Adalah menjadi satu lumrah  untuk kita sebagai manusia mempunyai naluri untuk mengelakkan diri dari haiwan berbisa seperti ular mahupun lipan. Jika anda pernah terkena sengatan mahupun patukan dari haiwan berbisa ini, sudah pasti situasi ini akan menyebabkan anda tidak keruan dan panik, kebanyakannya haiwan berbisa  seperti ular tedung  mampu menyebabkan maut jika gagal dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan didalam masa tertentu.

Namun, perkara ini tidak terjadi dengan seorang ahli herpetologi yang terkenal iaitu Karl P. Schmidt. Beliau bukanlah calang-calang orang, malahan beliau seorang pakar pengkaji ular, yang amat terkenal didalam bidangnya.

Tetapi, beliau mengambil keputusan untuk mengkaji lebih mendalam mengenai kesan-kesan negatif dari patukan bisa ular, namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila nyawanya diragut didalam usaha menjalankan ujikaji haiwan berbisa dan merelakan dirinya dipatuk spesis ular berbisa sehingga beliau merekodkan setiap simptom-simptom kesakitan akibat bisa tersebut hingga beliau menghampiri ajalnya.

Sewaktu beliau bekerja di Chicago’s Field Museum of Natural History pada 25 September 1957, beliau (Karl P. Schmidt) mendapat maklumat dari pihak muzium bahawa terdapat seseorang membeli ular kecil yang berukuran 30 inci dari Lincoln Park Zoo.  Pihak muzium meminta khidmat kepakaran Schimdt untuk mengenalpasti ular tersebut.

Dengan kepakaran yang dimiliki Schimdt, beliau mengenalpasti ular berbisa tersebut hanya dijumpai di kawsan Sub-Sahara di Afrika. Meskipun beliau mempunyai kepakaran mengenalpasti ular yang diberi itu adalah jenis “boomslang” iaitu seekor ular pokok yang bewarna hijau yang mempunyai bisa haemotoksik yang sangat kuat (yang mampu menyebabkan pembuluh darah mangsa pecah, sel darah merah hancur dan menggangu pembekuan darah serta merosakkan organ badan), beliau merekodkan cariannya didalam sebuah jurnal serta menyatakan di dalam tulisan buku tersebut, “anal plate was undivided” .

(Gambar rujukan) Ular “boomslang” yang amat berbisa yang meragut nyawa Karl P. Schmidt , menimbulkan persoalan kepadaKarl P. Schmidt sendiri mengenai ular tersebut sama ada ia benar-benar ular “boomslang” atau bukan, memandangkan lapisan penutup pada saluran najis ular tersebut yang tidak terbahagi. (Yang merupakan ciri-ciri yang abnormal bagi ular jenis “boomslang”)
(Gambar rujukan) Patukan Ular “boomslang” di ibujari sedalam 3 milimeter.

Seterusnya, tindakan yang dilakukan oleh Schimdt seterusnya ialah Schimdt terus meneliti ular tersebut tetapi lupa akan langkah-langkah keselamatan seperti memakai sarung tangan keselamatan. Beliau mengambil ular tersebut untuk pemerhatian lebih terperinci lalu membelek-belek akan ular yang eksotik ditemuinya itu sebelum ular tersebut secara tiba mematuk beliau pada ibu jari belah kiri dengan luka patukan sedalam dua hingga tiga milimeter.

Tindakan pantas Schmidt adalah dengan menghisap kawasan luka (dengan harapan bisa tersebut dapat dikeluarkan) namun tidak lama selepas itu beliau mula mengeluarkan jurnal dan merekodkan kesan bisa ular yang diselidikinya pada tubuhnya sendiri dan yakin bahawa bisa ular itu tidak merbahaya, kemudian beliau terus pulang menaiki keretapi menuju kerumahnya. Di dalam perjalanan tersebut beliau menulis:

25 September 1957

4:30 – 5:30 Petang, “Berasa loya yang kuat tetapi tiada muntah, sewaktu perjalanan menuju Homewood, mengambil keretapi di pinggir bandar.”

5:30 – 6:30 Petang, “Perasaan seram sejuk dan menggigil diikuti dengan demam dengan suhu badan 101.7 Fahrenheit (38.7 Darjah Celsius). Pendarahan pada membran mukus di mulut bermula sekitar 5:30 petang, ternyata berlaku di gusi.”

8:30 Malam, “Makan dua keping roti bakar”

9:00 Malam – 12:20 Tengah malam. “Dapat tidur dengan tenang. Kencing pada 12:20 tengah malam diikuti darah tetapi kuantiti yang sedikit. Minum air pada 4:30 pagi, diikuti rasa loya dan muntah yang banyak. Isi kandungan perut dari makan malam yang tidak terhadam. Rasa lebih elok dan tidur sehingga 6:30 pagi”

Malahan, selepas beliau bangun dari tidur dan meneruskan rutin harian pagi seperti biasa, beliau terus menikmati santapan pagi dan mencatit maklumat perubatan mengenai kesan patukan bisa ular tersebut kedalam jurnal beliau.

Sehingga kini, ramai yang berpendapat bahawa beliau berkemungkinan sudah menerima takdir bahawa bisa ular tersebut tiada penawar ketika itu kerana penawar bisa hanya ada di Afrika, atau sifat sebagai seorang doktor yang amat bersifat ingin tahu adalah tidak diketahui, namun tulisan terakhir didalam jurnalnya ialah.

26 September 1957, 6:30 Pagi

Suhu badan waktu pagi iaialh 98.2 Fahrenheit (36.7 Darjah Celsius)- “Menjamu selera dengan bijiran dan telur rebus diatas roti bakar dan sos epal serta kopi untuk sarapan. Tidak ada kencing yang tiada setitik darah pada setiap tiga jam. Mulut dan hidung terus berdarah, tetapi tidaklah banyak.”

Jurnal dan santapan terakhir

Selepas bangun pagi dengan kekerapan kencing berdarah yang banyak serta mual dan muntah, beliau berkeyakinan untuk meneruskan kerja dan menelefon pihak muzium untuk datang bekerja. Tidak mengambil beberapa ketika sebelum beliau berhenti menulis jurnal nya itu. Selepas makan petang pada 1:30 petang, beliau berpeluh, muntah, sesak nafas  dengan  teruk dan lalu memanggil isterinya.

Isteri beliau bergegas memanggil ambulans dan khidmat perubatan, bantuan pernafasan diberikan namun tidak lama selepas itu pada pukul 3 petang 26 September 1957, walaupun telah tiba dan dirawat di unit kecemasan hospital,  beliau diisytiharkan meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan.

Setelah itu, mayat mendiang Schimdt dibedah siasat melalui autopsi hospital. Berdasarkan laporan bedah siasat, para pembedah siasat melaporkan bahawa jantung, mata, paru-paru, otak dan ginjal Schimdt mengalami pendarahan. Ini kesan dari bisa ular haemotoksik yang mampu merosakkan pembuluh darah dan menyebabkan mangsa berdarah sehingga mati.Secara keseluruhan, setiap organ-organ dibadan dan pembuluh darah Schimdt sedang merosak serta kapilari darah pecah secara perlahan-lahan.

Kematian mendiang Schmidt menimbulkan banyak pertanyaan dan kesimpulan didalam komuniti saintifik, walaupun mendiang tahu bahawa ubat penawar bisa iaitu “anti-venom” hanya boleh didapati di Afrika, namun beliau enggan mendapatkan rawatan dan terus merekodkan jurnal hingga ajal menjemput mendiang.

Berkemungkinan sekali bahawa beliau sudah tahu ajalnya akan menjemputnya dan tidak akan sempat menerima ubat itu dalam masa 24 jam ataupun ingin mengkaji lebih mendalam mengenai bisa ular terhadap manusia.

Namun, ia masih lagi tidak diketahui mengapa Karl P. Schmidt terus membiarkan dirinya meninggal dunia secara perlahan-lahan dan menikmati santapan seperti tiada apa yang berlaku. Namun pergorbanan yang dilakukan oleh beliau meningkatkan kesedaran amat pentingnya bergegas ke hospital jika menerima patukan ular berbisa walaupun kecil atau besar.

RUJUKAN:

Bite from the past: new study on boomslang venom provides insights into the death of renowned herpetologist Karl Schmidt. http://blogs.discovermagazine.com/science-sushi/2017/01/30/karl-schmidt-boomslang-venom-study/#.XUqL2-gzZPY

He documented his own death by snakebite instead of going to the hospital. https://www.pri.org/stories/2015-11-10/he-documented-his-own-death-snakebite-instead-going-hospital

Diary of A Snakebite Death. https://www.youtube.com/watch?v=jEyjF2bNQOA

Scientist Journals His Way Through Death By Snake Bite. https://archive.nerdist.com/scientist-journals-his-way-through-death-by-snake-bite/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan lepasan Diploma didalam bidang Senibina (Architecture) dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan dan bakal melanjutkan lagi pengajian senibina di Universiti Kebangsaan Malaysia (Insyallah). Bekerja disebuah syarikat melukis pelan buat masa ini. 5 Tahun pengalaman dengan Autocad dan 3D render, pernah menghasilkan karya model Titanic dari kotak yang telah menjadi perhatian pengunjung di Pertubuhan Akitek Malaysia pada 2017 (MAYAS Art Exhibition by Pertubuhan Akitek Malaysia). Hobi suka menulis mengenai teknologi kejuruteraan senibina, tenaga hijau dan sains , melukis dan membuat model pada masa lapang. Amat meminati sejarah peradaban Islam, ketamadunan Melayu dan Yunani

Comments are closed.