Ahli paleontologi Mesir telah identifikasikan spesis ikan paus berkaki empat yang telah hidup lebih 43 juta tahun dulu. Fosil sebahagian tengkorak spesis ikan paus ini ditemui pada tahun 2008 di barat Sungai Nil.
Selepas 13 tahun mengkaji, para saintis ini mengambil keputusan bahawa spesis ikan paus ini ialah spesis yang unik pernah merangkak di benua Afrika. Mereka bersepakat bahawa nama saintifik spesis ini ialah Phiomicetus anubis, sempena nama dewa kematian Mesir Kuno iaitu Anubis.
Fosil ikan paus ini ditemui dari lapisan batu dalam Fayum Depression, barat gurun Mesir yang kaya dengan longgokan fosil. Usia lapisan batu lokasi fosil berada ialah fasa epoch Eocene Tengah, sekitar 48 juta hingga 38 juta tahun dulu. Pada waktu itu kawasan gurun Mesir ialah lautan, berkemungkinan rangka spesis ikan paus ini ditimbus dan dipelihara dalam lapisan dasar laut.
Selepas penemuan fosil itu, ia dihantar ke Mansoura University Vertebrate Paleontology Center (MUVP) untuk menjalankan kajian lanjut. Para ahli paleontologi kemudian menerbitkan artikel penemuan mereka dalam The Royal Society, mengemukakan bahawa spesis ikan paus berkaki empat ini adalah spesis haiwan yang tidak pernah dicatat dalam rekod fosil Eocene terkini.
Selain Phiomicetus anubis, terdapat juga beberapa fosil lain yang ditemui oleh kumpulan saintis Mesir ini, salah satunya ialah spesis ikan paus yang telah pupus bergelap ‘protocetid’. Tetapi P. anubis menjadi perhatian kerana spesis ini adalah yang terbaru, mewakili spesis ikan paus semi-akuatik yang pernah hidup di Afrika.
KEHIDUPAN IKAN PAUS BERKAKI EMPAT
P. anubis mempunyai tubuh sepanjang 3 meter dan berat sekarang-kurangnya 590 kilogram. Walaupun saiz haiwan ini tidak sebesar saiz ikan paus sekarang, tetapi moyang paus ini mempunyai kelebihan dalam fleksibiliti, kekuatan, dan kepantasan yang diperoleh dari tubuh kecilnya.
Haiwan ini juga boleh merangkak selain berenang, menjadikan ia sebagai haiwan yang hidup dalam dua alam seperti katak. P. anubis juga mempunyai rahang yang mampu menggigit, hancurkan mangsanya seperti buaya, haiwan mamalia kecil, malah anak ikan paus dari spesis lain.
Ia memperoleh nama saintifik sedemikian kerana rupa tengkorak moyang paus ini. Bentuk tengkoraknya sekolah-olah sama dengan kepala dewa Anubis yang mewakili kematian. Ditambah dengan kehidupannya sebagai haiwan karnivor nama Anubis sesuai dengan spesis ikan paus ini. Saintis yang mengkaji haiwan ini mengandaikan ia adalah ‘dewa kematian’ kepada haiwan mangsa yang hidup pada fasa Eocene.
MEMAHAMI EVOLUSI IKAN PAUS
Mungkin ada antara pembaca hairan, bagaimana moyang ikan paus dulu mempunyai kali? Dan mengapa mereka memilih laut sebagai tempat tinggal baru? Tidak cukupkah hidup di daratan?
Untuk memahami bagaimana evolusi ikan paus terjadi. Saya terangkan satu per satu dengan pemahaman yang mudah.
Lebih 50 juta tahun dulu, moyang paus pernah hidup sebagai haiwan herbivor yang merangkak di daratan. Kemudian moyang ini menukar gaya hidup menjadi haiwan karnivor. Dari tubuh badan berupa rusa menjadi tubuh badan gabungan anjing dan haiwan reptilia. Protocetid ialah antara keluarga ikan paus yang mengalami evolusi yang ketara menjadi haiwan semi-akuatik.
Paus protocetid pertama hidup berada di Asia Selatan pada 50 juta tahun dulu. Paus ini kemudian berenang begitu lama dalam Lautan sehingga secara tak lansung berevolusi menjadi keluarga ikan paus yang kita kenali sekarang. Evolusi keluarga paus memakan masa antara 8 hingga 15 juta tahun.
Saintis masih mencari sebab mengapa keluarga paus berevolusi menjadi haiwan mamalia akuatik. Teori yang mereka sepakat buat masa ini ialah moyang paus menjadikan kawasan berair sebagai mekanisma pertahanan dari menjadi sumber makanan pemangsa.
Moyang ini kemudian tertarik dengan kawasan itu dan mula menjadikannya sebagai habitat baru. Lama-kelamaan lahir spesis paus baru yang beradaptasi dengan kawasan akuatik seperti spesis Ambulocetus yang hidup pada 49 juta tahun dulu. Di sinilah lahirnya keluarga paus sekarang.
Penemuan spesis paus dari Mesir menjadi berita bagi bagi para ahli paleontologi Mesir kerana spesis inilah yang pertama hidup di benua Afrika pada 43 juta tahun dulu.
Kini, P. anubis menjadi spesis paus sebahagian dari evolusi ikan paus.
RUJUKAN:
Falde, N. (27 August 2021). Four-Legged Whale Found in Egypt Named after Egyptian God Anubis. Ancient Origins.
New species of ancient four-legged whale discovered in Egypt. BBC. Retrieved from 27 August 2021.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih