Dalam era mencari ‘Bumi’ baru dalam dunia angkasa, kita pasti tertanya-tanya telah berapa buah planet ‘Bumi’ sekarang yang telah satelit peneroka temui? Berapa buah planet yang permukaannya berbatu, mampu menampung kehidupan dan mengorbit bintang seperti Matahari?
Menurut data terbaru dari satelit teleskop bernama Kepler, ia telah menemui 300 juta buah planet ‘Bumi’. Ya, 300 juta buah planet ‘Bumi’!
Data ini tidak kekal dan berkemungkinan ada pembaharuan data dari satelit itu sendiri namun kita boleh membayangkan bahawa kita mampu mengesan planet yang mampu menampung kehidupan di galaksi tempat Bumi berada: Bima Sakti.
Kata ahli astronomi NASA bernama Steve Bryson. Kesemua berjuta planet yang Kepler temui, mereka pasti bahawa keseluruhan planet tersebut berbatu dan menampung kehidupan. Bagi mereka, penemuan ini mengasyikkan dan mereka perlu mengkaji lebih lanjut akan ciri-ciri planet luar Sistem Suria terutamanya sumber air sebagai asas kepada tampungan hidupan.
Untuk mencari eksoplanet apakah menepati ciri-ciri Bumi dari Sistem Suria, pengkaji astronomi menyenaraikan 3 sifat asas:
1. Eksoplanet haruslah berbatu, tidak berupa planet bergas.
2. Adakah ia mengorbit bintang seperti Matahari di mana sinarannya tidak berbahayakan hidupan.
3. Eksoplanet harus berada di Zon Goldilocks atau berhabitat di mana permukaan planet serta airnya tidak berwap atau membeku
Maka, satelit Kepler menapis planet-planet yang mengikuti ketiga-tiga ciri asas tersebut. Kumpulan Bryson pula akan mengumpul data sepanjang 4 tahun yang telah Kepler rekodkan, bermula Mei 2009 hingga Mei 2013 bagi mengira jumlah sebenar eksoplanet yang mereka mahukan.
Buat masa ini, Kepler telah menyenaraikan 4,034 buah eksoplanet yang menepati 3 ciri asas Bumi. Namun ia memerlukan masa untuk mengesan planet berbatu yang telalu jauh untuk diteropong.
Namun, Kelper mengalami kesukaran untuk menyenaraikan bintang-bintang yang mampu menyamai Matahari.
Kepler mencari eksoplanet yang melintasi bintang yang berfungsi sebagai pusat sistem suria luar. Maka, kecerahan bintang berubah-ubah dan sukar untuk menentukan jumlah kecerahan sebenar bintang, sekaligus menyulitkan penemuan eksoplanet yang mengelilingi bintang berupa Matahari.
Penyelesaian untuk mengukur kecerahan bintang adalah menentukan zon Goldilocks bintang dengan mengukur jarak radius ke planet dan mengira jumlah partikel cahaya bintang atau photon ke permukaan eksoplanet.
Keputusan kajian mereka adalah bagi planet yang jisimnya 0.5 dan 1.5 lebih berat dari jisim Bumi mengorbit bintang yang suhunya antara 4,530 hingga 6,025 darjah Celsius, bersesuaian dengan suhu Matahari yang suhunya 5,505 darjah Celsius .
Sehingga sekarang penambahan eksoplanet berupa Bumi semakin bertambah seiring dengan penerokaan Kepler, Tetapi ahli astrobiologi (pengkaji hidupan biologi di angkasa) menyatakan bahawa semakin dekat eksoplanet dan bintang menyerupai Bumi dan Matahari, semakin ada peluang besar menemui Bumi 2.0.
Maka, pengkajian mendalam terhadap eksoplanet yang Kepler temui adalah penting untuk menemukan Bumi 2.0. Saintis dalam bidang astronomi percaya bahawa kita semakin hampir untuk menemui kembar Bumi di luar Sistem Suria kita.
RUJUKAN:
Starr, M. (30 October 2020). There Could Be at Least 300 Million Potentially Habitable Worlds in The Milky Way. Science Alert.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih