Kumpulan penyelidikan Rusia yang dikenali dengan nama Kumpulan Kosmopoisk kerana giat mengkaji misteri UFO dan aktiviti paranormal, mendakwa bahawa mereka temui skru berusia 300 juta tahun. Skru yang panjangnya cuma satu inci ini dipercayai sebahagian dari binaan teknologi kuno, menunjukkan makhluk asing pernah tiba di Bumi pada jutaan tahun dulu.
Benarkah penyelidik Rusia ini temui skru yang berusia jutaan tahun ini?
Pada tahun 1990-an, kumpulan penyelidikan ini sedang mengkaji serpihan meteorit di kawasan Kaluga. Dari situ mereka menemui objek yang begitu aneh. Apabila kajian paleontologi dilakukan ke atas objek tersebut, keputusannya menunjukkan objek itu dibentuk sekitar 300 dan 320 juta tahun dulu. Kumpulan ini juga mendakwa bahawa keputusan X-ray menunjukkan bahagian dalam objek ini mempunyai skru.
Walau bagaimanapun, mereka tidak benarkan pengkaji luar negara mengkaji objek tersebut, serta berkongsi apakah yang membentuk skru itu. Dari sini, terdapat perdebatan hangat akan kesahihan skru tersebut, adakah ia sebenarnya skru kuno atau penjelasan lain yang lebih menarik?
Laman web Mail Online pernah melaporkan penemuan saintis yang meneliti bukti gambar yang diberikan dari kumpulan pengkaji Rusia itu. Jawapan yang mereka dapat ialah apa yang saintis Rusia dakwa sebenarnya bukan skru kuno, sebaliknya ia adalah cebisan fosil hidupan laut purba yang bernama ‘cricoid’.
Crinoid ialah haiwan marin purba yang telah berevolusi sekitar 350 juta tahun dulu. Rupanya seperti tumbuhan yang bertangkai dan mempunyai mulut yang dikelilingi oleh jari-jemari seperti daun yang berfungsi untuk menangkap mangsa. Kini, terdapat 600 spesis crinoid bertebaran di seluruh dunia.
Para ahli geologi telah banyak kali fosil haiwan crinoid di mana bahagian ‘dahan’ seperti rupa skru. Saintis berpendapat ‘skru’ yang ditemui oleh kumpulan Rusia itu ialah bahagian ‘dahan’ crinoid yang terperangkap dalam batu semasa pembentukan batu berlaku.
Penulis Siasatan Manual UFO bernama Nigel Watson memberitahu dalam Mail Online tentang penemuan artifak yang keluar dari garis masa (Out-of-Place Artifact) sentiasa banyak dilaporkan tetapi keputusan sebenar sentiasa banyak kaitkan dengan pembentukan semula jadi.
Beliau berkata bahawa penemuan bukti kuno tentang piring terbang milik makhluk asing adalah sesuatu yang menarik, namun kita kena meneliti lebih lanjut akan pembuatan piring terbang itu dengan fikirkan adakah ‘skru’ dari Rusia itu adalah bahan binaan UFO?
Dari penemuan ‘skru’ itu, ramai pihak sengaja besar-besarkan isu mengaitkan dengan UFO, kemudian tersebar ke internet bagi membuatkan kita percaya skru itu milik UFO yang pernah singgah di Bumi berjuta tahun dulu. Kini, isu skru Rusia masih tidak terbongkar lagi melainkan hanya tunggu masa kumpulan Kosmopoisk terbuka hati memberitahu kandungan sebenar ‘skru’, selagi saintis luar negara percaya teori fosil crinoid.
RUJUKAN:
Holloway, April. (13 April 2015). Is this a 300 million-year-old screw or just a fossilized sea creature? Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih