menyelesaikan pelbagai isu dan konflik yang melanda umat manusia.
Fakhrul Islam,
Mahasiswa Jabatan Sejarah & Tamadun Islam,
Universiti Malaya
RUJUKAN:
Diyan Yulianto & M.S. Rohman (2011), Sumbangan Karya Sains Hebat Islam Abad Pertengahan, p.45-46
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih