Manusia dan haiwan mungkin mempunyai banyak persamaan. Manusia mempunyai otak, dan beruk (macaca nemestrina) misalnya begitu juga.
Lengkap dari segi anggota badan, bulu dan rambut walau bagaimanapun tidak bermakna sama dari segi kemampuan berfikir.
Semua tahu spesis mana antara manusia dan beruk yang pintar. Sementara manusia berkebolehan dalam memajukan hidup, beruk hanya tahu untuk sekadar hidup.
Tetapi dari segi ingatan pula, ada perkara menarik perlu dirungkaikan. Cimpanzi (pan troglodytes) sebagai contohnya mempunyai kebolehan menggunakan batu, daun dan kayu sebagai peralatan untuk memperolehi madu, kacang dan air (Washington University, 2019).
Dan cimpanzi juga mempunyai daya ingatan kerja yang seakan-akan sama dengan manusia (The Conversation, 2019).
Daya ingatan memang penting dalam sebuah kehidupan (untuk manusia), dan merupakan salah satu daripada beberapa jenis ingatan (memori).
Untuk pengetahuan, ingatan terbahagi kepada: jangka pendek (daya ingatan kerja) dan jangka panjang. Cimpanzi mempunyai daya ingatan kerja setaraf dengan manusia yang berusia tujuh tahun.
Tetapi tidak perlu dijelaskanlah bahawa manusia memang hebat dari segi pemikiran dan ingatan. Cuma sejauh manakah kehebatan ini boleh mekar? Apakah had bagi kebolehan manusia ini?
Dan persoalan paling besar: apakah ingatan boleh dipindahkan bagai copy-paste antara-cakera?
Pertama sekali, cakera keras menyimpan kandungan dalam bentuk digital. Otak pula melaksanakan perkara sama tetapi dalam bentuk elektrik dan kimia. Jadi sememangnya pemindahan maklumat tidak mungkin dibuat seperti pemindahan fail dalam cakera.
Tetapi dalam sebuah penyelidikan yang dibuat Universiti California di Los Angeles (UCLA), saintis berjaya memindahkan ingatan dengan menggunakan suntikan RNA.
Pemindahan ingatan ini dibuat pada arnab laut (aplysia californica) yang sebenarnya spesis siput di Lautan Pasifik.
Dalam makmal David Glanzman (UCLA), beberapa ekor arnab laut dir3nj4t dengan arus elektrik.
Kemudian Glanzman pun menyentuh mereka dengan lembut. Dan mereka menutup sifon (suatu anggota) dan insang selama seminit. Arnab laut yang tidak dir3nj4t hanya menutup seketika sahaja selepas disentuh.
Jadi Glanzman pun kemudian mengeluarkan ekstrak RNA daripada sistem saraf arnab laut dir3nj4t. Ekstrak ini kemudian disuntik masuk dalam sistem saraf arnab laut tidak dir3nj4t. Apa yang berlaku?
Arnab laut yang tidak dir3nj4t semuanya menutup anggota mereka selama seminit… sama seperti arnab-arnab laut yang dir3nj4t (McFarling, 2018).
Peranan RNA dalam eksperimen ini ialah menjadi perantara dalam sel membawa arahan dalam bentuk protein daripada DNA.
Eksperimen Glanzman sebenarnya telah memindahkan ingatan antara dua haiwan yang menerima layanan berlainan. Jadi Glanzman mendapati ingatan mereka disimpan dalam nucleus neuron dimana RNA disintesiskan.
Dan eksperimen ini pula adalah untuk membangunkan sebuah pendekatan perubatan yang boleh merawat amnesia atau apa-apa peny4k1t kehilangan memori.
Untuk haiwan seperti arnab laut, ia mungkin tidak melanggar batasan etika. Tetapi eksperimen sama terhadap manusia akan membangkitkan pelbagai jenis pertikaian, yang menyukarkan perkembagan sains (positifnya demi kebaikan dari segi kemanusiaan).
Sungguhpun begitu, dapatan Glanzman menunjukkan potensi bahawa ingatan boleh dipindahkan antara-organisme.
Arnab laut walau bagaimanapun tiada privasi untuk dirisaukan, berbeza dengan manusia. Jika memori dipindahkan, entah sejauh mana yang boleh mempengaruhi pengetahuan seorang manusia tentang orang lain.
Kekuatan dan kelemahan seseorang mungkin tidak penting… tetapi ingatan juga boleh mempengaruhi nasib orang lain, misalnya ahli keluarga terdekat (seperti pengetahuan Individu A tentang isteri sendiri dihantar kepada Individu B).
RUJUKAN:
The Conversation. (2019, Ogos 13). Chimpanzees’ working memory is remarkable similar to our own.
McFarling, U.L. (2018, Mei 14). Memory Transferred between Snails, Challenging Standard Theory of How The Brain Remembers. Scientific American.
Washington University. (2019, Disember 24). Chimpanzees more likely to share tools, teach skills when task is complex. Science Daily.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih