Baru-baru ini, sekumpulan saintis Belanda berjaya merungkai misteri dunia perubatan berkenaan kembar seiras. Ini memberi harapan kepada komuniti perubatan untuk mereka rawatan untuk pelbagai isu kongenital yang dihadapi mereka.

Kembar seiras terjadi apabila ovum yang telah disenyawakan atau zigot dipisahkan kepada dua embrio. Kedua-dua embrio berkongsi setiap gen yang sama. Bagaimanapun, sebab di sebalik pemisahan ini masih tidak diketahui oleh dunia perubatan. Teori yang paling banyak didengar ialah ia bersifat rawak tetapi ia disangkal menerusi penemuan tanda DNA sama oleh para saintis dari Vrije Universiteit Amsterdam.

Mengikut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications, tanda DNA ini dapat dilihat pada perubahan epigenetik pada DNA kembar seiras. Perubahan epigenetik ialah faktor di mana gen boleh bertukar secara aktif atau tidak aktif tanpa mengubah jujukan mereka. Kembar seiras di seluruh dunia didapati berkongsi markah genom sama iaitu 834 mata yang bersamaan dengan jumlah keseluruhan DNA organisma.

Tanda yang dikongsi ini membolehkan para penyelidik untuk menentukan seseorang itu mempunyai kembar seiras atau tidak dengan ketepatan 80%. Ini termasuk individu yang kehilangan kembar mereka semasa dalam kandungan atau sindrom bayi kembar hilang dalam kandungan (VTS) atau terpisah semasa kelahiran.

Bagaimanapun, ini masih belum mengesahkan penanda-penanda kimia sebagai punca terhasilnya kembar seiras. Ini kerana saintis percaya penanda-penanda ini boleh terjadi akibat proses penghasilan kembar. Tetapi itu masih teori yang baik yang dapat membantu ramai orang di seluruh dunia.

12% kehamilan manusia bermula sebagai sejumlah besar embrio tetapi hanya 2% sahaja yang berjaya sampai ke proses kelahiran. Menurut Nancy Segal dari California State University, penemuan sebegini dapat menjelaskan mengapa sesetengah kembar seiras dibelenggu masalah penyakit tertentu seperti spina bifida.

Glosari

Spina bifida – kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan dan boleh dikesan seawal bulan pertama kandungan. Sekiranya kecacatan berlaku pada bahagian atas saraf tunjang, bayi tidak akan hidup lama kerana mengalami lumpuh separuh badan.

RUJUKAN

Boffey, Daniel. (2021, 29 September). Dutch scientists may have solved mystery of why some twins are identical. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.