Tiga negara mempunyai peranan besar dalam sejarah Yahudi dan Bani Israil. Mesir kerana Nabi Musa (as). Isr-el kerana kerajaan yang dibangunkan pada zaman terdahulu. Jordan kerana limpahan pengaruh kerajaan tersebut. Tiga negara ini sentiasa menjadi sumber yang menadah ilmu sejarah. Tetapi bukan semua yang ditemui di sini adalah sejarah Bani Israil. Ada saja penemuan daripada kaum lain. Kali ini kita akan membincangkan tentang penemuan dibuat seorang sarjana bernama Amani Abu-Hamid.
Amani adalah seorang pakar arkeologi yang bekerja dengan Pihak Berkuasa Arkeologi Isr-el (Isr-el Antiquities Authority). Kali ini mereka melaksanakan misi arkeologi di Laut Galilee. Ikut buku, Laut Galilee memang kawasan panas sejarah.
Macam-macam terjadi di sini sejak zaman prasejarah lagi, dengan penempatan lagi awal untuk dibandingkan dengan Revolusi Neolitik (Stock, et al., 2012). Sini juga tempat Nabi Isa (as) dipercayai berjalan di atas air. Kira banyaklah unsur sejarahnya.
Kegentingan Dua Alaf Yang Lalu
Perjalanan Bani Israil berputik daripada semangat penyatuan di belakang Nabi Musa (as). Kewafatan baginda tidak mengakhiri riwayat kaum ini. Mereka mengalami detik naik turun sebelum dijulang setinggi-tingginya.
Semasa pemerintahan Nabi Daud (as) dan Nabi Sulaiman (as), kedudukan Bani Israil memang disegani. Cuma selepas kewafatan Nabi Sulaiman (as), dua ideologi meresapi Bani Israil. Mereka berpecah belah ikut haluan Rehoboam dan Jeroboam. Inilah titik permulaan di sebalik kejatuhan Bani Israil. Negara diasaskan Jeroboam hancur dulu pada tangan Empayar Neo-Assyria. Jatuhnya negara Jeroboam inilah timbul hal “Sepuluh Suku Israil Yang Hilang”.
Yang tinggal pada masa itu adalah negara diasaskan Rehoboam, iaitu Yehudah (Y-hudi). Namun beberapa abad kemudian, negara ini menjadi makanan Neo-Babylonia pula. Negara Yehudah menjadi wilayah Yehud. Dan semua penduduk Yehudah lari membawa diri. Keturunan mereka inilah adalah bangsa Y-hudi, yang berada di Isr-el sekarang.
Walaupun dua negara sudah jatuh, sisa-sisa Bani Israil masih berjuang mendapatkan semula negara mereka. Dan penemuan Amani Abu-Hamid nampaknya mengesahkan bibit perjuangan ini.
Kemenangan Yang Tertangguh
Sedang menggali tapak di Laut Galilee, pasukan Amani Abu-Hamid menemui tinggalan sebuah rumah yang masih ada balang penyimpanan dan rak anyaman. Semua benda di sini habis diteliti untuk mengenal pasti sejarah di sebaliknya. Dan apa yang mereka yakin: pemilik rumah ini terpaksa tinggalkannya dalam keadaan kelam kabut (Metcalfe, 2022).
Rumah ini dipercayai berusia 2,100 tahun, iaitu pada zaman selepas Bani Israil ditewaskan Neo-Assyria dan Neo-Babylonia. Tewas tidak bermakna hilang. Para Y-hudi masih menikmati sedikit sebanyak autonomi apabila berada dibawah pemerintahan Empayar Seleucid yang berbudaya Yunani.
Bermula tahun 167 S.M., para Y-hudi bersatu di belakang Yehudah HaMakabi (Judas Maccabee) dalam sebuah pemberontakan besar yang berlarutan selama 26 tahun. Masuk saja tahun 140 S.M., Y-hudi mendapat negara sendiri iaitu “Hasmonean Kingdom” yang berautonomi dalam Empayar Seleucid.
Kerapuhan politik Seleucid meluaskan manfaat autonomi Hasmonean yang pada tahun 110 S.M. sudah mula membesarkan sempadannya. Kemungkinan besar inilah zaman rumah ditemui pasukan Amani.
Penghuni rumah ini mesti lari untuk mengelak bala Hasmonean. Mereka tinggalkan habis semua barangan pertanian. Balang penyimpanan juga didapati masih berisi. Cuma satu sajalah – saintis tidak dapat mengesahkan secara tuntas yang penghuninya tidak dibunuh di rumah sendiri.
RUJUKAN:
Metcalfe, T. (2022, Mei 28). 2,100-year-old farmstead in Isr-el found ‘frozen in time’ after owners disappeared. Live Science.
Stock, J., et al. (2012, Februari 15). Twenty Thousand-Year-Old Huts at a Hunter-Gatherer Settlement in Eastern Jordan. PLOS ONE. 7 (2): e31447.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih