Asia Tengah sentiasa menjadi jambatan yang menghubungkan dunia. Semua perantau daripada segenap alam dulu akan menggunakan zon ini. Sesiapa yang ingin ke China mesti menghirup udara Asia Tengah. Sesiapa yang ingin turun ke India wajib singgah makan di Asia Tengah.

Kalau ingin kembali ke Rusia, inilah tempat pertama yang perlu dilalui… baik manusia atau haiwan. Kerana geografinya sangat strategik, benar-benar terlindung daripada segala arah.

Dan hari ini saintis mengesahkan satu lagi realiti… bahawa Asia Tengah menjadi jambatan untuk dinosaur juga.

Memang semua tahu yang Asia Tengah ada dinosaur. Cuma yang menjadi persoalan, apakah Asia Tengah diberkati dengan dinosaur tersendiri? China dan Rusia memang ada dinosaur sendiri. Bagaimana dengan Asia Tengah?

Jawapannya mudah: tidak mungkin Asia Tengah sekadar menumpang biologi rantau lain. Tempat ini sangat unik, wajib dipenuhi dengan dinosaur tempatan.

Setelah sekian lama mengkaji, saintis akhirnya memberi kesimpulan mudah. Memang Asia Tengah ada dinosaur tempatan, terutamanya Uzbekistan yang terletak di antara Kazakhstan dan Afghanistan.

Dalam Uzbekistan pula, ada sebuah republik berautonomi iaitu Karakalpakstan yang terletak di sebelah barat. Sekitar 200 juta tahun dahulu, Karakalpakstan merupakan lembah yang bertebaran dengan dinosaur.

Salah satu spesis dinosaur adalah Dzharatitanis kingi yang ditemui dalam bentuk fosil dariapda 145.5 juta hingga 65.5 juta tahun dahulu.

Untuk faham tentang D. kingi, kena tengok genus diplodocus dulu. Nama ini mungkin terlalu saintifik untuk bayangan dinosaur berleher panjang yang suka makan tumbuh-tumbuhan. Semua diplodocus berleher panjang.

Tetapi bukan semua berleher panjang itu adalah diplodocus. Saintis menemui persamaan jelas antara D. kingi dan Diplodocus. Memang boleh keliru pada awalnya. Takkan mungkin sama, kerana Diplodocus bertebaran di bumi Amerika Utara. Sangat jauh untuk ada tautan persamaan.

Sebenarnya jarak tidak menjadi masalah… asalkan ada jalan darat. Sekitar 100 juta tahun dulu, semua benua Bumi masih berhubung antara satu sama lain. Perhubungan ini menjadikan setiap haiwan berkongsi persamaan.

Antaranya adalah D. kingi bersama diplodocus. Persamaan ini pula bukannya secara tuntas, senang kata bagaikan sepupu. Namun ia tetap satu persamaan, yang amat menakjubkan kalau difikir kembali.

Tentang Dzharatitanis Kingi

Sebutan ini mungkin sukar kalau guna tulisan rumi. Dalam tulisan Cyrillic, Dzharatitanis sebenarnya berbunyi Jaratitanis yang lebih lembut pada mata pembaca bukan Rusia. Penemuan fosil ini menciptakan satu genus baru dalam alam dinosauria.

Dari segi fizikal, D. kingi merupakan seekor dinosaur yang sangat besar – dalam lingkungan 20 meter panjang. Ekornya sangat tebal, sangat sesuai digunakan untuk mengimbangi badan sebagai kaki kelima.

Contohnya begini. D. kingi ingin makan daun pokok tinggi. Jadi ia akan mengangkat dua kaki depannya (untuk mencapai tempat lebih tinggi).

Apabila dua kakinya diangkat, badannya akan bertongkat ekor sebagai punca imbangan. Jadi ekornya memang berguna sangat, barangkali dalam perlindungan diri juga andainya berdepan dengan mµsµh. Sebab kalau tengok lukisan, ekor D. kingi nampak macam sangat sesuai untuk melibas.

Kalau benar boleh melibas, maka mµsµhnya memang makan penampar buaya. Kepalanya kecil tetapi mempunyai gigi bersusun tajam bagaikan pensel. Tengok gigi D. kingi saja, pakar paleontologi yakin: dahan pokok pun habis dikunyahnya. Tanpa tangan untuk bantu pegang, D. kingi tiada pilihan lain. Memang itu saja cara untuk makan. Sekali dahan dan daun, mungkin jauh lebih mengenyangkan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.