Kecanggihan teknologi hari ini menjadikan apa yang disangka fiksyen kepada realiti hari ini. Salah satu daripadanya ialah penyimpanan maklumat data dalam bentuk DNA. Ya, anda tidak salah dengar. DNA!
Konsep ini sudah dibuktikan menerusi demonstrasi penyimpanan data oleh Joe Davis pada tahun 1980. Dalam demonstrasi berkenaan, Davis menyimpan maklumat berkenaan rune Jerman dalam genom bakteria. Bagaimanapun, proses ini memakan masa yang lama dengan kos penghasilannya terlalu mahal.
Tetapi baru-baru ini, Microsoft Research dalam satu kenyataan melihat ia boleh direalisasikan menerusi penggunaan sebuah cip khas. Jika ia digunakan, ia boleh mempercepatkan proses salinan data ke DNA sintetik 1,000 kali ganda lebih cepat berbanding proses sebelum ini. Dengan proses salinan dipercepatkan, ia secara tidak langsung boleh mengurangkan kos simpanan yang disifatkan terlalu mahal sebelum ini.
Isu penyimpanan data merupakan masalah yang dihadapi oleh semua orang. Dianggarkan lebih 2.5 juta gigabait (GB) data dihasilkan setiap hari dengan penggunaannya bertambah setiap dua hingga tiga tahun. Dengan kapasiti penghasilan data melebihi keupayaan untuk menyimpannya, alternatif baru harus dicari bagi menggantikan pusat data atau mana-mana peralatan simpanan data yang wujud ketika ini.
Sebarang alternatif yang dinyatakan mestilah berupaya menyimpan data dalam jumlah yang besar tetapi tidak memakan ruang seperti pusat data. Selain itu, ia juga harus memindahkan data dengan cepat dan berupaya menyimpannya dalam tempoh yang lama. Dan DNA dilihat solusi terbaik kepada isu ini.
Jadi, bagaimana ia berfungsi? Secara asasnya, bahasa komputer ialah kod binari terdiri daripada satu dan sifar. Sementara DNA pula terdiri daripada empat asas kimia iaitu adenina (A), guanina (G), sitosin (C) dan timina (T). Wujud kemungkinan kod binari boleh ditukar kepada empat abjad yang dinyatakan untuk menyimpan DNA. Microsoft Research juga turut membangunkan simpanan data holografik sebagai alternatif kepada projek DNA simpanan data ini.
Tetapi ia tidak bermakna selagi isu kos tidak ditangani. Sekiranya kos tidak menjadi isu, maka pada masa hadapan, data boleh disimpan dan diakses ke DNA kita sendiri.
RUJUKAN
ETX Daily Up. (2021, 6 Disember). Humans could soon be storing data in DNA. Free Malaysia Today.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih