Di Great Barrier Reef iaitu komuniti turumbu karang terbesar dunia yang bertempat di dasar laut berhampiran persisiran pantai Queensland, Australia, kumpulan saintis menemui terumbu karang gergasi bersaiz sebesar 10.4 meter.
Terumbu karang yang berbentuk gumpalan besar ini bernama ‘Muga dhambi’ yang bermaksud batu karang besar dalam bahasa orang Manbarra yang menetap di kepulauan Palm. Terumbu ini ditemui pada bulan Mac tahun ini semasa projek sains masyarakat berlansung di kepulauan itu pada kedalaman 7.4 meter dari paras laut.
Uniknya terumbu karang yang terdiri dari temulang karang kalsium karbonat ini ialah ia menjadi habitat kepada generasi-generasi spesis terumbu bernama Porites sp. yang hidup dalam fasa polip. Spesis ini antara spesis terumbu yang penting dalam pembinaan terumbu karang bersaiz besar.
Menurut Adam Smith iaitu ahli marin ekologi dari James Cook University, terumbu karang gergasi ini terselamat dari ‘coral bleaching’ iaitu pemutihan terumbu karang akibat suhu laut yang semakin panas. Muga dhambi juga terselamat dari ancaman haiwan pandatang, ribut taufan, penyurutan air laut, dan aktiviti manusia selama hampir 500 tahun.
Selain polip terumbu karang, Muga dhambi juga didiami oleh spesis span hidup bernama Cliona viridis, alga, dan beberapa jenis spesis terumbu karang seperti Acropora dan Montipora sp. Kemudian keempat-empat populasi organisma ini menjadi komuniti terumbu karang gergasi yang berlumba-lumba memenuhi ruangan kosong karang.
Lokasi spesis span hidup berhabitat ialah kawasan Muga dhambi yang begolak dengan aliran air laut yang deras kerana spesis ini memerlukan aliran ini untuk memudahkan penapisan air untuk mendapatkan makanan berupa mikrob dan bakteria.
Muga dhambi menjadi terumbu karang keenam tertinggi dari seluruh terumbu di Great Barrier Reef dengan ketinggian 5.3 meter. Merujuk kepada ketinggian itu, saintis berpendapat bahawa usia terumbu gergasi ini sekitar 421 dan 438 tahun. Melihat kepada kandungan terumbu ini, ia terselamat dari 100 peristiwa pemutihan terumbu karang dan 80 bencana ribut taufan.
Kini, Muga dhambi masih elok, sihat, dan tetap menjadi ‘kota terumbu’ yang mempunyai beberapa jenis organisma laut yang menetap 70% dari permukaan terumbu karang gergasi ini. Para saintis berusaha untuk memastikan terumbu karang ini dipelihara sepenuhnya.
RUJUKAN:
Koumoundouros, T. (19 August 2021). Gigantic 400-Year-Old Coral Is The Widest Ever Seen in The Great Barrier Reef. Science Alert.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih