Kelemahan panel solar yang jelas ialah ia memerlukan cahaya matahari untuk menjana elektrik. Pasukan saintis antarabangsa telah memperlihatkan buat kali pertama bahawa tidak mustahil untuk menjana elektrik secara langsung dari kesejukan alam semesta. Peranti semikonduktor inframerah dihadapkan ke angkasa dan menggunakan perbezaan suhu antara Bumi dengan ruang angkasa untuk menghasilkan elektrik.

“Keluasan alam semesta adalah sumber termodinamik,” kata Shanhui Fan. “Dari segi fizik optoelektronik, terdapat simetri yang sangat indah antara menuai radiasi masuk dengan menuai radiasi keluar.”

Tenaga solar memanfaatkan tenaga yang masuk ke peranti (device) untuk menjana elektrik. Tetapi teknologi yang baru ini menjana elektrik daripada kesan pencahayaan (illumination) negatif yang muncul apabila haba meninggalkan permukaan. Dengan menghadapkan peranti mereka ke angkasa – suhu yang hampir mencapai tahap sifar mutlak – sekumpulan saintis itu dapat mencari perbezaan suhu yang cukup besar untuk menjana kuasa elektrik melalui reka bentuk awal.

Para saintis itu mendapati bahawa diod pencahayaan negatif mereka dapat menghasilkan kira-kira 64 nanowatt per meter persegi. Janaan elektrikyang kecil tetapi telah menjadi bukti penting bahawa mereka meningkatkan janaan tersebut dengan meningkatkan sifat optoelektronik kuantum bahan-bahan yang mereka gunakan.

Pengiraan yang dibuat selepas diod menjana elektrik menunjukkan bahawa, apabila kesan atmosfera diambil kira, peranti yang digunakan secara teorinya boleh menjana hampir 4 watts per meter persegi – kira-kira satu juta kali ganda daripada janaan peranti yang para saintis itu dapat hasilkan. Janaan itu cukup untuk membantu jentera kuasa untuk beroperasi pada waktu malam yang sejuk. Sebagai perbandingan, panel solar hari ini dapat menghasilkan 100 hingga 200 watts per meter persegi.

Walaupun keputusan menunjukkan harapan untuk peranti di tanah dapat menjana elektrik dengan menghadap ke langit, Fan berkata prinsip yang sama boleh digunakan untuk mendapatkan semula haba buangan dari mesin. Buat masa ini, beliau dan kumpulannya memberikan tumpuan untuk meningkatkan prestasi peranti mereka.

RUJUKAN:

  1. Ono, M., Santhanam, P., Li, W., Zhao, B., & Fan, S. (2019). Experimental demonstration of energy harvesting from the sky using the negative illumination effect of a semiconductor photodiode. Applied Physics Letters114(16), 161102.
  2. American Institute of Physics. (2019, May 6). Experimental device generates electricity from the coldness of the universe. ScienceDaily. Retrieved July 3, 2019 from www.sciencedaily.com/releases/2019/05/190506163646.htm
  3. Headline: Experimental device generates electricity from the coldness of the universe. Link: https://www.sciencedaily.com/releases/2019/05/190506163646.htm Source: Science Daily / American Institute of Physics

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.