Proses kejadian alam adalah proses yang begitu unik dan misteri dalam memastikan bumi sentiasa ‘berdenyut’ selagi terasnya masih panas dan atmosfera menampung hidupan seperti kita. Kitaran air, pembentukan batu, kitaran lava gunung berapi, dan pembentukan puting beliung adalah antara proses-proses kejadian Bumi sejak kelahirannya pada 4.5 billion tahun dulu.
Di sebalik kesemua proses kejadian alam ini, ada satu proses kejadian yang aneh berlaku di kota Costesti, Romania. Kota yang terletak di tengah Eropah ini mempunyai batu yang mampu tumbuh sendiri. Ya, batu-batuan ini berupaya tumbuh seperti tumbuhan. Kerana keanehan ini, orang Romania beranggapan batu dari koa Costesti ini ialah batu yang hidup dan mempunyai nyawa, sehingga wujud kisah mitos dan lagenda berkenaan batu Costesti ini.
Apakah wujud batu-batuan ‘hidup’ di kota dari Romania ini? Jika wujud, adakah para saintis telaj merungkai kejadian batu ini, atau sekadar mitos saja?
Apakah Itu Batu Trovants?
Sebenarnya, batu yang berupaya tumbuh sedemikian dinamakan sebagai batu ‘Trovants’. Batu Trovants ialah ialah batu yang terdiri dari batu pasir yang mempunyai bermacam saiz, dari saiz kekacang sehingga saiz batu gergasi yang bertan-tan beratnya. Namun batu ini digelar sebagai Trovants kerana ia mempunyai proses pembentukan batu yang hanya ditemui di Romania. Pembentukan batu itu ialah seperti apa yang orang Romania saksikan, batu yang tumbuh sendiri.
Batu Trovants dikatakan terbentuk pada 6 juta tahun dahulu selepas Bumi mengalami gempa bumi kuno. Nama ‘Trovant’ sendiri ialah kata sinonim dari kata bahasa Jerman iaitu ‘Sandsteinkonkretionen’ yang bermaksud pasir yang disimen. Batu Trovants terjadi apabila pasir selimuti batu pasir yang berdekatan dengan batu pasir yang lebih besar.
Kemudian, air yang kaya dengan kandungan kalsium karbonat bercampur dengan pasir tersebut, ‘simen’kan kedua-dua batu pasir sehingga wujud benjolan pada batu pasir besar itu. Proses inilah menyebabkan mengapa ramai orang Romania anggap batu Trovants ialah batu hidup.
Biasanya pembentukan batu memakan masa yang begitu panjang sehingga berbulan atau bertahun lamanya. Namun, tidak seperti pembentukan batu Trovants, ramai pengunjung dapat menyaksikan ‘ketumbuhan’ batu ini setiap tahun. Mereka dapat saksikan bahagian batu pasir manakah yang tumbuh lahirkan ‘batu baru’.
Adakah Batu Sememangnya Mampu Tumbuh?
Ya, batu sememangnya berupaya untuk tumbuh seperti tumbuhan. Jadi adakah batu ialah sejenis tumbuhan? Tidak. Batu memang boleh tumbuh tapi cara ia tumbuh tidak seperti cara tumbuhan membesar. Batu ‘membesar’ bergantung kepada kejadian air hujan di tempat yang kaya dengan batu. Contoh batu yang membesar gunakan air hujan ialah batu pasir.
Batu pasir sentiasa bersama dengan pasir kerana kewujudan batu itu sendiri berasal dari partikel-partikel kecil di lantai Bumi. Apabila hujan turun, air hujan akan bercampur dengan pasir yang mengelilingi batu pasir. Kemudian, dengan tempoh masa yang tertentu, pasir tersebut melalui proses pengerasan atau ‘penyimenan’ dan seterusnya menjadi permukaan baru batu pasir. Dengan proses inilah batu pasir boleh tumbuh dan berkembang menjadi batu besar dan gergasi.
Batu Trovants juga melalui proses yang sama namun uniknya proses ini terjadi apabila kedua-dua batu pasir berdekatan, bercantum sehingga lahir batu benjolan yang seakan-akan tumbuh seperti tumbuhan. Tapi untuk hasilkan batu Trovants sebegini bukan mudah, ia memerlukan tempoh selama bertahun-tahun lamanya. Pada tempoh 1,000 tahun, batu Trovants hanya membesar sehingga 4-5 sentimeter (cm).
Perlindungan Terhadap Batu Trovants
Kerana keunikan batu Trovants ini, kota Costesti menjadi lokasi perlancongan untuk pelancong yang meminati kisah mitos dan lagenda. Batu ini menjadi tarikan kepada para pelancong untuk saksikan ‘tumbesaran’nya. Sebanyak 20 buah lokasi dalam Romania yang mempunyai kehadiran batu Trovants ini. Akibat dari kehadiran pelancong, orang Romania mula mengutip batu-batuan itu kemudian jualkan kepada pelancong dengan harga yang tinggi.
Tindakan warga Romania ini mencetuskan gangguan aktiviti geologi di kawasan batu Trovants tersebut. Bagi mengelakkan kejadian sebegitu berleluasa, batu tersebut berada dalam lindungan UNESCO atau Tapak Warisan Dunia dan pada tahun 2004, kawasan batu Trovants di Costesti dijadikan sebagai muzium bernama ‘The Trovants Museum Natural Reserve’.
Sehingga kini, batu Trovants masih dipelihara dari gangguan aktiviti manusia dan masih boleh dikunjungi oleh para pelancong. Jika ada masa kelapangan, kalian boleh melancong ke kota Costesti terutamanya kawasan perkampungan dan sepanjang sungai di Gresarea Brook untuk melihat keunikan batu Trovants ini.
RUJUKAN:
McLoughlin, Tracy. 16 June 2022. Romania’s Enigmatic Trovants: Living Rocks That Grow and Move! Ancient Origins.
Brotze, Hailey. Trovants – The Mysterious Growing Stones of Romania. When On Earth.
Koumoundouros, Tessa. 25 DIsember 2020. These Eerie ‘Living Stones’ in Romania Are Fantastical, And Totally Real. Science Alert.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih